PERSONEL MYSTEP SETARAF DIPLOMA/ IJAZAH (BAHAGIAN AKAUN)
RM 2,000 - RM 2,499 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
IKLAN PENGAMBILAN PERSONEL SHORT-TERM EMPLOYMENT PROGRAM (MySTEP) TAHUN 2025 DI BAHAGIAN AKAUN, KEMENTERIAN LUAR NEGERI Bahagian Akaun, Kementerian Luar Negeri mempelawa warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan Personel MySTEP seperti berikut: JAWATAN : PERSONEL MYSTEP SETARAF KELAYAKAN DIPLOMA/ IJAZAH SARJANA MUDA ATAU SETARAF DENGANNYA. GAJI : RM 2,100.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN IJAZAH SARJANA MUDA) RM 1,900.00 / SEBULAN (SETARAF KELAYAKAN DIPLOMA/ STPM) TEMPOH : FEBRUARI HINGGA DISEMBER 2025 (Kontrak Tahun 2026 akan disambung berdasarkan Prestasi Dan Kelulusan daripada Kementerian Kewangan). KEKOSONGAN : SATU (1) KEKOSONGAN TEMPAT BERTUGAS : Bahagian Akaun, Kementerian Luar Negeri, No. 1, Jalan Wisma Putra, Presint 2, 62100 W.P. PUTRAJAYA KEMUDAHAN : Cuti rehat, Cuti sakit, Caruman KWSP dan caruman PERKESO SYARAT KELAYAKAN: 1. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan 2. Memiliki kelulusan Diploma/ Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. KRITERIA TAMBAHAN: 1. Mempunyai kemahiran computer MS Word, MS Excel dan MS Power Point; 2. Mampu bekerja dalam situasi yang mendesak dan boleh menyiapkan tugas mengikut tarikh dan masa yang ditetapkan; 3. Boleh bekerja di bawah pengawasan yang minimum; 4. Mempunyai minat untuk meningkatkan ilmu dan kemahiran diri; dan 5. Bertanggungjawab dan berdisiplin. DESKRIPSI TUGAS: Personel MySTEP di Bahagian Akaun bertanggungjawab melaksanakan senarai tugas seperti berikut: 1. Membantu mengurus dan merekod semua surat/ dokumen masuk/ keluar serta menfailkan ke dalam fail-fail berkaitan termasuk membuat salinan yang mencukupi untuk edaran kepada pegawai-pegawai yang memerlukan tindakan segera; 2. Membantu menyediakan draf awal surat/ dokumen/ format jadual yang diperlukan; 3. Membantu membuat persediaan bagi mesyuarat dengan membuat tempahan bilik mesyuarat dan memastikan peralatan mesyuarat tersedia; 4. Membantu membuat tempahan kenderaan dan tempat meletak kenderaan jika perlu; 5. Membantu dalam menyediakan kad dan rekod kehadiran secara bulanan; 6. Membantu menguruskan rekod penyelenggaraan inventori, alat tulis dan alat kelengkapan di pejabat; 7. Menerima dan mengedar surat-surat yang perlu dihantar ke Bahagian/ Seksyen/ Unit yang berkenaan setelah direkodkan ke dalam fail; 8. Membantu memaklumkan keperluan / kerosakan yang berlaku kepada mana-mana peralatan elektrik atau elektronik kepada PPT untuk dimaklumkan kepada pihak berkenaan; dan 9. Membantu urusan tugasan harian pentadbiran yang berkaitan seperti yang diarahkan. TATACARA PERMOHONAN: 1. Calon yang berminat hendaklah menghantar permohonan melalui portal MyFuture Jobs selewat-lewatnya sebelum atau pada 31 Januari 2024 (Jumaat); 2. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk proses temuduga dan seterusnya pelantikan bagi calon yang berjaya. Permohonan yang tidak menerima sebarang jawapan selepas sebulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya. 3. Sekiranya pihak tuan/puan mempunyai sebarang pertanyaan mengenai tawaran ini, tuan/puan boleh berhubung dengan pihak urus setia di Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Kementerian Luar Negeri di talian 03-88874255 atau melalui emel [email protected].
Similar Jobs