Epicareer Might not Working Properly
Learn More

PERSONEL MYSTEP KPKT 2025 (GRED 9)

  • Full Time, onsite
  • KEMENTERIAN PEMBANGUNAN KERAJAAN TEMPATAN
  • Putrajaya, Malaysia
RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified
BIDANG TUGAS: 1. Menyelaras, merancang dan mengurus keperluan logistik , media dan protokol untuk majlis rasmi seperti perasmian, penyerahan, majlis perhimpunan serta acara lain yang melibatkan JPSPN; 2. Membentuk Rangka Kerja Pengurusan Acara yang merangkumi keperluan tetamu VIP, media, penyediaan ucapan dan atur cara untuk memastikan kelancaran majlis; 3. Menilai keberkesanan acara melalui laporan pasca acara dan cadangan penambahbaikan; 4. Menyelaras, mengurus dan membina hubungan strategik dengan kementerian, agensi kerajaan/swasta, institusi pendidikan, dan organisasi antarabangsa melalui lawatan rasmi, kunjungan hormat atau kolaborasi dua hala; 5. Menguruskan penyediaan bahan promosi seperti profil jabatan, video korporat dan bahan cetak untuk kunjungan atau kerjasama rasmi; 6. Bertindak sebagai pegawai penghubung dalam memastikan komunikasi berkesan antara jabatan dan pihak berkepentingan; 7. Merancang dan melaksanakan strategi komunikasi media dalam menyebarkan maklumat rasmi JPSPN secara efektif melalui siaran akhbar, kenyataan media dan temu bual; 8. Menguruskan krisis komunikasi dengan memastikan penjelasan pantas dan tepat mengenai isu-isu yang boleh menjejaskan imej jabatan; 9. Membangunkan dan menyelaras media kit (fakta korporat, infografik dan FAQ) untuk pengedaran kepada pihak media; 10. Menguruskan penampilan jabatan dalam media cetak, elektronik, dan digital termasuk televisyen, akhbar, dan portal berita; 11. Menyediakan, menyemak, dan menyampaikan maklumat berhubung dasar, program, atau isu berkaitan jabatan dengan jelas, tepat, dan konsisten; 12. Menguruskan platform komunikasi dalaman dan luaran, termasuk pengemaskinian dashboard JPSPN, bahan promosi, dan laman sesawang rasmi; 13. Menyediakan teks ucapan, intervensi atau pembentangan bagi pihak Pengurusan Tertinggi JPSPN; 14. Bertindak sebagai penyelaras utama bagi semua aduan awam dan maklum balas pelanggan, memastikan setiap aduan diurus secara profesional dan dalam tempoh ditetapkan; 15. Menyediakan laporan berkala mengenai analisis aduan dan cadangan penambahbaikan perkhidmatan jabatan. 16. Merancang dan menguruskan strategi media sosial JPSPN selaras dengan visi dan misi jabatan untuk meningkatkan interaksi serta penyebaran maklumat; 17. Membangunkan kandungan kreatif dan menarik seperti infografik, video pendek, dan animasi untuk platform media sosial; 18. Memantau keberkesanan capaian media sosial melalui analisis data (engagement rate, reach, impression) dan menyediakan laporan pencapaian; 19. Menjalankan kajian mengenai trend komunikasi korporat dan inovasi dalam perhubungan awam bagi memastikan pendekatan yang relevan dan terkini; 20. Menilai keberkesanan program komunikasi dan mencadangkan penambahbaikan melalui penilaian impak; 21. Merancang, menyelaras, dan memantau program-program besar JPSPN termasuk: a) Program Santuni MADANI peringkat Jabatan – sekurang-kurangnya tiga program setahun bagi meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai pengurusan sisa pepejal. b) Program Kepengerusian ASEAN 2025 – memastikan JPSPN melaksanakan peranan sebagai Jawatankuasa Sambutan dengan efisien. c) Persidangan/ Simposium/ Majlis Pelancaran – termasuk pelancaran pelan strategik dan acara berimpak tinggi bagi jabatan. 22. Menyediakan laporan penilaian impak bagi setiap program dan mencadangkan inisiatif baharu; 23. Mengurus dan menerbitkan laporan tahunan jabatan serta penerbitan berkala seperti buletin, risalah dan e-newsletter; 24. Menyelaras dokumentasi bergambar, video, dan laporan media untuk semua aktiviti utama jabatan; 25. Menyelaras pameran, ekspo dan program kerjasama yang melibatkan jabatan di peringkat nasional dan antarabangsa; 26. Menyediakan laporan pemantauan dan analisis mengenai aktiviti komunikasi korporat secara berkala; 27. Menyokong Pengurusan Tertinggi dalam inisiatif komunikasi strategik jabatan.