Epicareer Might not Working Properly
Learn More

Eksekutif Kanan Pentadbiran & Pengurusan Fasiliti

  • Full Time, onsite
  • National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM)
  • Serdang, Malaysia
Salary undisclosed

Apply on


Original
Simplified

National Institutes of Biotechnology Malaysia (NIBM) yang ditubuhkan pada 27 Januari 2012 adalah sebuah konsortium institut-institut bioteknologi kebangsaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) beroperasi sebagai syarikat berhad dengan jaminan untuk menerajui penyelidikan, pembangunan, inovasi dan pengkomersilan bioteknologi moden. Konsortium ini terdiri daripada tiga institut iaitu Institut Agro-Bioteknologi Malaysia (ABI) di Serdang, Selangor, Institut Farmaseutikal dan Nutraseutikal Malaysia (IPharm) di Gelugor, Pulau Pinang, dan Institut Genom dan Vaksin Malaysia (MGVI) di Bangi, Selangor. NIBM mempelawa individu yang berkelayakan, berpengalaman, dinamik, dan bersedia untuk bekerja kuat menyertai organisasi kami bagi jawatan seperti berikut:

Mempunyai kebolehan untuk melaksanakan tugas-tugas berikut:

  • Bertanggungjawab dalam memastikan operasi keseluruhan Jabatan Pentadbiran dan Pengurusan Fasiliti;
  • Menguruskan perolehan tahunan jabatan dibuat mengikut tempoh masa yang ditetapkan;
  • Menguruskan sewaan ruang jabatan/makmal atau tempat kosong di semua premis NIBM;
  • Mengawalselia pergerakan pemandu dan menyelenggara kenderaan NIBM secara berkala;
  • Bertanggungjawab dalam memastikan keselamatan dan kebersihan semua kompleks NIBM;
  • Memastikan sistem penghawa dingin dan jentera elektrik diselenggara dan berfungsi dengan baik;
  • Memastikan bajet tahunan digunakan secara cekap dan efisien; dan
  • Menjalankan sebarang tugas yang diarahkan dari masa ke semasa.
  • Kelayakan dan Pengalaman:

  • Warganegara Malaysia.
  • Mempunyai sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan/Pengurusan Fasiliti atau bidang yang berkaitan dan diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;
  • Mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) tahun pengalaman bekerja yang bersesuaian dalam bidang Pentadbiran dan Pengurusan Fasiliti; dan
  • Mempunyai pengetahuan teknikal berkenaan Pengurusan Fasiliti.
  • Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://nibm.my/v6/?page_id=135

    Tarikh Tutup Iklan : 13 Oktober 2024