
EKSEKUTIF KAUNSELOR PEJABAT HAL EHWAL PELAJAR
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Unit Kaunseling 1. Menyediakan memo, surat dan dokumentasi berkaitan jabatan dan unit kaunseling. 2. Memastikan segala dokumen dan fail jabatan direkod secara sistematik. 3. Menyediakan perancangan program dan aktiviti perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya bagi pelajar dan kakitangan. 4. Bertanggungjawab merancang, mengurus dan menjalankan program pembangunan kerjaya pelajar. 5. Mengendali dan mengawalselia sesi bimbingan kaunseling dan kerjaya melalui soal selidik, ujian psikologi, temubual, perbincangan dan konsultansi dengan pelajar, kakitangan, ibu bapa dan bekas pelajar. Unit Kebajikan dan Kerohanian 1. Menguruskan hal ehwal kebajikan dan kerohanian pelajar. 2. Menggerakkan tabung kutipan derma bagi pelajar yang ditimpa musibah. 3. Membantu pelajar dalam proses permohonan zakat, geran IPT, SISPEN atau sumbangan dari institusi yang berkenaan. 4. Mengenalpasti dan menguruskan hal ehwal kebajikan pelajar asnaf, OKU, masyarakat orang asal, mualaf dan pelajar yang memerlukan. 5. Menjaga kebajikan pelajar.