Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji

9 min read

Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji

Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.

Nasra Patahuddin

Updated Sep 19, 2024

Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji

Apa itu Tech Sales?

Tech Sales merujuk kepada proses menjual produk atau perkhidmatan teknologi kepada pelanggan atau perniagaan. Produk ini boleh termasuk perisian, perkakasan dan penyelesaian teknologi lain yang membantu meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti.

Profesional dalam bidang ini dikenali sebagai wakil jualan teknikal (tech sales representative), pakar jualan teknikal (tech sales specialist) dan sebagainya.

Peranan Wakil Jualan Teknikal

Wakil atau pakar jualan teknikal adalah seorang profesional yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan, mempromosi dan menjual produk teknologi atau saintifik kepada pelanggan.

Mereka mempunyai pemahaman yang mendalam tentang aspek teknikal produk yang mereka jual dan mahir dalam berkomunikasi untuk menyampaikan maklumat penting kepada pelanggan.

Biasanya, mereka memberi tumpuan kepada jenis produk tertentu seperti perisian, peralatan saintifik atau elektronik.

Tugas mereka merangkumi:

  • Menilai keperluan pelanggan dan mengesyorkan produk yang sesuai.
  • Berinteraksi dengan pelanggan untuk membincangkan ciri-ciri produk dengan cara yang mudah difahami.
  • Menyediakan laporan dan cadangan berkaitan produk teknikal untuk vendor atau pelanggan.
  • Mengenalpasti pelanggan baru dan membina hubungan dengan pembeli berpotensi.
  • Membangun hubungan jangka panjang dengan pelanggan.
  • Kekal berhubung dengan pelanggan selepas jualan untuk memberikan sokongan atau nasihat.
  • Mencapai sasaran jualan dan objektif komisen.

Kemahiran yang Diperlukan dalam Tech Sales

Untuk berjaya dalam tech sales, berikut ialah beberapa kemahiran penting yang perlu dikuasai:

  • Mempunyai kepakaran dan pengetahuan berkaitan produk teknologi/saintifik dan bagaimana ia boleh membantu pelanggan.
  • Mempunyai kemahiran berkomunikasi yang baik dan boleh berinteraksi dengan prospek atau pelanggan mengenai produk/perkhidmatan yang ditawarkan dengan jelas dan meyakinkan.
  • Mempunyai kemahiran mendengar secara aktif untuk mendengar keperluan dan kebimbangan pelanggan agar dapat memberikan penyelesaian terbaik.
  • Mempunyai kemampuan untuk merancang dan melaksanakan strategi jualan.
  • Keupayaan untuk membina hubungan baik dengan pelanggan.

Jenis-jenis Jawatan Dalam Bidang Tech Sales

Berikut adalah beberapa jenis jawatan dalam bidang tech sales:

1. Eksekutif Tech Sales

Bertanggungjawab untuk menjual produk dan perkhidmatan teknologi kepada pelanggan korporat dan SMB (Small and Medium Businesses). Tugas utama termasuk mengenal pasti peluang jualan baru, menjalankan rundingan jualan dan membangunkan hubungan jangka panjang dengan pelanggan.

2. Pengurus Jualan Perisian

Fokus pada penjualan produk perisian syarikat kepada pelanggan dari pelbagai industri. Memainkan peranan penting dalam merancang strategi jualan, menyusun tawaran dan kontrak serta memastikan kepuasan pelanggan terjaga setelah penjualan.

3. Pegawai Jualan Sistem Penyimpanan Data

Memasarkan dan menjual sistem penyimpanan data kepada organisasi besar dan perniagaan kecil. Melibatkan pemahaman mendalam mengenai teknologi penyimpanan data, analisis keperluan pelanggan, dan menawarkan penyelesaian yang sesuai.

4. Pakar Tech Sales Cloud

Menyediakan penyelesaian teknologi awan kepada pelanggan. Tugas termasuk membina strategi penjualan untuk platform cloud, menyokong migrasi data dan memberi nasihat teknikal kepada pelanggan mengenai manfaat dan kelebihan teknologi cloud.

5. Pengurus Penjualan Perkakasan IT

Fokus pada penjualan peralatan seperti komputer, rangkaian dan periferal kepada pelanggan korporat dan individu. Memerlukan pengetahuan yang mendalam tentang spesifikasi teknikal, perundingan harga, dan perkhidmatan purna jualan.

