11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Updated Aug 29, 2024
Dalam dunia perniagaan yang kompetitif hari ini, memiliki pasukan yang berbakat adalah kunci kepada kejayaan syarikat. Di sinilah talent acquisition atau pemerolehan bakat memainkan peranan yang penting.
Dalam artikel ini, kita akan meneroka konsep pemerolehan bakat, mengapa ia penting dan bagaimana untuk melaksanakan strategi pemerolehan bakat yang berkesan.
Teruskan membaca.
Apakah Sebenarnya Talent Acquisition?
Talent acquisition atau pemerolehan bakat adalah proses strategik untuk mengenal pasti, menarik dan mengambil pekerja berbakat serta berkualiti tinggi untuk memenuhi keperluan organisasi.
Proses ini lebih daripada sekadar proses pengambilan pekerja. Ia melibatkan perancangan jangka panjang untuk memastikan organisasi sentiasa mempunyai bakat yang sesuai untuk pertumbuhan dan kejayaan syarikat.
Proses ini juga memastikan calon yang diambil memiliki kemahiran dan sesuai dengan budaya syarikat.
Mengapa Pemerolehan Bakat Penting?
Pemerolehan bakat yang tepat adalah kritikal untuk kejayaan jangka panjang sesebuah syarikat. Mari kita teliti dengan lebih mendalam mengapa pemerolehan bakat begitu penting:
1. Peningkatan Produktiviti dan Inovasi
Apabila syarikat berjaya mendapatkan bakat yang tepat, ia dapat membantu meningkatkan produktiviti dan inovasi dalam sesebuah organisasi. Pekerja yang berbakat bukan sahaja cekap dalam menjalankan tugas mereka, tetapi juga sentiasa mempunyai idea-idea baru yang dapat memacu kemajuan syarikat.
2. Mengurangkan Kadar Peralihan Pekerja
Pemerolehan bakat yang tepat juga dapat membantu mengurangkan kadar peralihan pekerja. Dengan memilih calon yang betul, pekerja lebih cenderung untuk kekal lama dalam syarikat. Secara tidak langsung, ia dapat mengurangkan kos dan masa yang diperlukan untuk proses perekrutan yang berulang kali.
3. Meningkatkan Moral dan Budaya Kerja
Kehadiran pekerja yang berbakat dan bersemangat dapat meningkatkan moral dan budaya kerja dalam sesbuah organisasi. Mereka boleh menjadi pemimpin yang baik dan memberi inspirasi kepada rakan sekerja mereka, mencipta persekitaran kerja yang positif dan kolaboratif.
4. Peningkatan Reputasi Syarikat
Syarikat yang mempunyai pekerja yang cemerlang biasanya mempunyai reputasi yang baik di pasaran.
Secara tidak langsung, ia dapat menarik lebih ramai pelanggan serta calon pekerja yang berkualiti tinggi yang ingin menjadi sebahagian daripada organisasi yang berprestij.
5. Kesesuaian dengan Matlamat Strategik
Proses pemerolehan bakat yang dirancang dengan strategi yang baik akan memastikan tenaga kerja yang diambil sepadan dengan matlamat strategik syarikat.
Ini membolehkan organisasi mencapai visi dan matlamatnya dengan lebih berkesan. Hal ini kerana, setiap pekerja memainkan peranan penting untuk menyumbang dalam pencapaian tersebut.
6. Kelebihan Kompetitif
Dengan memperoleh bakat terbaik, sesebuah organisasi dapat mengekalkan kelebihan kompetitif dalam pasaran. Pekerja berbakat membawa idea-idea inovatif, kemahiran unik, dan perspektif segar yang boleh mendorong pertumbuhan perniagaan.
7. Adaptasi kepada Perubahan Pasaran
Dengan strategi pemerolehan bakat yang berkesan, sesebuah organisasi boleh beradaptasi dengan perubahan pasaran dengan lebih cepat dan bersedia menghadapi cabaran baru.
Proses Pemerolehan Bakat
1. Selaraskan dengan Pengurus Pengambilan
Langkah pertama dan paling penting dalam proses pemerolehan bakat adalah melakukan penyelarasan dengan pengurus pengambilan.
Ini adalah fasa penting di mana anda perlu memahami dengan jelas keperluan dan jangkaan pengurus mengenai calon yang ideal.
Bincangkan tentang kemahiran khusus, pengalaman dan ciri-ciri peribadi yang diperlukan untuk jawatan tersebut.
