Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PEGAWAI KANAN PERHUBUNGAN & PENTADBIRAN KORPORAT

Salary undisclosed

Checking job availability...

Original
Simplified
1) Komunikasi Rasmi & Surat-Menyurat · Menyediakan dan menyemak surat rasmi kepada pihak luar, agensi kerajaan, pelanggan, dan pembekal. · Menyusun dan mengedarkan memo dalaman, notis, dan pekeliling syarikat. · Menjawab e-mel rasmi mewakili pihak pengurusan syarikat. 2) Pengurusan Mesyuarat & Penjadualan · Menyusun mesyuarat rasmi seperti Mesyuarat Lembaga Pengarah, Mesyuarat Pengurusan, dan Mesyuarat Khas. · Menyediakan minit mesyuarat dan memastikan agihan kepada semua ahli berkaitan. · Memastikan keperluan logistik mesyuarat tersedia dengan baik. 3) Dokumentasi & Pemfailan Rasmi · Menyimpan dan mengurus semua dokumen rasmi termasuk fail sulit syarikat. · Menyusun arkib surat menyurat dan fail mesyuarat secara sistematik. · Memastikan dokumentasi dikemaskini dan boleh diakses dengan mudah bila diperlukan. 4) Pengurusan Aduan & Maklum Balas · Menerima dan menyalurkan aduan rasmi atau maklum balas dari pelanggan/agensi kepada jabatan berkaitan. · Menyediakan laporan berkala tentang aduan dan status tindakan. 5) Sokongan Pentadbiran & Laporan · Menyediakan laporan sokongan kepada pengurusan dan lembaga pengarah. · Membantu dalam pembentangan, ringkasan laporan dan susun atur dokumen rasmi. · Bertindak sebagai PA kepada Pengurusan Tertinggi untuk urusan rasmi dan penjadualan tugasan. 6) Pengurusan Fail Rahsia & Sulit · Menyimpan fail berkaitan mesyuarat Lembaga, pengurusan syarikat dan kontrak sulit. · Mengurus dan mengawal akses kepada dokumen sensitif mengikut klasifikasi keselamatan maklumat. 7) Protokol & Etiket Korporat · Merancang dan menyelaras acara rasmi, penyambutan tetamu, penyampaian sijil/pengiktirafan. · Menyediakan teks ucapan, susun atur aturcara dan pengurusan susun tempat duduk VIP. 8) Penyelarasan Antara Syarikat Kumpulan · Menjadi penghubung antara IMPHB dan anak-anak syarikat dalam komunikasi rasmi. · Menyediakan ringkasan komunikasi dan laporan pentadbiran untuk mesyuarat berkaitan kumpulan syarikat. 9) Penyediaan Laporan dan Dokumentasi: · Menyediakan laporan catatan harian berkala secara mingguan yang berkaitan dengan aktiviti operasi. · Menyusun dan mengemaskini dokumentasi serta fail berkaitan. 10) Lain-Lain Tugasan: · Melaksanakan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan dari semasa ke semasa berdasarkan keperluan organisasi dan keadaan semasa. KELAYAKAN : · Ijazah dalam Perundangan, Pengurusan Perniagaan, atau bidang yang berkaitan. . Graduan lepasan universiti sangat di alu-alukan. · Pengalaman kerja sekurang-kurangnya 5 tahun dalam industri perundangan. dengan sekurang-kurangnya 3 tahun dalam peranan pengurusan korporat. (*Satu kelebihan) · Pengalaman dalam mengurus tender · Kemahiran kepimpinan dan komunikasi yang cemerlang. · Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan dan membuat keputusan yang cepat dan tepat. · Pengetahuan mendalam tentang peraturan.