Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Assistant Shift Supervisor

  • Full Time, onsite
  • Terengganu Silica Consortium Sdn. Bhd.
  • Permaisuri, Malaysia
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
Tugas Kerja - CCR Operator (Kilang Pickling) Termasuk tetapi tidak terhad kepada: Mengendalikan panel kawalan yang terdiri daripada peralatan canggih dan berkomputer (DCS) mengenai operasi dan kawalan instrumentasi pada panel kawalan yang mengawal kualiti dan kuantiti proses seperti yang dijadualkan (bertanggungjawab menjaga sistem SCADA). Sentiasa berwaspada, memantau, mendiagnosis dan memanipulasi kemudahan kawalan elektronik pemprosesan mikro untuk memastikan fungsi yang betul dan produk memenuhi spesifikasi dan kuantiti yang ditetapkan. Bertanggungjawab ke atas pemantauan yang berterusan pada panel kawalan dan menjalankan operasi pelarasan pada Kilang Pickling dan Operasi Water Treatment. Melaporkan dengan serta-merta sekiranya berlaku sebarang ralat atau penyelewengan dalam operasi kepada pihak pengurusan Kilang dan Pengurus Kilang. Merekod dan menyusun data operasi dengan melengkapkan dan mengekalkan borang, log atau laporan harian. Bertanggungjawab untuk operasi kilang merangkumi Kilang Pickling dan Operasi Water Treatment. Mengetuai segala tugas pemantauan mesin-mesin dan alatan-alatan di Kilang Pickling. Memastikan semua persekitaran kerja di dalam keadaan selamat dan bersih. Membuat pemantauan dan memastikan kebersihan sentiasa terjaga pada peralatan di kilang secara berkala untuk menjaga kualiti produk siap mengikut piawaian dan standard kualiti pihak Syarikat; Memastikan semua menara produk berjalan dengan lancar dan mengikut line yang telah ditetapkan. Berkomunikasi dengan secara efektif dengan kakitangan lain. Memaklumkan segala perkara yang berkaitan dengan proses di kilang kepada Penyelia, Jurutera dan Pengurus Kilang. Memberikan bantuan kepada Pasukan Penyelenggaraan dan Pasukan Elektrikal sekiranya diperlukan. Melakukan tugasan sampingan yang diberikan oleh pihak atasan. Bertindak sebagai Penyelia untuk syif yang ditetapkan. Mematuhi Prosedur Operasi Standard syarikat Terengganu Silica Consortium dan Prosedur Polisi Standard. Melaksanakan arahan kerja daripada pihak atasan dari masa ke semasa. Sentiasa bersedia untuk bekerja dalam syif dan menggantikan operator kilang yang sedang bercuti jika perlu. Tanggungjawab Tambahan Bertanggungjawab untuk melaksanakan, mengekalkan dan mematuhi Polisi Sistem Pengurusan Bersepadu Syarikat, prosedur dan keperluan berkaitan ISO 9001 :2015 Sistem Pengurusan Kualiti, Iso 45001 :2018 Sistem Pengurusan Keselamatan & Kesihatan Dan Iso 14001:2015 Sistem Pengurusan Alam Sekitar; ISO 45001:2018 Safety & Health Management System Mematuhi prosedur sistem pengurusan OHSAS, ini termasuk; Bertanggung Jawab dalam mengikuti prosedur pengurusan fasiliti. Mengikuti prosedur standard jawatankuasa keselamatan / pasukan keselamatan. ISO 14001:2015 Environmental Management System; Harus mengikuti sistem pengurusan kesihatan dan keselamatan (EMS) terutamanya latihan, dasar, objektif, dan tindakan pencegahan. Mematuhi rangka kerja EMS untuk menguruskan kesan alam sekitar segera dan jangka panjang produk, perkhidmatan dan proses organisasi. Penguatkuasaan N/A - Tidak Berkenaan