Pastikan juga anda mendapatkan gambaran tentang budaya syarikat dan bagaimana calon akan berintegrasi dalam pasukan. Jangan lupa tetapkan tempoh masa dan matlamat yang realistik untuk proses pengambilan.
Dengan penyelarasan yang baik, ia boleh membantu memastikan bahawa semua pihak mempunyai visi yang sama tentang calon yang diinginkan sekaligus memudahkan langkah-langkah berikutnya dalam proses pengambilan.
2. Tulis Deskripsi Kerja yang Menarik
Deskripsi kerja yang menarik adalah “pintu masuk” untuk menarik calon yang berkualiti. Ia bukan sekadar senarai tugas, tetapi peluang untuk "menjual" jawatan dan organisasi anda kepada bakat yang berpotensi.
Tulis deskripsi yang menarik dan terperinci, termasuk maklumat tentang tanggungjawab kerja, kemahiran yang diperlukan dan peluang pembangunan kerjaya yang ditawarkan.
Gunakan kata kunci yang relevan untuk meningkatkan keterlihatan dalam enjin carian. Sertakan juga maklumat mengenai budaya syarikat dan apa yang membuatkan syarikat anda unik.
Dengan deskripsi yang jelas dan menarik, anda akan dapat menarik calon yang benar-benar berminat dan sesuai dengan jawatan tersebut.
3. Mencari Calon
Mencari calon yang sesuai memerlukan penggunaan pelbagai kaedah dan platform untuk meningkatkan peluang mendapatkan calon berkualiti tinggi.
Gunakan laman web pekerjaan, media sosial dan jaringan profesional untuk menyiarkan iklan pekerjaan dan menjangkau calon yang berpotensi. Pertimbangkan juga untuk menggunakan sumber dalam seperti rangkaian sedia ada dan rujukan daripada kakitangan sedia ada.
Strategi ini akan membantu anda mencapai calon yang mungkin tidak aktif mencari kerja tetapi mungkin berminat dengan peluang yang ada.
Dengan strategi penyumberan yang pelbagai, anda boleh memastikan organisasi anda mempunyai akses kepada bakat terbaik dalam pasaran.
4. Menarik Minat Calon
Setelah calon dikenal pasti, langkah seterusnya adalah menarik minat mereka untuk menyertai syarikat anda.
Ini boleh dilakukan dengan berkomunikasi secara berterusan dan memberikan maklumat yang jelas tentang proses pengambilan dan apa yang boleh diharapkan.
Anda juga boleh gunakan strategi berikut:
- Bangunkan jenama yang kukuh melalui media sosial dan kandungan pemasaran
- Sediakan maklumat yang jelas dan terperinci tentang proses pengambilan
- Bina hubungan dan berkomunikasi secara konsisten dengan calon
- Tawarkan wawasan tentang budaya syarikat dan kehidupan kerja harian
- Anjurkan acara maya atau fizikal untuk calon bertemu dengan ahli pasukan
- Wujudkan pengalaman positif sepanjang proses pengambilan.
5. Membuat Penilaian Melalui Temuduga
Penilaian calon adalah langkah penting dalam proses pemerolehan bakat. Ia adalah peluang untuk menilai secara menyeluruh kesesuaian calon untuk jawatan yang ditawarkan dan syarikat.
Laksanakan temu bual berstruktur untuk menilai kemahiran teknikal dan insaniah calon. Anda juga boleh menggunakan ujian penilaian atau tugasan praktikal untuk menilai kemahiran teknikal dan kepakaran spesifik. Selidik latar belakang dan rujukan calon untuk memastikan mereka memenuhi kriteria yang diperlukan.
Pastikan proses penilaian berjalan dengan adil, konsisten dan berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Ini adalah untuk mengelakkan bias dan memastikan keputusan pengambilan yang objektif.
6. Buat Tawaran Kerja (Pengambilan dan Onboarding)
Langkah terakhir adalah membuat tawaran kerja memulakan proses onboarding. Ini adalah peluang untuk memastikan semuanya jelas agar calon dapat memulakan kerja mereka dengan positif.
Setelah calon dipilih, sediakan tawaran kerja yang jelas dan terperinci termasuk gaji, faedah dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi. Lakukan rundingan bersama calon sekiranya perlu untuk memuaskan kedua-dua pihak.
