PEGAWAI SUMBER MANUSIA
Salary undisclosed
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
Kami sedang mencari individu yang berdedikasi dan rajin untuk menyertai pasukan kami sebagai Pegawai Sumber Manusia! Tugas Dan Tanggungjawab: Bertanggungjawab menguruskan pentadbiran sumber manusia dan merancang strategi pengurusan sumber manusia untuk memastikan gerak kerja yang efisien dan berkesan. Merancang keperluan tenaga kerja jangka panjang dan pendek, serta menyediakan laporan dan analisis berkaitan keperluan sumber manusia untuk menyokong perancangan strategik syarikat. Memantau kehadiran serta disiplin semua pekerja agar mematuhi undang-undang buruh dan peraturan yang ditetapkan oleh syarikat. Menguruskan aset syarikat (termasuk penggunaan, penyimpanan dan pemeriksaan aset), penjagaan harta modal dan mengetuai pengurusan inventori. Menyelia dan memantau program penilaian prestasi pekerja, termasuk menetapkan KPI dan merancang pembangunan kerjaya untuk meningkatkan prestasi individu dan orgnisasi syarikat. Merancang dan melaksanakan program latihan untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan kebolehan pekerja. Memimpin proses penggajian, termasuk pengiraan gaji, elaun, dan faedah pekerja, serta memastikan kepatuhan kepada undang-undang buruh dan peraturan berkaitan. Merancang dan menetapkan proses pengambilan pekerja serta mengemas kini dan memantau kemajuan pengambilan pekerja termasuk progres pengiklanan, pemilihan calon dan pematuhan SOP sesuai dengan keperluan syarikat. Memantau dan membantu pengurusan cuti pekerja serta menyusun jadual cuti pekerja yang produktif untuk memastikan kelancaran operasi syarikat. Menyediakan dokumen penting, termasuk kontrak pekerjaan, penyata prestasi, dan dokumen pentadbiran lain, diselenggara dengan lengkap, disimpan dengan selamat dan tersusun serta mudah diakses apabila diperlukan. Kelebihan Menyertai Kami: Berpeluang kenaikan gaji dan pangkat. Gaji permulaan yang kompetitif RM3500 (ikut kelayakan & pengalaman). Peluang pembangunan professional. Caruman KWSP, SOCSO & SIP. Cuti tahunan dan cuti sakit disediakan Faedah perubatan dan kesihatan di mana-mana cawangan Klinik Daddy. Faedah pendidikan bagi anak kakitangan di MTSFAZ. Pakaian korporat disediakan. Makan tengahari percuma. Berdekatan dengan LRT Gombak & LRT Taman Melati. Lokasi pejabat yang strategik berhadapan dengan KL East Mall dan mempunyai banyak kemudahan fasiliti seperti lift, Bank Simpanan Nasional, kedai serbaneka dan Klinik Daddy. Jom, sertai kami jika anda: Diploma/Ijazah Sarjan Muda dalam bidang Human Resource Managemnet atau yang bersesuaian. Berpengalaman bekerja di bidang Pengurusan Sumber Manusia minima 2 tahun. Memahami undang-undang buruh dan perundangan lain yang berkaitan pengurusan sumber manusia di Malaysia. Mampu berkomunikasi dan menulis di dalam bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Berkemahiran dalam menguruskan hubungan antara pekerja, majikan dan pihak yang berkepentingan kepada syarikat, termasuk kemahiran dalam menjalankan rundingan dan penyelesaian masalah. Berpengetahuan dalam menguruskan latihan dan pembangunan pekerja, termasuk membuat penilaian prestasi dan pernacangan kerjaya. Mempunyai kemahiran menggunakan komputer dan mampu bekerjasama dalam kumpulan. LOKASI: No 7-2 Jalan Melati Utama 4, Taman Melati Utama, 53100 Kuala Lumpur,Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Jangan lepaskan peluang ini! Hubungi kami sekarang untuk maklumat lanjut atau hantar permohonan anda segera! Hantar CV anda kepada: [email protected] atau [email protected] +6018-2771019