Contoh Deskripsi Tugas Untuk Jawatan Dalam Bidang Tech Sales

Berikut adalah tiga contoh deskripsi tugas dalam bidang tech sales:

Contoh 1: Jawatan Eksekutif Tech Sales

Sebagai Eksekutif Tech Sales, anda akan bertanggungjawab untuk memacu jualan produk dan perkhidmatan teknologi syarikat kepada pelanggan korporat dan perniagaan kecil dan sederhana.

Tugas utama anda termasuk mengenalpasti peluang jualan baru, mengembangkan hubungan dengan pelanggan sedia ada dan menyampaikan penjelasan mengenai produk dengan terperinci dan menarik. Anda juga perlu memahami keperluan teknologi pelanggan dan menyediakan penyelesaian yang sesuai untuk memenuhi keperluan mereka.

Kejayaan dalam peranan ini memerlukan kemahiran komunikasi yang kuat, pengetahuan mendalam tentang produk teknologi dan keupayaan untuk mencapai dan melebihi sasaran jualan yang ditetapkan.

Contoh 2: Jawatan Pengurus Jualan Perisian

Sebagai Pengurus Jualan Perisian, anda akan memainkan peranan penting dalam mengembangkan pasaran perisian syarikat kami.

Anda akan bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan strategi jualan, mengenal pasti prospek perniagaan baru, dan menguruskan akaun pelanggan utama. Anda perlu bekerjasama dengan pasukan pemasaran untuk mengkoordinasikan kempen promosi dan menyertai pameran perdagangan untuk memperkenalkan produk perisian kepada pelanggan berpotensi.

Kejayaan dalam jawatan ini memerlukan pemahaman yang kukuh mengenai industri perisian, kemahiran negosiasi yang cemerlang, dan keupayaan untuk bekerja di bawah tekanan untuk mencapai matlamat jualan.

Contoh 3: Jawatan Perunding Jualan IT

Sebagai Perunding Jualan IT, anda akan bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada pelanggan mengenai penyelesaian IT yang sesuai untuk memenuhi keperluan perniagaan mereka.

Anda akan menjalankan analisis keperluan, menyediakan cadangan produk, dan menyokong pelanggan sepanjang proses pembelian. Anda juga akan bekerjasama rapat dengan pasukan teknikal untuk memastikan penyelesaian yang ditawarkan dapat diimplementasikan dengan lancar.

Peranan ini memerlukan pemahaman mendalam tentang produk dan perkhidmatan IT, kemahiran analisis yang kuat, dan kemampuan untuk membina hubungan yang kukuh dengan pelanggan. Kejayaan dalam peranan ini akan diukur berdasarkan keupayaan anda untuk meningkatkan kepuasan pelanggan dan mencapai sasaran jualan.

Sebab Menarik Bekerja Dalam Bidang Tech Sales

Bekerja dalam tech sales menawarkan beberapa sebab yang menarik:

1. Sentiasa Mengikuti Perkembangan Semasa Teknologi

Apabila bekerja dalam bidang tech sales, anda sentiasa terlibat dengan perkembangan dan inovasi teknologi yang terkini. Pengetahuan ini amat penting untuk kekal relevan dalam industri yang berkembang pesat dan membantu pertumbuhan profesional anda.

Secara tidak langsung, anda mempunyai pengetahuan dan akses kepada teknologi terkini dan yang baru muncul berbanding orang lain.

2. Sentiasa Ada Teknologi Baru Untuk Dijual

Teknologi sentiasa berkembang, bermakna terdapat sentiasa produk dan penyelesaian baru yang perlu diperkenalkan kepada pelanggan berpotensi. Aspek ini dalam tech sales menjadikan pekerjaan ini dinamik dan menarik.

Ia memerlukan anda untuk beradaptasi dengan cepat, mempelajari produk baru, dan memahami bagaimana produk tersebut boleh menangani keperluan perniagaan yang berubah. Pengaliran terus teknologi baru ini menyediakan peluang yang besar untuk inovasi dan kreativiti dalam pendekatan anda terhadap penjualan dan penyelesaian pelanggan.

3. Dapat Bertemu Ramai Individu Profesional yang Hebat

Bekerja dalam bidang tech sales juga sering melibatkan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, sama ada eksekutif peringkat tinggi hingga profesional IT dan usahawan. Pendedahan ini membolehkan anda membina rangkaian yang kukuh dalam industri.

