Epicareer Might not Working Properly
Learn More

KETUA BAHAGIAN KEWANGAN

RM 6,000 - RM 7,999 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
BIDANG TUGAS & TANGGUNGJAWAB 1. Bertanggungjawab untuk menyediakan Penyata Kewangan berdasarkan Prinsip dan Piawaian Perakaunan dan juga bertanggungjawab memastikan kawalan prosedur perakaunan yang sesuai dilaksanakan. 2. Menyelaras dan membimbing Bahagian Kewangan atau subordinat. 3. Bertanggungjawab untuk mengawasi semua kegiatan dan pengurusan perakaunan/kewangan syarikat dan menjaga kerahsiaan maklumat/data tidak terhad kepada kewangan dan lain-lain. 4. Menyelaraskan aktiviti operasi Bahagian Kewangan bagi memastikan semua aktiviti sesuai dengan kepentingan perkhidmatan. 5. Membantu mengembangkan kemampuan semua kakitangan yang sesuai dalam pengurusan perakaunan/kewangan yang mantap. 6. Menguruskan kewangan syarikat berkaitan aliran tunai, perbankan, perbendaharaan dan kawalan kedudukan kewangan. 7. Mengetuai pasukan dengan baik, fleksibel dan mampu bekerjasama dengan semua Bahagian. Keupayaan dan kesediaan untuk melakukan/menghadiri mesyuarat keluar lokasi yang ditetapkan. 8. Membangun, menerapkan dan memelihara sistem maklumat yang sesuai, termasuk perakaunan dan maklumat kewangan yang dikekalkan pada sistem perakaunan syarikat. 9. Bertanggungjawab terhadap penyediaan Belanjawan, kawalan dan peruntukan untuk perbelanjaan dikawal dan dipantau dengan baik. 10. Bertanggungjawab memastikan urusan Percukaian diuruskan dengan betul mengikut peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan. 11. Menyediakan kertas cadangan yang berkaitan perakaunan/kewangan untuk kelulusan Pengurusan/Jawatankuasa/ALPAYS. 12. Berkomunikasi secara langsung dengan pasukan Sokongan Operasi, pasukan Pendidikan dan Harta mengenai keperluan kewangan. TUGAS UTAMA PENGURUSAN KEWANGAN 1. Melaporkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) dan/ atau Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Selangor (ALPAYS) berkaitan Pengurusan Perakaunan Operasi Kewangan. 2. Bertanggungjawab untuk mengawasi semua operasi pengurusan perakaunan/ kewangan syarikat. 3. Bertanggungjawab menjaga pasukan kewangan termasuk membantu mengembangkan kemampuan semua kakitangan yang sesuai dalam pengurusan dan operasi harian kewangan dari segi pengurusan prestasi, bimbingan serta pembangunan dan latihan. 4. Bertanggungjawab menyediakan pelaporan kewangan kepada KPE dan ALPAYS dan menyokong dan menasihati KPE dan ALPAYS mengenai semua hal kewangan, pengurusan risiko kewangan dan kawalan dalaman untuk memastikan kepatuhan terhadap standard dan prosedur yang sesuai berkaitan perakaunan/kewangan. 5. Mengawasi penggunaan platform/sistem perakaunan dan melaksanakan "best practices" yang cekap dan berkesan terutama dalam proses dan kawalan yang berkaitan dengan pemprosesan dan transaksi perakaunan. 6. Menyediakan senarai pembayaran untuk kelulusan pengurusan dan meluluskan pembayaran yang disediakan oleh Unit Akaun Pembayaran di Bahagian Kewangan 7. Menjaga hubungan perbankan dan merancang, memantau dan mengawal keperluan aliran tunai syarikat dan keselamatan tunai untuk memastikan pelaksanaan operasi berjalan dengan lancar. 8. Bekerjasama dengan Jabatan lain untuk merumuskan, mengembangkan, melaksanakan dan mengemaskini polisi, prosedur, dan manual syarikat berkaitan kewangan. 9. Memastikan kepatuhan kepada Manual Operasi Kewangan syarikat dan penggunaan sumber kewangan yang efektif dan telus dengan mematuhi dasar dan prosedur syarikat, termasuk pengembangan dan kajian semula kawalan dalaman (SOP Kewangan). 