Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Mechanical Technician

RM 1,700 - RM 2,200 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified

Kami sedang mencari Juruteknik Mekanikal yang berkemahiran untuk menyokong barisan Pengeluaran Stamping & Tooling kami. Calon yang sesuai mempunyai pengalaman dalam penyelenggaraan, penyelesaian masalah, dan memastikan mesin stamping dalam keadaan baik serta peralatan tooling yang digunakan dalam pembuatan lead frame. Peranan ini amat penting untuk memastikan operasi pengeluaran kami berjalan lancar dan cekap, serta memenuhi standard kualiti dan ketepatan yang diperlukan dalam industri semikonduktor.

Tanggungjawab Utama:

  • Penyelenggaraan Peralatan: Melakukan penyelenggaraan dan pembaikan secara berkala ke atas mesin stamping, set die, dan peralatan tooling untuk memastikan prestasi yang baik dan mengurangkan masa henti.
  • Penyelesaian Masalah: Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah mekanikal yang berkaitan dengan peralatan stamping dan tooling, menggunakan kepakaran teknikal untuk mengenal pasti punca masalah dan melaksanakan penyelesaian yang berkesan.
  • Persediaan dan Pelarasan Tooling: Menyediakan dan menyesuaikan tooling dan die mengikut spesifikasi pengeluaran, memastikan semua peralatan beroperasi dalam parameter yang ditetapkan untuk memastikan kualiti produk.
  • Jaminan Kualiti: Memantau output pengeluaran untuk memastikan semua produk memenuhi standard kualiti yang tebaik. Melakukan pemeriksaan dan membuat pelarasan yang diperlukan untuk mengekalkan kualiti produk.
  • Peningkatan Proses: Bekerjasama dengan pegawai berkenaan atau jurutera dalam pengeluaran untuk mengenal pasti peluang peningkatan proses, mencadangkan dan melaksanakan penambahbaikan untuk meningkatkan kecekapan dan mengurangkan pembaziran.
  • Dokumentasi: Menyimpan rekod yang tepat mengenai aktiviti penyelenggaraan, prestasi peralatan, dan sebarang pelarasan yang dibuat pada proses pengeluaran.
  • Pematuhan Keselamatan: Memastikan semua kerja dilakukan mengikut peraturan keselamatan dan polisi syarikat, serta menggalakkan persekitaran kerja yang selamat setiap masa.

Kelayakan:

  • Pendidikan: Diploma atau Sijil dalam Kejuruteraan Mekanikal, Teknologi Industri, atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman: Minimum 1 tahun pengalaman sebagai Juruteknik Mekanikal dalam persekitaran pembuatan, sebaik-baiknya dalam industri semikonduktor. Lepasan graduan adalah dialu-alukan
  • Kemahiran Teknikal: Kemahiran dalam penyelenggaraan dan pembaikan mesin stamping dan peralatan tooling.
  • Komunikasi: Kemahiran komunikasi yang baik dengan keupayaan untuk bekerja secara bersama dalam persekitaran berpasukan.
  • Keselamatan: Komitmen untuk mengekalkan persekitaran kerja yang selamat dan mematuhi protokol keselamatan.

Faedah:

  • Gaji yang kompetitif dengan insentif berdasarkan prestasi
  • Manfaat kesihatan dan kesejahteraan yang komprehensif
  • Persekitaran kerja yang kolaboratif dan inovatif
  • Sokongan untuk pembelajaran berterusan dan peningkatan kemahiran

Cara Memohon:
Calon yang berminat perlu menghantar resume mereka bersama CV ke [email protected] dengan tajuk "Permohonan Juruteknik Mekanikal"

Job Type: Full-time

Pay: RM1,700.00 - RM2,200.00 per month

Benefits:

  • Additional leave
  • Free parking
  • Health insurance
  • Maternity leave
  • Meal allowance
  • Parental leave

Schedule:

  • Rotational shift

Supplemental Pay:

  • Attendance bonus
  • Commission pay
  • Overtime pay
  • Performance bonus
  • Yearly bonus

Education:

  • Malaysian Special Skills Certificate (Required)