Epicareer Might not Working Properly
Learn More
P

Head Warehouse

RM 3,000 - RM 5,000 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified

HEAD WAREHOUSE

Deskripsi Kerja:

  • Menguruskan Stok, Harta Syarikat dan Stokpail Kerajaan, pada Aras dan Kos yang Optima dan Berpandukan Polisi dan Prosedur Syarikat untuk kelancaran operasi

Tanggungjawab:

1. Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalan Operasi Penerimaan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti

  • Menentukan kedudukan tapak lot beras bagi kargo yang akan dibawa masuk ke dalam gudang
  • Menyemak dan mengesahkan arahan kemasukan beras sebelum operasi dimulakan
  • Mengeluarkan arahan kepada kontraktor pengendalian untuk membekalkan pekerja buruh yang mencukupi untuk menguruskan operasi
  • Mengarahkan kontrak dan kakitangan operasi untuk menyemak persediaan kelengkapan peralatan operasi, seperti jentera forklift, papan pallet, guni kosong, mesin jahit dan benang, kanvas/terpaulin
  • Mengarahkan Kontraktor Kawalan Serangga membuat rawatan ke atas tapak lot beras yang diduduki dan papan pallet yang akan digunakan
  • Mengikut dan menyusul dengan Inventori Zon tentang kesediaan Sistem Pengurusan Inventori seperti Transfer Order untuk proses kemasukan data
  • Melaporkan kepada Pasukan Inventori Zon sekiranya terdapat sebarang gangguan sistem atau internet terdapat kejadian beras basah atau rosak
  • Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja dan fasiliti gudang
  • Menyemak dan mengesahkan dokumen operasi secara harian seperti Nota Hitung, Nota Hantaran, penerimaan, "Consignment Note/Delivery Note", Slip Timbang, " Transfer Receipt Note", "Pro-Forma completion Report", Stek Kad Manual dan dokumen-dokumen yang berkaitan

2) Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan Operasi Simpanan Beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti

  • Mengarahkan kakitangan operasi membuat pengesahan kuantiti stok fizikal secara harian
  • Menyemak laporan kedudukan stok di dalam gudang dan di dalam sistem secara harian
  • Menyemak dan mengesahkan Pelan Lantai Gudang secara mingguan dan melaporkan maklumat lot kosong kepada Ibu Pejabat secara harian
  • Mengarahkan kakitangan operasi mempamerkan semua label yang berkaitan seperti Label Stek Beras, Label Stokpail, Label Stok Matang, Pita Penanda Stokpail (Merah/putih)
  • Merancang, mengarah dan mengurus kontraktor pembersihan untuk menjalankan kerja-kerja pembersihan didalam dan di luar gudang
  • Mengarahkan kakitangan operasi memeriksa kestabilan susunan tindanan secara harian
  • Mengarahkan kakitangan operasi memastikan smeua kelengkapan peralatan

3) Merancang, memantau dan mengurus kakitangan operasi menjalankan operasi pengeluaran beras di Gudang Bernas dengan mencapai sasaran yang ditetapkan oleh Jabatan dari segi pengurusan kos, kepuasan pelanggan, proses dalaman dan produktiviti

  • Menyemak dan mengesahkan Rice Collection Plan atau Salinan Inbois sebelum operasi dimulakan
  • Mengeluarkan arahan kepada kontraktor pengendalian untuk membekalkan pekerja buruh yang mencukupi untuk menguruskan operasi
  • Mengarahkan kakitangan operasi untuk menyemak persediaan kelengkapan peralatan operasi seperti jentera forklift, papan pallet, papan plywood, working pallet, guni kosong, mesin jahit dan benang, kanvas/terpaulin
  • Melaporkan kepada pasukan Inventori Zon sekiranya terdapat sebarang gangguan sistem atau internet serta memohon pelarasan transaksi sekiranya diperlukan
  • Melaporkan kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian beras basah atau rosak
  • Melaporkan kepada ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja dan fasiliti gudang
  • Menyemak dan mengesahkan dokumen operasi secara harian seperti Nota Hitung, Nota Pengeluaran, permit Pindahan Antara Negeri, Slip Timbang dan lain-lain
  • Menyemak dan mengesahkan DO & Invoice Overview, Stcak Closure Report & request, Surplus Rice Request dan dokumen-dokumen yang berkaitan

4) Memantau dan mengurus Kontraktor Kawalan Serangga menjalankan aktiviti kawalan Makhluk Perosak di dalam gudang dengan memastikan elemen keselamatan dan kesihatan pekerja dipatuhi setiap masa

