Technician (Wireman KL)
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Ringkasan Pekerjaan:
Juruteknik bertanggungjawab untuk memasang, menyelenggara, dan menyelesaikan masalah device GPS, MDVR, Dashcams, dan produk berkaitan. Peranan ini memastikan prestasi device yang optimum dan integrasi yang lancar dengan sistem pengurusan armada.
Tanggungjawab:
1. Pemasangan & Konfigurasi:
- Memasang device GPS, MDVR, Dashcams, dan aksesori berkaitan pada kenderaan mengikut standard syarikat.
2. Penyelesaian Masalah & Penyelenggaraan:
- Mendiagnosis dan menyelesaikan masalah hardware atau software dalam device GPS, MDVR, Dashcams, dan produk berkaitan.
3. Ujian & Pengesahan device:
- Menguji device yang dipasang untuk memastikan penghantaran data yang tepat dan keserasian sistem.
- Memeriksa tetapan konfigurasi, termasuk sensor seperti fuel sensor dan sensor suhu.
4. Sokongan Teknikal:
- Memberikan sokongan untuk menyelesaikan masalah teknikal yang dihadapi oleh pelanggan atau juruteknik.
5. Dokumentasi & Pelaporan:
- Mengemaskini rekod yang tepat mengenai pemasangan, pembaikan, dan tugas penyelenggaraan menggunakan aplikasi yang ditetapkan.
- Merekodkan masalah yang dihadapi, punca masalah, dan tindakan yang diambil untuk rujukan dan analisis.
- Mengemaskini mengenai stok kepada pasukan Scheduler dan pasukan inventori.
6. Kolaboratif:
- Bekerjasama dengan Khidmat Pelanggan dan Scheduler mengenai tugas di tapak dan komunikasi berkaitan.
- Bekerjasama dengan pasukan inventori untuk memastikan alat dan bahan yang diperlukan tersedia untuk tugas.
- Bekerjasama dengan pasukan teknikal untuk menangani kebimbangan berkaitan device dan meningkatkan kecekapan operasi.
Kelayakan & Kemahiran:
- SPM/Diploma dalam Elektronik Elektrik atau bidang berkaitan.
- Diutamakan: Sijil Elektrik Automotif atau latihan setaraf dalam sistem elektrik automotif.
- Pengalaman minimum 1-2 tahun dalam pemasangan dan penyelesaian masalah penjejakan GPS, MDVR Dashcam, atau produk berkaitan.
Kemahiran Teknikal:
- Pengetahuan tentang sistem GPS, MDVR Dashcams, pendawaian kenderaan, dan konfigurasi peranti.
- Kemahiran dalam menggunakan alat diagnostik dan aplikasi mudah alih untuk penyelesaian masalah.
- Pengetahuan tentang sensor seperti pemantauan bahan api dan suhu.
Kemahiran Peribadi:
- Kebolehan menyelesaikan masalah dan perhatian kepada butiran.
- Kemahiran komunikasi dan kerjasama yang berkesan.
- Keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan dan memenuhi tarikh akhir yang ketat.
Keperluan Fizikal:
- Keupayaan untuk bekerja di luar dan dalam pelbagai keadaan cuaca.
- Selesa melakukan tugas manual, termasuk mengangkat dan bekerja di ruang terhad seperti bahagian dalam/luar kenderaan.
Keperluan Tambahan:
- Lesen memandu yang sah dan kesediaan untuk melakukan perjalanan bagi tugas di tapak dan luar kawasan.
- Mempunyai kenderaan peribadi untuk perjalanan berkaitan kerja.
- Ketersediaan untuk sokongan selepas waktu pejabat atau panggilan kecemasan.
Job Types: Full-time, Permanent
Pay: RM1,800.00 - RM2,000.00 per month
Benefits:
- Cell phone reimbursement
- Flexible schedule
- Professional development
Schedule:
- Monday to Friday
- Weekend jobs
Supplemental Pay:
- Commission pay
- Overtime pay
- Performance bonus
- Yearly bonus
Experience:
- technical: 1 year (Preferred)