Assistant - Mekanik (Grass Cutting Machine) - Kangkar Tebrau
RM 2,000 - RM 2,000 / Per Mon
Checking job availability...
Original
Simplified
Deskripsi Kerja
- Memastikan semua kerja-kerja baikpulih telah mempunyai arahan kerja baikpulih.
- Memeriksa peralatan kerja yang dibawa masuk ke Bengkel dan menjalankan kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan.
- Memastikan semua kerja-kerja membaikpulih dan penyelenggaraan dibuat dengan sempurna,teknik yang betul dan menepati masa yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan bengkel.
- Memastikan barang yang dipesan berada dalam keadaan baik dan betul mengikut pesanan yang dibuat.
- Memeriksa semula peralatan kerja yang telah dibaikpulih dan diselenggara mengikut perancangan syarikat.
- Memastikan tahap kebersihan dan keselamatan di Bengkel sentiasa terjamin pada setiap masa mengikut peraturan oleh pihak pengurusan.
- Melapor segala masalah yang berkaitan dengan tugas harian kepada Ketua Mekanik / pihak pengurusan bengkel.
- Sentiasa menggunakan peralatan yang dibekalkan dengan cara yang betul dan selamat.
- Memastikan peralatan kerja yang dibekalkan dijaga dengan baik dan rapi serta melaporkan kepada pihak pengurusan jika berlaku kerosakan atau kehilangan peralatan kerja.
- Melaksanakan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh Ketua Mekanik / pihak pengurusan dari masa ke semasa.
Pemohon mestilah mempunyai kelayakan seperti dibawah;
- Mempunyai Sijil Kemahiran Tahap 1 dalam bidang automotif.
- Mahir baikpulih mesin rumput / enjin petrol dan mempunyai sekurang-kurangnya 1 tahun pengalaman kerja dalam bidang yang berkaitan.
- 1 (satu) jawatan terdapat di Kangkar Tebrau, Johor.
Job Type: Full-time
Pay: From RM2,000.00 per month
Benefits:
- Health insurance
Schedule:
- Day shift
Work Location: In person
Similar Jobs