Kemudian, sediakan proses onboarding yang komprehensif untuk membantu pekerja baru menyesuaikan diri. Proses onboarding yang efektif boleh meningkatkan keterlibatan pekerja, mengurangkan masa untuk mencapai produktiviti dan meningkatkan pengekalan pekerja jangka panjang.
Pemerolehan bakat VS Pengambilan Pekerja VS Sumber Manusia
Ketiga - tiga istilah ini sering digunakan dalam dunia pengurusan sumber manusia; "talent acquisition", "recruitment", dan "human resources".
Walau bagaimanapun, setiap istilah ini mempunyai fokus dan tujuan yang berbeza. Memahami perbezaan antara ketiga-tiga konsep ini adalah penting untuk menguruskan tenaga kerja dengan lebih berkesan dan efisien.
1. Pemerolehan Bakat
Pemerolehan bakat atau 'talent acquisition' merujuk kepada proses strategik dan berterusan dalam menarik, mengenal pasti dan memperoleh bakat terbaik untuk organisasi.
Ini melibatkan bukan sahaja pengisian kekosongan jawatan tetapi usaha untuk mengenal pasti, menarik, dan memperoleh individu berbakat yang boleh memberi impak positif kepada organisasi untuk keperluan masa depan syarikat.
Talent acquisition lebih menekankan kepada membina hubungan jangka panjang dengan calon berpotensi, menilai kemahiran yang diperlukan untuk pertumbuhan masa depan dan mempromosikan jenama syarikat.
Ia memerlukan pendekatan proaktif, termasuk penggunaan media sosial, acara perekrutan dan jaringan untuk menarik bakat yang paling sesuai dengan visi dan nilai syarikat.
2. Pengambilan Pekerja
Pengambilan pekerja atau 'recruitment' pula lebih fokus kepada proses pendekatan yang lebih taktikal dan jangka pendek dalam mengisi kekosongan jawatan yang sedia ada.
Ia melibatkan aktiviti seperti pengiklanan jawatan, penyaringan resume, temu duga dan pemilihan calon yang sesuai.
Pengambilan pekerja biasanya lebih kepada menyelesaikan masalah kekurangan tenaga kerja dengan cepat dan efisien untuk memastikan operasi organisasi berjalan dengan lancar.
3. Sumber Manusia
Sumber manusia atau 'human resources' merangkumi aspek yang lebih luas dalam pengurusan tenaga kerja.
Ia meliputi pelbagai fungsi seperti pengambilan pekerja, latihan dan pembangunan, pengurusan prestasi, pampasan dan faedah, serta hubungan pekerja termasuk pematuhan undang-undang buruh.
Jabatan sumber manusia bertanggungjawab untuk memastikan kebajikan pekerja terjaga dan organisasi mematuhi undang-undang buruh yang berkaitan.
Strategi Pemerolehan Bakat Yang Berkesan
Untuk memastikan strategi pengambilan bakat yang berkesan, terdapat beberapa komponen penting yang perlu diambil kira, antaranya ialah:
1. Ramalan Bakat (Talent Forecasting)
Ramalan bakat melibatkan penilaian keperluan tenaga kerja masa depan organisasi berdasarkan tren dan perubahan dalam industri.
Ini melibatkan analisis data untuk mengenal pasti jenis kemahiran dan bilangan pekerja yang diperlukan dalam jangka masa akan datang.
Dengan ramalan yang tepat, organisasi boleh merancang pengambilan dan pembangunan bakat secara proaktif, mengurangkan risiko kekurangan kemahiran kritikal dan memastikan kecukupan sumber manusia untuk mencapai matlamat syarikat.
2. Pangkalan Data Bakat (Talent Pipelining)
Pangkalan data bakat merujuk kepada strategi membina dan mengekalkan kolam bakat yang berpotensi untuk diambil bekerja pada masa depan.
Ini termasuk mengenalpasti dan berhubung dengan calon yang sesuai, walaupun mereka tidak mencari pekerjaan secara aktif.
Melalui pangkalan data bakat, syarikat dapat mempercepat proses pengambilan apabila ada kekosongan jawatan, menjimatkan masa dan sumber dalam mencari calon yang sesuai.
3. Penjenamaan Majikan (Employer Branding)
Penjenamaan majikan adalah usaha untuk membina dan mengukuhkan imej positif syarikat di mata calon pekerja. Ini termasuk mempromosikan budaya syarikat, nilai-nilai, dan kelebihan bekerja di syarikat tersebut.
