B
PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N5 (SEKTOR AKADEMIK)
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon
Apply on
Original
Simplified
"a) Pembangunan Kurikulum Baharu Jurusan Sains Komputer (JSK) i. Membantu dalam penyediaan dokumen kertas cadangan JSK; ii. Membantu menyediakan slaid pembentangan MPT/MPKPM/JPICT; iii. Membantu menghubungi panel JSK untuk kelancaran pembangunan kurikulum JSK; iv. Membantu penyelaras kursus membuat analisis keperluan kurikulum (AKK) dan penyediaan dokumen berkaitan; v. Membantu menyelaras bengkel pemetaan bersama JK kerja JSK dan panel universiti; vi. Membantu menyelaras Bengkel Kerja Penggubalan Kurikulum Baharu JSK; vii. Membantu menyediakan dokumen kurikulum baharu yang telah dibangunkan; viii. Membantu menyelaraskan bengkel kawal mutu secara dalam talian/ bersemuka bersama JK kerja JSK dan panel universiti; ix. Membantu menyelaraskan bengkel penataran dan pendedahan kurikulum baharu JSK bagi tiga (3) buah kolej matrikulasi (KM); x. Membantu menyediakan dokumen kurikulum baharu JSK bagi tujuan verifikasi dan pengesahan; xi. Membantu mengurus setia bengkel penyediaan bahan/ penggubalan soalan/ pentaksiran JSK; xii. Membantu dalam menjalankan ujian rintis di KM yang terpilih; xiii. Membuat analisis data berkaitan uji rintis untuk tujuan penambahbaikan; dan xiv. Membantu menyediakan laporan dan rumusan uji rintis yang telah dijalankan. b) Pembangunan Kurikulum Baharu 3.0 (Future Ready Curriculum, FRC) I. Membantu menyediakan surat lantikan panel; II. Membantu pegawai menyediakan dokumen tuntutan panel; III. Mengurus setia bengkel pembangunan kurikulum; IV. Menyediakan dokumen dan bahan bengkel; dan V. Membantu menyediakan laporan dan slaid pembentangan. c) Membantu kerja pengkeranian; d) Mengurus setia Mesyuarat Sektor Akademik; e) Membantu penyediaan bahan dan dokumen serta mengurus setia Audit Akademik; f) Membantu penyediaan bahan dan dokumen serta mengurus setia Mesyuarat Jawatankuasa Penasihat Akademik Program Matrikulasi (JKPAPM); g) Membantu penyediaan laporan mesyuarat dan bengkel Sektor Akademik; h) Membantu menyelaras dan mengemaskini data Sektor Akademik; i) Membantu penyediaan dokumen rasmi yang diarahkan; j) Membantu pengurusan Perhimpunan Bulanan yang dikelola oleh Sektor Akademik; k) Menyediakan surat/ memo lantikan dan panggilan mesyuarat/ bengkel; l) Menyediakan dokumen tuntutan panel; dan m) Melaksanakan arahan dari semasa ke semasa"