10. Membangun, menerapkan dan memelihara sistem maklumat yang sesuai, termasuk rekod perakaunan/ maklumat kewangan yang dikekalkan pada sistem perakaunan syarikat. 11. Memastikan kepatuhan kepada semua undang-undang berkaitan kewangan yang berkuatkuasa di Malaysia. 12. Memastikan integriti rekod kewangan dan sistem perakaunan dan semua transaksi direkodkan. PELAPORAN, PENGAUDITAN, PERCUKAIAN DAN BELANJAWAN 1. Mengkaji semua laporan kewangan bulanan yang disediakan oleh pasukan kewangan sebelum diserahkan kepada KPE. Ini termasuk kajian semula transaksi lejar umum, rekonsiliasi, rekod perbankan dan maklumat kewangan lain yang berkaitan. 2. Sediakan laporan bayaran dan prestasi berkaitan Bahagian Kewangan untuk KPE/JK dan ALPAYS mengikut ketetapan garis masa. 3. Berkomunikasi secara langsung dengan pasukan Sokongan Operasi, pasukan Pendidikan dalam hal berkaitan kewangan. 4. Menganalisa laporan kutipan hasil pembangunan projek dan kutipan hutang pinjaman pendidikan dan pastikan laporan tersebut sesuai dengan andaian anggaran yang rnendasari (untuk kegunaan dan transaksi rekod perakaunan yang digunapakai). 5. Menyediakan penyata kewangan akhir tahun dan disertakan akaun berkanun dan nota yang diperlukan untuk audit. 6. Bertanggungjawab dalam mengemukakan laporan/slaid kewangan syarikat, laporan berkanun dan juga audit dalam jangkamasa yang ditetapkan kepada KPE/JK/ALPAYS. 7. Menyediakan analisis tunai semasa apabila diperlukan, khususnya untuk menganalisa kewangan (aliran tunai semasa). 8. Bekerjasama dengan pihak juruaudit semasa audit dijalankan bagi memastikan pematuhan sepenuhnya kepada keperluan audit. 9. Menyediakan dan menganalisa laporan kewangan bulanan dan laporan pengurusan bulanan (monthly management report) yang meliputi penyata pendapatan, kunci kira-kira, belanjawan dan varians, unjuran dan ramalan serta aliran tunai. 10. Memastikan semua transaksi kewangan diproses dengan tepat, dalam jangkamasa yang diperlukan dan mengikut prinsip perakaunan standard. 11. Bertanggungjawab dalam aspek cukai korporat (termasuk cukai tertunda), cukai jualan dan perkhidmatan serta hal-hal cukai kerajaan yang lain. 12. Menyediakan belanjawan tahunan dan mengawal peruntukan belanjawan syarikat. 13. Menasihati Sahagian/Unit bagi menyediakan anggaran belanjawan tahunan dan mengawal selia peruntukan perbelanjaan. 14. Menjalankan lain-lain tugasan dan projek seperti yang diarahkan oleh Pengurusan dari masa ke semasa berkaitan perkaunan/kewangan sahaja. CARA MEMOHON a) Borang Permohonan Jawatan Kosong boleh dimuat turun melalui laman web Yayasan Selangor http://www.yayasanselangor.org.my PENGIKLANAN Tarikh Buka : 20 Disember 2024 (Jumaat) Tarikh Tutup : 31 Disember 2024 (Selasa) b) Pemohon hendaklah menghantar ‘resume’ beserta Borang Permohonan Jawatan ke Bahagian Pengurusan Modal Insan. Pemohon yang masih berkhidmat dengan Yayasan Selangor hendaklah mengemukakan permohonan melalui Ketua Bahagian/ Unit dan disertakan dengan sesalinan sijil-sijil yang berkaitan yang telah disahkan. PERMOHONAN Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar ke alamat seperti di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat: YAYASAN SELANGOR TINGKAT 18, MENARA YAYASAN SELANGOR, NO. 18A, PERSIARAN BARAT, 46000 PETALING JAYA, SELANGOR DARUL EHSAN (U.P: Bahagian Pengurusan Modal Insan) Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 31 Disember 2024. Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil menghadiri temuduga. Calon yang tidak menerima jawapan setelah 3 bulan dari tarikh tutup iklan dianggap tidak berjaya.