5 min read
Senarai Newsletter Pemasaran Digital Terbaik yang Wajib Anda Langgan 2024
Temukan 7 newsletter pemasaran digital terbaik tahun 2024 yang harus Anda langgan. Dari Marketing Brew hingga Think with Google, dapatkan berita terbaru, analisis mendalam, dan strategi efektif untuk memperkuat kampanye pemasaran Anda.
Updated Jun 11, 2024
Newsletter atau emel pemasaran adalah merupakan salah satu strategi pemasaran yang membekalkan maklumat terkini dan informasi berguna yang berkaitan industri pemasaran digital.
Setiap emel yang dihantar mempunyai ciri-ciri unik yang menarik bergantung kepada penulis serta topik yang dibincangkan.
Berikut dikongsikan beberapa newsletter pemasaran digital terbaik yang anda wajib langgan pada tahun 2024 ini.
Dikendalikan oleh Saijo George, tl;dr Marketing merupakan satu newsletter harian yang menyajikan ringkasan padat mengenai berita terkini dalam dunia pemasaran digital, termasuk SEO, SEM, media sosial, dan pemasaran kandungan.
Dengan lebih daripada 10,000 pelanggan setia, tl;dr Marketing menjadi pilihan utama bagi mereka yang tidak mempunyai banyak masa tetapi ingin tetap mengetahui dengan perkembangan terbaru dunia pemasaran.
Format newsletter yang ringkas sangat memudahkan ia dibaca bagi memastikan pelanggan mendapat semua maklumat penting dalam masa yang singkat.
Newsletter ini amat sesuai untuk pemasar yang sentiasa sibuk dan mencari cara pantas untuk mendapatkan maklumat terkini dalam bidang pemasaran digital. Jika berminat, anda boleh melanggan tl;dr Marketing di sini.
Diterbitkan oleh Morning Brew, Marketing Brew adalah newsletter yang dihantar sekurang-kurangnya tiga kali seminggu melalui emel yang didaftarkan. Newsletter ini menawarkan berita dan analisis terkini mengenai industri pemasaran serta topik-topik lain yang berkaitan.
Dengan lebih daripada 150,000 pelanggan, newsletter ini terkenal dengan gaya penulisannya yang ringan dan menarik, menjadikan maklumat yang kompleks lebih mudah dihadam.
Marketing Brew memberi tumpuan kepada strategi, kempen, dan teknologi terbaru dalam pemasaran untuk membantu pembaca memahami trend terkini dan strategi pemasaran yang berkesan.
Ia sesuai untuk mereka yang ingin mendapatkan pandangan mendalam tentang perkembangan terbaru dalam industri pemasaran. Untuk melanggan, anda boleh kunjungi laman sesawang Marketing Brew.
Marketing Examples adalah newsletter yang dikendalikan oleh Harry Dry dan diterbitkan sekali seminggu (Isnin) dengan lebih daripada 130,000 pelanggan.
Newsletter ini memberikan contoh-contoh pemasaran nyata yang berjaya, lengkap dengan analisis terperinci mengenai mengapa dan bagaimana kempen tersebut berkesan.
Harry Dry berkongsi pelbagai teknik dan strategi yang boleh diaplikasikan dalam kempen anda sendiri, menjadikannya sumber yang berharga untuk mereka yang ingin belajar daripada contoh nyata.
Newsletter ini sangat sesuai untuk pemasar yang ingin mengaplikasikan strategi yang terbukti berkesan dalam kempen mereka. Langgan Marketing Examples di sini.
MarketingFOMO adalah newsletter mingguan yang telah menarik lebih daripada 5,000 pelanggan setia. Dikendalikan oleh Marketer Paul, newsletter ini menyampaikan berita terkini, tips, dan alat-alat pemasaran yang sedang trending.
Marketer Paul adalah seorang pakar pemasaran yang telah berpengalaman luas dalam pelbagai aspek pemasaran digital. Dengan menggunakan pendekatan yang informatif dan mudah dihadam, dia menyusun berita, kajian kes, dan sumber-sumber terbaru yang relevan dengan perkembangan terkini dalam dunia pemasaran digital.
