E-COMMERCE & CUSTOMER EXPERIENCE EXECUTIVE - FULL TIME
Salary undisclosed
Checking job availability...
Original
Simplified
Deskripsi Jawatan:
Bertanggungjawab dalam menyelia, menyelaras dan memastikan kelancaran operasi harian platform e-dagang syarikat agar selari dengan objektif jenama dan pengalaman pelanggan yang unggul. Individu ini akan:
· Menyelia pengurusan harian platform Shopee, Lazada, TikTok Shop, laman web rasmi syarikat dan POS Sistem, merangkumi kemas kini penyenaraian produk, penyusunan harga, stok, serta kandungan visual dan deskripsi.
· Memastikan semua pesanan diproses, dibungkus dan dihantar tepat pada masanya, selaras dengan keperluan setiap marketplace serta dasar pematuhan dalaman.
· Bekerjasama dengan pasukan reka bentuk dan pemasaran bagi penghasilan bahan digital seperti banner dan teaser kempen promosi dalam platform.
· Mengkoordinasi pelaksanaan kempen jualan termasuk pelarasan harga, pengaktifan baucar dan strategi promosi bagi meningkatkan kadar penukaran dan penglibatan pengguna.
· Menangani pertanyaan pelanggan, aduan, pemulangan dan sokongan selepas jualan secara profesional serta memantau penilaian dan ulasan bagi meningkatkan pengalaman pelanggan.
· Menganalisis data jualan, kadar pemulangan, prestasi kempen dan tingkah laku pengguna menggunakan analisa; serta menyediakan laporan berkala kepada pihak pengurusan.
· Bekerjasama rapat dengan pasukan gudang bagi menyelaras tahap inventori, mengenal pasti keperluan pengisian semula, dan memastikan penghantaran yang cekap serta tepat.
· Memastikan semua platform digital syarikat dikemaskini secara konsisten dan mesra pengguna serta selaras dengan arah tuju jenama Anggun.
· Membina hubungan strategik dengan vendor platform dan pihak teknikal marketplace bagi menyelesaikan isu serta mengoptimumkan prestasi penjual.
· Membuat kajian pasaran dan pesaing serta mengenal pasti trend dan keutamaan pelanggan wanita bagi memastikan strategi jualan terus kompetitif dan relevan.
· Menyokong jabatan dalam pelaksanaan inisiatif khas atau tugasan ad hoc berkaitan e-dagang, pemasaran digital, dan perkhidmatan pelanggan.
Kelayakan Minimum
Kelayakan Akademik:
· Memiliki Diploma dalam bidang berkaitan seperti Perniagaan, Pemasaran, E-Dagang, Komunikasi Massa atau bidang lain yang setara.
· Pemohon dengan kelayakan SPM dan pengalaman minimum 1 tahun dalam bidang perkhidmatan pelanggan, jualan atas talian atau sokongan operasi digital juga akan dipertimbangkan.
Kemahiran & Pengetahuan:
· Mempunyai pengetahuan asas mengenai operasi platform e-dagang seperti Shopee, Lazada atau TikTok Shop.
· Kemahiran asas dalam pengurusan kandungan produk, pemprosesan pesanan, dan penggunaan sistem pengurusan inventori atau dashboard seller.
· Mampu menggunakan perisian Microsoft Office (Word, Excel) dan aplikasi komunikasi seperti WhatsApp Business, Google Workspace atau Meta Business Suite.
· Kefahaman asas mengenai bahan grafik digital, gambar produk dan teks iklan jualan merupakan satu kelebihan.
Kecekapan Peribadi:
· Kemahiran komunikasi dan penulisan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
· Mampu mengendalikan pertanyaan pelanggan dengan sabar, profesional dan berhemah melalui pelbagai saluran seperti chat, emel dan DM.
· Keupayaan bekerja secara berpasukan dan multitasking dalam persekitaran kerja yang pantas dan dinamik.
· Sikap positif, cekap, dan teliti dalam menyelesaikan isu serta memenuhi jangkaan pelanggan.
Lain-lain:
· Sanggup bekerja di luar waktu pejabat semasa pelaksanaan kempen jualan atau situasi mendesak.
· Mempunyai akses kepada telefon pintar dan sambungan internet stabil untuk tujuan kerja adalah satu kelebihan.
· Pengalaman dalam live commerce atau pengurusan kedai TikTok dianggap sebagai nilai tambah.
KELEBIHAN BEKERJA DI ANGGUN LEGACY GLOBAL SDN BHD:
· Suasana tempat kerja yang selesa dan ceria.
· Mempunyai rakan kerja yang saling membantu.
· Ketua Jabatan yang sentiasa memberi sokongan kepada anda.
· Company Trip yang menyeronokkan.
Job Type: Full-time
Pay: RM1,700.00 - RM2,200.00 per month
Benefits:
• Opportunities for promotion
Schedule:
• Day shift
Supplemental Pay:
• Overtime pay
• Performance bonus
Application Question(s):
• 1. Adakah anda mempunyai pengalaman menguruskan platform e-dagang seperti Shopee, Lazada atau TikTok Shop? Jika ya, nyatakan platform yang anda biasa uruskan dan jenis tugasan yang dilakukan.
• 2. Pernahkah anda terlibat dalam mengendalikan pesanan pelanggan dari awal hingga akhir (order to delivery)? Sila terangkan bagaimana anda memastikan penghantaran berjalan lancar.
• 3. Adakah anda selesa berkomunikasi dengan pelanggan melalui media sosial, live chat, dan emel? Pernahkah anda mengendalikan aduan pelanggan sebelum ini?
• 4. Adakah anda bersedia bekerja lebih masa (selepas waktu pejabat) terutamanya semasa kempen jualan besar seperti 11.11, 12.12 atau pelancaran produk baru?
Work Location: In person
Expected Start Date: 05/05/2025