Pembantu Penguat Kuasa Gred Kp1 (Kontrak)
SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU:
Calon bagi lantikan dengan kelayakan 1(a)(i), 1(a)(ii), 1(a)(iv) dan 1(a)(v) hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
JAWATAN: PEMBANTU PENGUAT KUASA GRED KP1
KLASIFIKASI PERKHIDMATAN: KESELAMATAN DAN PERTAHANAN AWAM
KUMPULAN PERKHIDMATAN: PELAKSANA
SYARAT LANTIKAN:
Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
ii. Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
iii. Bekas anggota polis atau tentera yang sekurang-kurangnya berpangkat Konstabel atau Prebet atau yang setaraf dengannya dan telah disahkan dalam jawatan tersebut serta mempunyai rekod perkhidmatan yang baik dan berkebolehan bertutur, membaca, dan menulis dalam Bahasa Melayu dengan memuaskan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,500.00); atau
iv. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,561.00); atau
v. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred KP1: RM1,622.00).
b. Mempunyai syarat-syarat ukuran fizikal dan pancaindera seperti yang berikut:
i. Tinggi sekurang-kurangnya 1.57m bagi lelaki dan 1.53m bagi wanita tanpa bersepatu;
ii. Berat badan sekurang-kurangnya 48kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita;
iii. Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26;
iv. Mempunyai sekurang-kurangnya 79sm ukuran dada yang biasa dan 84sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja);
v. Lulus dalam ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan yang diuji berasingan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata;
vi. Pengecaman warna dan pendengaran yang tidak cacat; dan
vii. Diperiksa dan diperakui sihat untuk berkhidmat oleh pengamal perubatan yang berdaftar.
JADUAL GAJI (MIN-MAX):
MIN: RM 1,500.00
MAK: RM 4,680.00