Setiap edisi MarketingFOMO mengandungi artikel-artikel penting, tips praktikal, dan alat-alat yang boleh digunakan untuk meningkatkan keberkesanan kempen pemasaran.
MarketingFOMO amat sesuai untuk mereka yang ingin memastikan mereka tidak ketinggalan sebarang perkembangan penting dalam pemasaran digital. Untuk melanggan,anda boleh layari pautan berikut: MarketingFOMO.
The Moz Top 10 adalah newsletter yang telah menarik lebih daripada 500,000 pelanggan. Newsletter ini menawarkan ringkasan terkini tentang artikel, kajian kes, dan panduan terbaik dalam dunia SEO dan pemasaran digital.
Newsletter ini dihasilkan dengan teliti dan penuh dedikasi oleh pakar-pakar di Moz untuk memastikan setiap isu diisi dengan maklumat berkualiti tinggi yang relevan dengan perkembangan terkini dalam bidang pemasaran digital.
Kandungan newsletter ini meliputi pelbagai topik seperti teknik SEO terbaru, perubahan dalam algoritma enjin carian, serta strategi pemasaran digital yang berkesan.
The Moz Top 10 juga sering menampilkan kajian kes yang memberikan pandangan mendalam tentang bagaimana syarikat-syarikat terkemuka melaksanakan kempen pemasaran mereka dengan berjaya.
Newsletter ini sesuai untuk pemasar yang ingin meningkatkan pengetahuan mereka tentang SEO dan mendapatkan strategi praktikal yang boleh diaplikasikan dalam kerja harian mereka. Dengan melanggan newsletter The Moz Top 10, anda akan sentiasa mendapat maklumat terkini yang dapat membantu anda mengoptimumkan strategi pemasaran digital anda. Anda boleh melanggan di sini.
Hustle adalah newsletter harian yang mempunyai lebih daripada 2 juta pelanggan. Newsletter ini ditulis dalam bentuk yang menghiburkan dan mudah difahami.
Dikendalikan oleh Sam Parr, kandungan newsletter ini meliputi pelbagai topik seperti perkembangan terkini dalam dunia perniagaan, analisis mendalam mengenai strategi pemasaran yang berjaya, dan kisah inspiratif dari usahawan dan pemimpin industri.
Dengan fokus memberikan wawasan yang praktikal dan inspirasi harian, Hustle sangat sesuai untuk mereka yang ingin mengikuti perkembangan terbaru dan mencari idea-idea segar untuk perniagaan dan pemasaran mereka.
Sam Parr, pengasas Hustle, telah berjaya mencipta sebuah platform yang bukan sahaja informatif tetapi juga menghiburkan, menjadikannya pilihan popular di kalangan pemasar dan usahawan. Untuk melanggan, sila kunjungi laman sesawang Hustle.
Diterbitkan oleh Google, Think with Google adalah newsletter mingguan yang diterbitkan oleh Google. Newsletter ini menawarkan pelbagai info mengenai industri pemasaran digital, kajian data, dan trend pemasaran yang dikurasi oleh Google sendiri.
Meskipun bilangan pelanggan tidak diketahui, ia mempunyai berjuta-juta pembaca global yang bergantung kepada analisis dan pandangan yang disediakan.
Think with Google memberi tumpuan kepada penggunaan data dan analisis untuk meningkatkan strategi pemasaran, dengan menyediakan kajian kes, laporan industri, dan artikel yang mengupas tren pemasaran digital terkini.
Kandungan newsletter ini meliputi pelbagai topik seperti tingkah laku pengguna, teknologi pemasaran terbaru, dan strategi periklanan yang efektif.
Kunjungi Think with Google untuk melanggan newsletter ini.
Kesimpulan
Melanggan newsletter yang berkualiti adalah satu langkah bijak untuk memastikan anda sentiasa dikemaskini dengan perkembangan terkini dan teknik-teknik terbaik dalam pemasaran digital.
Setiap newsletter di atas mempunyai kelebihan tersendiri dan sesuai untuk pelbagai keperluan pemasaran anda. Untuk peluang karier yang lebih baik, kunjungi Epicareer sekarang!
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article