Epicareer Might not Working Properly
Learn More
B

HR EXECUTIVE

RM 1,836 - RM 3,797 / Per Mon

Apply on

Availability Status

This job is expected to be in high demand and may close soon. We’ll remove this job ad once it's closed.


Original
Simplified

Kami adalah sebuah agensi pemasaran digital yang sedang berkembang pesat di peringkat startup. Syarikat kami sedang dalam proses memperluaskan perniagaan dan membina pasukan yang mantap untuk menghadapi pertumbuhan yang pesat dalam industri ini.

Fokus kami adalah membantu perniagaan meningkatkan kehadiran mereka di media sosial, terutamanya melalui platform TikTok, di mana kami telah berjaya mencapai jualan yang memberangsangkan untuk klien kami.

Untuk menyokong perkembangan ini, kami sedang mencari seorang HR Executive yang berpengalaman untuk menguruskan hal-hal sumber manusia, pengambilan talent, pengurusan perniagaan, akaun, dan memastikan keperluan klien dipenuhi dengan efisien.

HR exec ini akan memainkan peranan penting dalam menyusun struktur organisasi, merekrut bakat-bakat kreatif, serta memastikan kelancaran operasi syarikat.

Ini adalah peluang yang sesuai untuk anda yang berpengalaman dalam menyumbang kepakaran untuk mengembangkan perniagaan kecil sehingga menjadi besar.

Bersama kami, anda akan mempunyai peluang untuk membina karier ke peringkat yang lebih tinggi, selari dengan pertumbuhan syarikat kami.

====================

Tanggungjawab Utama:

1. Pengambilan Pekerja Tetap dan Kontrak:

  • Merancang dan melaksanakan proses pengambilan pekerja tetap dan kontrak untuk pasukan syarikat.
  • Menguruskan proses rekrutmen untuk talent outsource (freelancer, contractor) mengikut keperluan projek.

2. Pengambilan Talent Kreatif (Content Creator, Live Host):

  • Mencari dan mengenal pasti content creators, live hosts, dan talent kreatif lain yang sesuai untuk projek pemasaran syarikat.
  • Menjalinkan hubungan dengan influencers dan talent luar yang boleh membawa nilai kepada pemasaran syarikat, terutama di platform TikTok dan media sosial lain.
  • Bekerjasama dengan team PR dan marketing untuk memastikan talent dipadankan dengan strategi jenama syarikat.

3. Pengurusan Pengambilan dan Rekrutmen:

  • Menguruskan keseluruhan proses pengambilan, termasuk temuduga, penilaian calon, dan onboarding pekerja baru.
  • Bekerjasama dengan pengurusan untuk mengisi keperluan tenaga kerja, termasuk outsourced talents dan freelancer.

4. Pengurusan Rekod Pekerja & Talent:

  • Menyimpan dan mengemaskini rekod pekerja dan talent yang berkaitan dengan kontrak, prestasi, dan kehadiran.
  • Menyediakan laporan berkala tentang prestasi talent kreatif dan menyarankan penambahbaikan.

5. Pengurusan Prestasi & Pembangunan:

  • Menilai prestasi talent, content creator, dan live host yang bekerja dengan syarikat.
  • Merancang dan melaksanakan program pembangunan bakat dan latihan untuk pekerja serta talent outsource.

6. Sokongan Pengurusan:

  • Bekerjasama dengan pengurusan atasan untuk menyokong strategi HR, pengurusan bakat, dan pembangunan organisasi.

Kelayakan:

  • Pengalaman 2-3 tahun dalam HR atau Talent Acquisition, dengan pengalaman mencari content creators dan talent kreatif satu kelebihan.
  • Kefahaman dalam pemasaran media sosial, terutamanya TikTok, serta pengurusan bakat luar seperti influencer dan live hosts.
  • Kemahiran komunikasi dan networking yang kuat, dengan kebolehan membina hubungan dengan bakat kreatif.
  • Kebolehan untuk bekerja secara berdikari dalam persekitaran yang dinamik dan pantas.

Job Type: Full-time

Pay: RM1,836.02 - RM3,797.32 per month

Benefits:

  • Flexible schedule
  • Opportunities for promotion
  • Work from home

Supplemental Pay:

  • Commission pay