E
Assistant - Fleet Admin
RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon
Apply on
Availability Status
This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.
Original
Simplified
1. Menyemak dan mengemaskini senarai kenderaan milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta memastikan tiada masalah timbul semasa proses penukaran hakmilik. 2. Memastikan setiap saman yang dikeluarkan oleh Pihak Penguasa Tempatan dibayar pada atau sebelum masa atau tarikh yang ditetapkan. 3. Memastikan semua urusan yang berhubung kait dengan PUSPAKOM berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah seperti Jadual Pemeriksaan, Laporan Keputusan Pemeriksaan, Pemeriksaan Khas, Pemeriksaan Berkala, yuran / bayaran pemeriksaan dan lain-lain lagi. 4. Memastikan semua kenderaan mempunyai perlindungan insuran dan cukai jalan yang sah serta belum tamat tempoh. 5. Memantau semua urusan yang berkaitan dengan Fleetkad / Kad Minyak yang dibekalkan oleh Vendor/ Syarikat pembekal minyak petrol atau diesel. 6. Apa-apa juga kerja-kerja dan urusan pentadbiran seperti: • mengemaskini data dan status semasa yang berkaitan untuk semua kenderaan dalam sistem Perfekto dan SAP. • mengemaskini maklumat kenderaan yang terlibat dalam kemalangan serta status pembaikan dan semasa. • tugasan lain yang diarahkan oleh Pegawai Atasan dari semasa ke semasa. Spesifikasi Pekerjaan • Diploma dalam Pentadbiran atau mana-mana bidang yang berkaitan. • Mahir dalam penggunaan komputer dan aplikasi Microsoft Office. • Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) tahun pengalaman kerja dalam bidang pentadbiran. • Pengalaman kerja dalam industri automotif adalah kelebihan tambahan. • Bersikap positif, berdikari dan mampu bekerja di bawah pengawasan yang minimum.
Similar Jobs