Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Mechanical Technician

RM 1,500 - RM 1,999 / Per Mon

Checking job availability...

Original
Simplified
1. Pemeriksaan dan Penyelenggaraan Rutin (PPM): • Melaksanakan pemeriksaan berkala terhadap semua peralatan dan sistem mekanikal seperti sistem HVAC (pemanasan, pengudaraan, dan penyaman udara), lif, dan sistem pam. • Menjalankan penyelenggaraan rutin untuk mencegah kerosakan dan memastikan peralatan dan system berfungsi pada tahap optimum. 2. Pengoperasian Sistem Mekanikal: • Memastikan sistem HVAC beroperasi dengan cekap untuk menyediakan suhu dan kualiti udara yang selesa di dalam bangunan. • Mematau dan mengendalikan sistem lif dan eskalator untuk memastikan keselamatan dan boleh dipercayai. 3. Pengurusan Sistem Pemanasan dan Penyejukan: • menyelenggara sistem pemanasan dan penyejukan, termasuk dandang, chiller, dan menara penyejukan. • Memastikan sistem ini beroperasi dengan cekap tenaga untuk mengurangkan kos operasi. 4. Pengurusan Sistem Paip dan Saliran: • Memeriksa dan menyelenggara sistem paip dan saliran untuk mengelakkan kebocoran dan tersumbat. • Mengurus sistem air panas dan sejuk serta memastikan tekanan udara yang sesuai. 5. Keselamatan dan Kecemasan: • Melaksanakan dan mengawal prosedur keselamatan untuk mengurangkan risiko kemalangan dan kecederaan. • Memastikan peralatan keselamatan seperti alat pemadam api, sistem kebakaran, pencahayaan dan kecemasan berfungsi dengan baik. • Mengendalikan situasi kecemasan dan melakukan pembaikan segera untuk mengurangkan gangguan. • Senantiasa “Utamakan Keselamatan” ketika berada di tempat kerja. 6. Pengurusan Inventori dan Alat Ganti: • Menyimpan rekod dan mengurus inventori alat ganti serta bahan-bahan penyelenggaraan. • Menyimpan rekod terperinci mengenai pemeriksaan, penyelenggaraan, dan pembaikan yang telah dijalankan. • Bertanggungjawab terhadap semua peralatan dan asset syarikat. 5) Aduan Pelanggan: • Menyelesaikan sebarang aduan dan masalah dari pelanggan. • Berusaha menyelesaikan segala masalah, rungutan, permintaan, komen dan kritikan dari pelanggan serta arahan dari Penyelia/ Jurutera/ FM. 6) Rekod dan Dokumentasi: • Menyimpan rekod terperinci mengenai pemeriksaan, penyelenggaraan, dan pembaikan yang telah dijalankan. 6) Lain-lain: • Sentiasa mematuhi peraturan dan disiplin yang ditetapkan. • Memastikan implimentasi prosedur dan polisi yang ditetapkan syarikat. • Melibatkan diri dalam taklimat ringkas, shoptalk, latihan dan bimbingan tentang tatacara kerja dan aspek-aspek keselamatan yang disampaikan oleh Pegawai Kesihatan dan keselamatan/Jurutera/ FM. • Membina perhubungan baik antara rakan sekerja , pihak atasan serta pelanggan selaras dengan skop operasi syarikat • Membantu dan melibatkan diri di dalam Sistem Pengurusan Berkualiti, Pengurusan Kualiti Keseluruhan dan mencapai kualiti ISO. • Membantu bahagian lain sekiranya khidmat diperlukan demi kelancaran operasi projek.