Penjenamaan majikan yang hebat boleh menarik bakat berkualiti tinggi, meningkatkan kepuasan pekerja, dan mengurangkan kadar perolehan tenaga kerja.
Syarikat dengan penjenamaan yang positif sering kali menjadi pilihan utama bagi calon yang mencari persekitaran kerja yang baik.
4. Pengambilan Berdasarkan Kemahiran (Skills-Based Hiring)
Pengambilan berdasarkan kemahiran menumpukan pada kemampuan dan kemahiran calon berbanding pengalaman kerja atau kelayakan akademik sahaja.
Pendekatan ini membolehkan syarikat mengenalpasti calon yang memiliki kemahiran praktikal yang diperlukan untuk jawatan tertentu, walaupun mereka mungkin tidak mempunyai pengalaman kerja yang luas.
Ini membantu dalam mendapatkan calon yang lebih sesuai dengan keperluan spesifik jawatan dan mempercepatkan proses pengambilan.
5. Pengalaman Calon (Candidate Experience)
Pengalaman calon merujuk kepada keseluruhan interaksi calon dengan syarikat semasa proses pengambilan pekerja hingga keputusan akhir. Pengalaman yang positif boleh meningkatkan reputasi syarikat dan menarik lebih banyak calon berkualiti.
Bagi memastikan hal ini terjadi, pastikan anda selaku pihak majikan, menyediakan komunikasi yang jelas, memastikan proses temuduga lancar, dan berikan maklum balas yang konstruktif kepada calon.
6. Mobiliti Dalaman (Internal Mobility)
Mobiliti dalaman adalah strategi untuk menggalakkan pekerja sedia ada berpindah ke jawatan baru dalam organisasi.
Ini bukan sahaja membantu dalam mempertahankan bakat sedia ada tetapi juga memaksimalkan potensi pekerja dengan memberikan peluang perkembangan kerjaya.
Dengan menyediakan laluan jelas untuk kenaikan pangkat atau peralihan ke jabatan lain, syarikat boleh mengekalkan tenaga kerja yang lebih berkemahiran dan berpengalaman, serta meningkatkan kepuasan kerja dan kesetiaan pekerja.
7. Kepelbagaian, Keadilan, dan Kemasukan (Diversity, Equity, and Inclusion)
Kepelbagaian, keadilan dan kemasukan merujuk kepada usaha untuk memastikan pelbagai latar belakang, perspektif, dan pengalaman dalam tenaga kerja yang diambil. Ia adalah komponen penting dalam strategi pengambilan bakat.
Dengan menekankan kepelbagaian dan keadilan, syarikat dapat menarik pelbagai bakat, meningkatkan inovasi sekaligus mencipta persekitaran kerja yang lebih harmoni dan produktif.
8. Analitik Bakat (Talent Analytics)
Analitik bakat melibatkan penggunaan data dan analisis untuk membuat keputusan yang lebih baik dalam proses pengambilan dan pengurusan bakat.
Dengan memanfaatkan data yang ada, syarikat boleh mengenal pasti trend, menilai keberkesanan strategi pengambilan dan membuat penambahbaikan yang diperlukan untuk meningkatkan kualiti pengambilan pekerja.
Tips Agar Proses Pemerolehan Bakat Efektif
1. Dapatkan Sokongan Pasukan
Mendapatkan sokongan daripada seluruh pasukan adalah langkah pertama yang penting dalam proses pemerolehan bakat.
Pastikan semua ahli pasukan memahami dan bersetuju dengan keperluan serta matlamat pengambilan bakat. Ini termasuklah menyelaraskan kriteria pemilihan dengan keperluan pasukan serta memastikan setiap ahli pasukan terlibat dalam proses tersebut.
Dengan sokongan yang padu, anda boleh memastikan bahawa calon yang dipilih akan sesuai dengan budaya kerja dan keperluan syarikat serta meningkatkan kemungkinan kejayaan mereka di tempat kerja.
2. Bina Jenama Syarikat
Jenama majikan adalah imej dan reputasi syarikat sebagai tempat bekerja. Bina jenama syarikat dengan menonjolkan kelebihan syarikat anda, seperti budaya kerja yang positif, peluang pembangunan kerjaya, dan manfaat pekerja yang menarik.
Gunakan platform media sosial, laman web syarikat dan testimoni daripada pekerja untuk mempromosikan syarikat anda. Penjenamaan yang baik dapat menarik calon-calon berkualiti yang ingin bekerja dengan syarikat yang mempunyai reputasi baik.
