CHIEF EXECUTIVE OFFICER
- Full Time, onsite
- Perbadanan Stadium & Kawasan Lapang
- f) Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan bangunan dan lain-lain struktur atau harta kepunyaan Perbadanan. , Malaysia
Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) ditubuhkan di bawah Enakmen Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang dan mula beroperasi mulai Tahun 2020. Perbadanan Stadium dan Kawasan Lapang Pulau Pinang (PSDKLPP) merupakan sebuah organisasi yang berperanan penting dalam mengurus dan mentadbir fasiliti stadium, kompleks sukan, taman rekreasi dan kawasan lapang di Pulau Pinang.
Kami kini membuka peluang kepada individu yang berkaliber, berkemahiran tinggi, kreatif dan proaktif untuk mengisi jawatan Pengarah Eksekutif dalam mencapai visi dan objektif yang ditetapkan.
Sebagai Pengarah Eksekutif, anda akan menjadi pemacu utama dalam merancang dan melaksanakan strategi untuk pembangunan sukan dan rekreasi serta memastikan pengurusan fasiliti beroperasi dengan cekap dan berkesan. Pengarah Eksekutif akan memainkan peranan yang kritikal dalam memimpin, mengurus dan memajukan semua urusan berkaitan dengan PSDKLPP.
Tugas Pengarah Eksekutif secara menyeluruh adalah termasuk dan tidak terhad kepada:
a) Bertanggungawab dalam menyediakan program-program, skim-skim dan projek-projek untuk pertimbangan dan kelulusan Perbadanan;
b) Melaksanakan segala program, skim, projek dan arahan bagi mencapai visi dan objektif yang ditetapkan oleh Perbadanan;
c)Memaklumkan kepada Perbadanan dengan sepenuhnya akan kemajuan program-program, skim-skim dan projek-projeknya dan semua aspek pengurusan kepada Perbadanan;
d) Melaksanakan arahan dan keputusan Perbadanan termasuk menyediakan panduan polisi serta pengantara antara Perbadanan, pegawai, orang berkepentingan dan orang awam. Penyeliaan dan pengawalan ke atas pelaksanaan keputusan-keputusan Perbadanan;
e) Bertanggungjawab ke atas perancangan segala aktiviti berkaitan dengan stadium, kawasan-kawasan sukan, kemudahan-kemudahan sukan, taman rekreasi dan kawasan lapang;
f) Bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan bangunan dan lain-lain struktur atau harta kepunyaan Perbadanan.