Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Eksekutif Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan

  • Full Time, onsite
  • National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)
  • Serdang, Malaysia
RM 3,000 - RM 3,499 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut: 1. Pemantauan dan penilaian risiko (Risk Assessment and Hazard Identification) a) Mengenalpasti dan menilai potensi dan bahaya di tempat kerja; b) Menilai kesan kepada Keselamatan dan Kesihatan pekerja bagi sebarang proses yang dijalankan, peralatan dan bahan kimia yang digunakan serta keadaan persekitaran; dan c) Memastikan dan menggunakan pelan dan strategi yang betul bagi meminimumkan pendedahan terhadap risiko. 2. Membangun dan melaksanakan polisi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan a) Menyedia, melaksana dan menguatkuasakan dasar, prosedur dan piawaian keselamatan di tempat kerja yang sejajar dengan peraturan dalaman, negara dan antarabangsa; b) Mengemaskini protokol keselamatan sebagai tindakbalas kepada perubahan dalam undang-undang, risiko baharu atau operasi di tempat kerja; dan c) Memastikan pekerja dilatih dan memahami tentang polisi dan prosedur keselamatan. 3. Pemantauan dan Pemeriksaan a) Menjalankan pemeriksaan yang kerap ditempat kerja bagi memastikan pematuhan terhadap peraturan keselamatan, keadaan peralatan, mesin dan alatan berfungsi dengan selamat; b) Melaksanakan lawatan tapak dan pemerikasaan bagi mengenalpasti bahaya dan amalan tidak selamat; dan c) Memastikan penggunaan peralatan perlindungan diri (PPE) dan langkah keselamatan lain yang betul. 4. Penyiasatan dan Pelaporan a) Menyiasat sebarang kemalangan, kecederaan dan insiden (Near Misses) di tempat kerja untuk mengenalpasti punca dan melaksanakan tindakan pembetulan; b) Menyediakan dan mengemaskini laporan kemalangan untuk badan kawalselia dan rekod dalaman; dan c) Mengesyorkan penambahbaikan untuk mengelakkan kemalangan atau masalah kesihatan berulang. 5. Program Latihan dan Kesedaran a) Menyediakan dan menyampaikan program latihan keselamatan untuk pekerja termasuk pencegahan kebakaran, pertolongan cemas, tindakbalas kecemasan dan penggunaan peralatan yang selamat; b) Menjalankan latihan keselamatan dan simulasi untuk memastikan kakitangan bersedia menghadapi situasi kecemasan; dan c) Menyediakan kempen kesedaran keselamatan yang berterusan dan memaklumkan kepada kakitangan sebarang kemaskini yang telah dilakukan. 6. Pematuhan Undang-Undang dan Peraturan a) Memastikan Syarikat mematuhi undang-undang dan peraturan yang berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerja; b) Sentiasa mengikuti perkembangan terkini terhadap sebarang perubahan undang-undang dan peraturan tempatan dan antarabangsa yang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan; dan c) Berhubung dengan pihak berkuasa dan mengambil bahagian dalam pemeriksaan atau audit yang dijalankan. 7. Pelan Tindakan Kecemasan a) Membangun dan mengekal pelan tindakan kecemasan untuk pelbagai senario di tempat kerja seperti kebakaran, tumpahan bahan kimia atau bencana alam; b) Memastikan pintu kecemasan, peralatan keselamatan dan peti pertolongan cemas tersedia dan boleh diakses; dan c) Mengadakan dan mengendalikan latihan tindak balas kecemasan kepada kakitangan. 8. Inisiatif Kesihatan dan Kesejahteraan a) Melaksanakan program yang menggalakkan kesejahteraan pekerja secara keseluruhan seperti penilaian ergonomik dan inisiatif kesihatan mental; b) Memantau trend kesihatan pekerjaan termasuk pendedahan kepada bahan berbahaya dan memastikan tempat kerja; 9. Menyelaras segala aktiviti Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP); dan 10. Menjalankan sebarang tugas yang diarahkan dari masa ke masa. Kelayakan dan Pengalaman: 1. Warganegara Malaysia. 2. Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan/Pengurusan atau bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; 3. Mempunyai sekurang-kurangnya dua (2) tahun pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan atau yang berkaitan; dan 4. Keutamaan kepada yang memiliki Sijil Latihan kompetensi Keselamatan dan Kesihatan (Green Book) daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH).
Similar Jobs

1d ago

Van Driver
Tiny Laundries Sdn Bhd

Full Time, onsite, onsite

RM 3,500 / Per Mon

1d ago

Admin Assistant
Agensi Pekerjaan Ema Sdn. Bhd.

Full Time, onsite, onsite

RM 2,499 / Per Mon

1d ago

Tour Planner
Agensi Pekerjaan Inter Island Sdn Bhd

Full Time, onsite, onsite

RM 5,999 / Per Mon

1d ago

PEMANDU VAN - CIT
SRT SECURITY SERVICES SDN. BHD.

Full Time, onsite, onsite

Salary undisclosed