Menjalin hubungan dengan pakar industri akan membuka peluang, kerjasama dan pandangan baru dalam industri ini. Ia boleh menjadi aset yang berharga untuk kemajuan kerjaya dan pertumbuhan perniagaan dalam sektor teknologi.

Kelebihan Bekerja Dalam Bidang Jualan Teknologi

Berikut adalah beberapa kelebihan dalam kerjaya jualan teknologi:

1. Boleh Bekerja daripada Jauh (Remote Friendly)

Kerjaya dalam jualan teknologi menawarkan fleksibiliti bekerja di mana sahaja. Ini bermakna anda boleh bekerja dari rumah atau dari mana-mana lokasi dengan menggunakan teknologi seperti telefon dan video konferens.

2. Potensi Pendapatan Tinggi

Salah satu kelebihan utama dalam kerjaya ini adalah potensi pendapatan yang tinggi. Gaji biasanya disertai dengan insentif jualan yang besar, komisen yang lumayan dan bonus berdasarkan prestasi. Ini menjadikan kerjaya jualan teknologi sebagai pilihan yang menarik untuk individu yang berminat meningkatkan pendapatan mereka.

3. Mobiliti Kerjaya

Dalam industri teknologi, terdapat peluang mobiliti kerjaya yang luas. Anda tidak terikat kepada satu jenis peranan sahaja. Anda boleh memulakan sebagai pengurus akaun jualan dan kemudian bergerak ke arah perancangan strategik, pemasaran atau pengurusan produk. Ini memberi peluang untuk memperluaskan pengalaman dan meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang.

Kelebihan-kelebihan ini menjadikan kerjaya dalam jualan teknologi sebagai pilihan yang menarik bagi mereka yang mencari fleksibiliti, potensi pendapatan tinggi, dan peluang untuk berkembang dalam kerjaya mereka.

Kelemahan Bekerja Dalam Bidang Jualan Teknologi

Kerjaya dalam jualan teknologi mempunyai beberapa kelemahan yang perlu difahami sebelum membuat keputusan untuk menceburi bidang ini. Antaranya ialah:

1. Sukar untuk Menukar Industri

Biasanya sukar untuk menukar industri kerana kebanyakan kemahiran yang diperoleh adalah khusus kepada jualan teknologi. Ini boleh menyukarkan individu yang mungkin ingin mencuba industri lain dalam masa akan datang.

2. Budaya Tekanan Tinggi

Industri jualan teknologi sering dikenali dengan budaya kerja yang sangat menekan. Dalam usaha untuk mencapai matlamat jualan yang tinggi dan mencapai sasaran, pekerja sering mengalami tekanan yang tinggi yang boleh membawa kepada stres dan keletihan sekiranya tekanan tersebut tidak diuruskan dengan baik.

3. Proses Pembelajaran yang Pantas

Kerjaya ini memerlukan pengetahuan mendalam tentang produk dan teknologi yang berubah dengan cepat. Pembelajaran yang cepat dan berterusan diperlukan untuk kekal relevan dalam pasaran yang sentiasa berubah ini.

Memahami kelemahan-kelemahan ini adalah penting untuk membuat persediaan yang baik sebelum melangkah ke dalam kerjaya jualan teknologi.

Bagaimana Memulakan Kerjaya dalam Jualan Teknologi?

Berikut adalah tiga tips untuk memulakan kerjaya dalam jualan teknologi:

1. Berhubung dengan Profesional Jualan Teknologi Lain

Mempunyai jaringan yang tepat adalah salah satu untuk menceburi bidang jualan teknologi. Jaringan yang tepat bermaksud, lingkungan yang berada dalam industri ini.

Caranya adalah, rajinkan diri sertai acara industri, forum dalam talian atau kumpulan LinkedIn yang berkaitan dengan industri jualan teknologi. Cari kenalan baru yang mempunyai tujuan karier yang sama.

Anda juga boleh berhubung dengan profesional yang sudah berada dalam bidang ini untuk mendapatkan tips serta nasihat berguna. Selain itu, ia juga boleh membuka pintu kepada peluang pekerjaan yang tidak disangka.

2. Tonjolkan Kemahiran Mendengar dan Komunikasi

Komunikasi yang berkesan adalah ‘inti’ dalam jualan. Amalkan mendengar secara aktif untuk memahami keperluan pelanggan dan tunjukkan keupayaan anda untuk memberi cadangan penyelesaian secara jelas dan meyakinkan.