  • Menugaskan kakitangan operasi untuk memantau aktiviti kawalan serangga di gudang
  • mengesahkan arahan kerja yang dikeluarkan oleh Pasukan penyelenggaraan Beras Zon
  • Mengesahkan jadual kerja bulanan aktiviti kawalan makhluk perosak yang dikeluarkan oleh pasukan
  • Mengesahkan laporan servis yang dikeluarkan oleh kantraktor kawalan serangga
  • Memantau kehadiran pekerja kontraktor kawalan serangga di gudang secara harian
  • Melapor kepada Ketua Zon dan pihak yang berkaitan sekiranya terdapat kejadian kemalangan yang melibatkan pekerja atau kargo di gudang

5) Memantau dan mengurus Syarikat Kawalan Keselamatan menjalankan aktiviti Kawalan Keselamatan di dalam gudang

  • Menyemak kehadiran anggota Syarikat Kawalan Keselamtan di Pos Kawalan setiap hari
  • Menyemak dan mengesahkan Buku Laporan Aktiviti Harian anggota secara harian
  • Menyemak dan mengesahkan rekod kemasukan kakitangan, pelawat, pemborong secara harian
  • Menyemak dan mengesahkan laporan kuncian jan setiap hari Isnin dan Khamis
  • Mengarahkan Ketua Pos Kawalan dan anggotanya menjaga keceriaan dan kebersihan Pos Kawalan pada setiap masa
  • Mengesahkan Pas Masuk Gudang yang dikeluarkan oleh anggota keselamatan
  • Memeriksa rakaman CCTV di dalam Pos Kawalan dan melaporkan kepada Ketua Zon sekiranya terdapat sebarang kejadian yang dicurigai serta melaporkan kepada Pasukan Penyelenggaraan sekiranya terdapat kerosakan ke atas CCTV
  • Memastikan semua pintu gudang dibuka pada waktu operasi dan ditutup serta berkunci setelah selesai waktu operasi
  • Memastikan kunci-kunci gudang diserahkan ke peti simpanan kunci yang dikhaskan setelah selesai waktu operasi
  • Menyertai jawatankuasa Keselamatan dan kesihatan Pekerja

6. Memantau penyelenggaran fasiliti gudang

  • Mengesahkan borang kerosakan dan melaporkan kepada pasukan penyelenggaraan untuk tindakan pembetulan
  • Menyusul dan mengikut kemajuan pembaikan atau penyelenggaraan dengan pasukan penyelenggaraan
  • Menugaskan kakitangan operasi untuk menjalankan pemeriksaan berkala bersama dengan pasukan penyelenggaran

7. Pengurusan kakitangan yang efisien

  • Memastikan prestasi kehadiran kakitangan dalam keadaan baik dan menepati waktu bekerja yang ditetapkan oleh pengerusan
  • Merancang, menyemak dan meluluskan cuti kakitangan dan kerja lebih masa sekiranya diperlukan
  • Sentiasa meningkatkan moral kakitangan dibawah seliaan langsung melalui komunikasi berkesan, penetapan matlamat kerja dan matlamat pasukan yang jelas melalui pembaikan berterusan dan menjaga kebajikan kakitangan
  • Menganalisa kemahiran kerja kakitangan yang diselia dan menyarankan / memberikan latihan kerja (on job training)

8. Siap siaga terhadap arahan semasa dan patuh kepada polisi dan prosedur syarikat

  • Bersedia menerima arahan pengurusan dari semasa ke semasa

1. Kelayakan:

  • Diploma Pengurusan dan Pentadbiran atau dalam bidang yang berkaitan

2. Tahun Pengalaman Kerja:

  • Minima 12 tahun pengalaman dalam bidang berkaitan

3. Pengetahuan Khusus:

  • Berpengetahuan menggunakan sistem Axapta untuk merekod data dan inventori
  • Berkemahiran menggunakan MS Office
  • Berkemahiran dalam teknologi Matlumat

Job Types: Full-time, Permanent

Pay: RM3,000.00 - RM5,000.00 per month

Benefits:

  • Health insurance

Schedule:

  • Monday to Friday

Supplemental Pay:

  • Overtime pay

Ability to commute/relocate:

  • Pasir Gudang: Reliably commute or planning to relocate before starting work (Required)

Education:

  • STM/STPM (Preferred)

Experience:

  • warehouse: 10 years (Preferred)