3. Selaraskan Proses Pengambilan Bakat dengan Matlamat Perniagaan
Pastikan proses pengambilan bakat anda selaras dengan matlamat perniagaan syarikat. Ini bermaksud memahami keperluan strategik syarikat dan memastikan bahawa calon yang dipilih boleh menyumbang kepada pencapaian matlamat tersebut.
Dengan menyelaraskan proses pengambilan dengan matlamat perniagaan, anda dapat memastikan bahawa bakat yang diambil akan menyokong pertumbuhan dan kejayaan syarikat.
4. Peruntukkan Masa yang Mencukupi
Proses pengambilan bakat memerlukan masa yang mencukupi untuk mencari dan menilai calon yang sesuai. Jangan terburu-buru dalam membuat keputusan pengambilan.
Luangkan masa untuk menjalankan penilaian yang mendalam dan berbincang dengan pihak berkepentingan untuk memastikan calon yang dipilih benar-benar sesuai dengan keperluan syarikat.
Ini boleh membantu mengelakkan anda melakukan kesilapan dan memastikan bahawa anda memilih calon yang benar-benar berkualiti.
5. Gunakan Data & Teknologi
Penggunaan data dan analisis boleh membantu dalam membuat keputusan yang lebih baik dalam pengambilan bakat. Kumpulkan data tentang sumber calon, tempoh proses pengambilan dan kualiti calon yang diambil.
Jangan lupa juga untuk memanfaatkan teknologi moden bagi mempercepatkan proses dan meningkatkan kecekapan. Teknologi dapat membantu menguruskan banyak aspek pengambilan bakat, daripada proses penyaringan awal sehinggalah penjadualan temuduga.
Strategi Pengambilan Bakat yang Spesifik
Berikut adalah beberapa strategi pengambilan bakat yang spesifik yang boleh membantu syarikat anda mencari dan menarik bakat terbaik
1. Pengambilan dalam Kuantiti Besar (Bulk Hiring)
Pengambilan secara pukal melibatkan proses merekrut sejumlah besar pekerja dalam satu masa. Strategi ini amat berguna apabila syarikat sedang berkembang pesat atau membuka cawangan baharu. Ia membolehkan organisasi mengisi banyak jawatan kosong dengan cepat dan efisien.
2. Kepimpinan (Senior Leadership)
Strategi ini memberi tumpuan kepada pengambilan eksekutif dan pengurus peringkat tinggi. Ia fokus mencari individu dengan pengalaman dan kemahiran kepimpinan yang kukuh. Pengambilan untuk jawatan ini adalah penting kerana mereka akan mempengaruhi hala tuju syarikat dan membuat keputusan strategik.
3. Pakar Teknikal (Technical Specialists)
Pengambilan pakar teknikal adalah strategi yang khusus untuk mencari individu dengan kemahiran teknikal khusus yang mendalam dalam bidang tertentu seperti teknologi maklumat, kejuruteraan atau sains data.
4. Pengambilan Dalaman (Internal Hires)
Pengambilan dalaman merujuk kepada proses memilih pekerja sedia ada untuk jawatan baru atau jawatan yang lebih tinggi dalam syarikat. Ia adalah strategi yang kos efektif dan menggalakkan pembangunan kerjaya.
Dengan mengikuti setiap langkah dalam proses pemerolehan bakat ini dengan teliti, sesebuah syarikat tidak hanya mengisi kekosongan jawatan yang ada tetapi juga membina pasukan yang berkualiti tinggi dan berdedikasi yang akan memacu kejayaan organisasi pada masa hadapan.
Ingatlah, pemerolehan bakat adalah pelaburan dalam masa depan organisasi anda. Lakukan dengan betul, dan anda akan menuai hasilnya untuk tahun-tahun yang akan datang.
Mulakan Kerjaya Cemerlang di Epicareer.
Bacaan berkaitan menanti perhatian anda:
Panduan Kerjaya menawarkan panduan berwawasan untuk pencari kerja.
Recruitment Consultant
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
7 min read
Pengesahan Pekerjaan: Kepentingan dan Prosesnya dalam Pengambilan Pekerja
Ketahui pentingnya pengesahan pekerjaan dalam pengambilan pekerja! Artikel ini menerangkan proses, kepentingan, dan cara-cara untuk memastikan integriti calon.
Posted Aug 28, 2024
Share this article