Epicareer Might not Working Properly
Learn More
P

Pegawai Khidmat Sosial / Social Welfare Officer

  • Full Time, onsite
  • Pertubuhan Al-Khaadem - Skuad Prihatin Kemiskinan (SPK)
  • Shah Alam, Malaysia
RM 2,000 - RM 2,500 / month

Checking job availability...

Original
Simplified

Skop Kerja

Bertanggungjawab dalam menyantuni golongan miskin dan susah melalui pengendalian aduan, penilaian kelayakan, agihan bantuan serta pelaksanaan lawatan rumah (bila diperlukan). Pegawai ini juga akan mengurus sukarelawan dalam pelaksanaan program kebajikan dengan sikap empati dan komitmen yang tinggi.

Tanggungjawab Utama

Khidmat Pelanggan Sosial

Menjawab panggilan telefon berkaitan keluhan, rayuan dan masalah golongan memerlukan secara sopan dan empati.

Soal Selidik & Penilaian

Menjalankan temubual atau soal selidik bagi menilai kelayakan bantuan da-n memahami keperluan sebenar individu/keluarga.

Pengurusan Bantuan

Menguruskan proses pengagihan bantuan seperti makanan, pakaian dan keperluan asas lain mengikut keutamaan dan situasi penerima.

Rekod & Laporan

Menyediakan laporan berkala mengenai kes-kes yang diterima, status bantuan serta maklum balas daripada penerima bantuan.

Hubungan Komuniti

Menjalin hubungan baik dengan komuniti dan NGO lain bagi tujuan kolaborasi dan bantuan berterusan.

Tindak Lanjut Kes

Memastikan tindakan susulan dibuat bagi kes-kes yang memerlukan bantuan lanjutan atau pemantauan berterusan.

Lawatan Rumah (House Visits)

Melaksanakan lawatan rumah untuk menilai keadaan sebenar penerima serta membina hubungan kemanusiaan yang lebih dekat.

Pengurusan Sukarelawan

Menyusun, menyelia dan membimbing sukarelawan dalam aktiviti bantuan seperti agihan barang atau program komuniti.

Ciri-ciri & Kemahiran Diperlukan

- Empati, sabar dan penyayang terhadap golongan yang memerlukan.

- Seorang pendengar yang baik, profesional dan tidak menghakimi.

- Mempunyai kemahiran komunikasi interpersonal yang tinggi.

- Mampu memimpin pasukan sukarelawan dan mengurus aktiviti secara terancang.

- Mahir menggunakan aplikasi asas komputer (seperti Excel, Google Form, dan sebagainya) untuk tujuan rekod.

- Mempunyai kenderaan sendiri adalah satu kelebihan untuk lawatan rumah.

Kelayakan Minima: SPM

Waktu kerja: Isnin hingga Sabtu (separuh hari)

Job Type: Full-time

Pay: RM2,000.00 - RM2,500.00 per month

Benefits:

  • Free parking
  • Opportunities for promotion
  • Professional development

Work Location: In person

Application Deadline: 06/25/2025
Expected Start Date: 05/05/2025