Pihak majikan suka dan menghargai calon yang dapat membina hubungan dan menyampaikan maklumat teknikal yang kompleks dengan berkesan. Dengan cara ini, anda boleh menarik perhatian penemuduga atau majikan yang sedang mencari pekerja.

3. Guna Cara Kreatif untuk Menceritakan Kisah Anda

Bezakan diri anda dengan calon lain melalui kekuatan dan pengalaman unik yang anda miliki. Gunakan resume, profil LinkedIn dan surat permohonan untuk menonjolkan pencapaian yang berkaitan seperti projek jualan yang berjaya atau kepakaran teknikal.

Pertimbangkan untuk membuat laman web peribadi atau portfolio untuk menonjolkan kemahiran dan menunjukkan minat anda dalam teknologi dan jualan.

Dengan mengikuti tips ini dan bersikap gigih dalam mencari pekerjaan, anda boleh meningkatkan peluang anda untuk memulakan kerjaya dalam bidang jualan teknologi yang kompetitif.

Laluan Kerjaya Dalam Bidang Jualan Teknologi

Dalam kerjaya jualan teknologi, terdapat beberapa laluan kerjaya yang boleh anda pilih. Setiap laluan menawarkan peluang pertumbuhan dan kepakaran yang berbeza dalam industri jualan teknologi.

1. Pembangunan Jualan

Pembangunan jualan melibatkan tugas mengenal pasti dan menapis prospek yang berkualiti serta mengaturkan pertemuan awal prospek bersama pasukan jualan. Ini boleh menjadi jawatan permulaan yang menarik bagi individu baru dalam penjualan teknologi.

2. Pembangunan Perniagaan

Pembangunan perniagaan memberi tumpuan kepada pelanggan sedia ada untuk mengenal pasti peluang jualan baru dan membina hubungan jangka panjang. Peranan sebagai wakil pembangunan perniagaan) biasanya memerlukan lebih banyak pengalaman dan tahap kemahiran jualan yang lebih tinggi.

3. Pengurusan Akaun

Pengurusan akaun melibatkan menguruskan hubungan pelanggan sedia ada dan memaksimumkan kepuasan dan kesetiaan pelanggan. Peranan ini memerlukan kemahiran perkhidmatan pelanggan yang cemerlang dan keupayaan untuk mengenal pasti peluang untuk menjual lebih atau lintas jualan (cross-selling).

4. Pengurusan Kejayaan Pelanggan

Pengurus Kejayaan Pelanggan bekerja rapat dengan pelanggan untuk memastikan mereka mendapat manfaat maksimum daripada pembelian mereka. Peranan ini memerlukan kemahiran komunikasi yang cemerlang dan pemahaman terhadap keperluan serta harapan pelanggan.

5. Pengurusan Jualan

Pengurus Jualan mengawasi dan mengkoordinasi pasukan jualan, menetapkan matlamat, mengembangkan strategi, dan memastikan matlamat jualan tercapai. Peranan ini memerlukan kemahiran kepimpinan yang kukuh dan pemahaman terhadap proses jualan.

Purata Gaji Bidang Jualan Teknologi Di Malaysia

Di Malaysia, purata gaji bagi wakil jualan teknologi boleh berbeza mengikut tahap pengalaman. Berikut adalah anggaran jumlahnya:

1. Profesional peringkat permulaan: Antara RM 3,000 hingga RM 5,000 sebulan.

2. Profesional peringkat pertengahan: Kira-kira RM 6,000 hingga RM 10,000 sebulan.

3.Profesional peringkat tinggi: Secara umumnya RM 12,000 ke atas sebulan.

Anggaran ini boleh berubah mengikut faktor seperti syarikat, tanggungjawab peranan tertentu dan kemahiran individu.

Secara keseluruhan, jualan teknologi bukan sekadar tentang menjual produk, tetapi juga tentang membina hubungan jangka panjang dengan pelanggan sambil sentiasa mengikuti perkembangan terkini dalam industri. Profesional dalam bidang ini memainkan peranan kritikal dalam menghubungkan teknologi dengan keperluan bisnes, menjadikan mereka penting dalam landskap ekonomi digital masa kini.


Mulakan Kerjaya Cemerlang di Epicareer.

Bacaan berkaitan menanti perhatian anda:

Panduan Kerjaya menawarkan panduan berwawasan untuk pencari kerja.

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles