Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan

9 min read

Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan

Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!

Nasra Patahuddin

Updated Sep 19, 2024

Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan

Perancangan penggantian (succession planning) adalah satu aspek penting dalam pengurusan sumber manusia.

Ia bertujuan untuk memastikan kelangsungan dan kestabilan sesebuah organisasi.

Melalui perancangan yang dilakukan, sesebuah organisasi dapat mengenal pasti dan membangunkan bakat dalaman untuk mengambil alih peranan penting apabila diperlukan.

Artikel kali ini akan berkongsi secara terperinci mengenai maksud, kepentingan, kebaikan dan beberapa info penting mengenai perancangan penggantian.

Maksud ‘Succession Planning’ dan Kepentingannya

Succession planning atau perancangan penggantian, adalah strategi yang melibatkan proses mengenal pasti dan melatih pekerja yang berpotensi untuk menggantikan pemimpin atau jawatan kritikal dalam organisasi pada masa hadapan.

Ia adalah untuk memastikan bahawa peranan penting dalam organisasi akan segera diambil alih apabila terdapat individu yang meninggalkan organisasi/berhenti berkhidmat.

Ia penting kerana:

  • Kestabilan dan Kesinambungan: Memastikan operasi organisasi tidak terjejas oleh perubahan kepimpinan.
  • Pengurusan Risiko: Mengurangkan risiko kehilangan pengetahuan dan kemahiran penting.
  • Pembangunan Pekerja: Memberikan peluang pembangunan kepada pekerja, meningkatkan motivasi dan pengekalan bakat.
  • Penjagaan Reputasi: Menunjukkan tanggungjawab dan profesionalisme organisasi kepada pihak berkepentingan.

Manfaat Perancangan Penggantian

1. Kestabilan Organisasi

Menyediakan pelan jelas untuk penggantian pemimpin dapat mengurangkan risiko dan gangguan operasi sesebuah organisasi.

Ia dapat memastikan bahawa peranan kritikal sentiasa diisi oleh individu yang berkelayakan dan mampu melaksanakan tugas dengan sebaiknya.

2. Pembangunan Kerjaya

Perancangan penggantian membantu dalam mengenal pasti dan membangunkan bakat dalaman. Ini memberikan peluang kepada pekerja untuk berkembang dan maju dalam kerjaya mereka.

3. Pengurusan Risiko

Ia membantu dalam mengekalkan pengetahuan dan kemahiran dalam organisasi, mengurangkan risiko kehilangan pengetahuan kritikal apabila terdapat individu yang meninggalkan organisasi.

4. Menjaga Reputasi

Perancangan penggantian juga secara tidak langsung dapat menjaga reputasi dan memberikan gambaran yang baik kepada pihak berkepentingan terhadap organisasi.

Risiko Tidak Melakukan Perancangan Penggantian

1. Gangguan Operasi

Tanpa pelan penggantian, sesebuah organisasi berisiko menghadapi gangguan operasi apabila peranan penting tidak diisi dengan segera.

2. Kehilangan Pengetahuan

Kehilangan pekerja berpengalaman tanpa pelan penggantian boleh menyebabkan kehilangan pengetahuan dan kemahiran kritikal dalam organisasi. Hal ini boleh menyebabkan kerugian yang besar.

3. Tidak Mempunyai Ruang Pembangunan Kerjaya

Tanpa peluang untuk kemajuan kerjaya, pekerja mungkin merasa tidak bermotivasi dan mencari peluang di tempat lain.

Model Perancangan Penggantian

Model perancangan penggantian adalah kerangka kerja yang digunakan untuk mengenal pasti dan menyediakan pekerja yang berpotensi untuk mengambil alih peranan penting dalam masa hadapan.

Terdapat beberapa model yang boleh digunakan, namun kebanyakan model berkongsi prinsip asas yang sama.

Rangka Kerja Perancangan Penggantian

Rangka kerja perancangan penggantian merangkumi strategi dan alat yang digunakan untuk mengenal pasti, membina dan menyokong pekerja yang berpotensi untuk mengambil alih peranan penting dalam organisasi.

Rangka kerja ini merangkumi beberapa elemen penting:

1. Penilaian Keperluan Organisasi

2. Pengenalpastian Bakat

3. Pembangunan Kemahiran

4. Penilaian dan Semakan

Kaedah Terbaik Membuat Perancangan Penggantian

1. Rancang Awal

Ini memberi masa yang mencukupi untuk mengenal pasti bakat dalaman, membangunkan kemahiran yang diperlukan, dan memastikan calon pengganti bersedia untuk mengambil alih peranan apabila diperlukan.

2. Libatkan Pimpinan Tertinggi

Sokongan dan penglibatan daripada kepimpinan tertinggi adalah penting dalam perancangan penggantian.

Kepimpinan tertinggi perlu terlibat dalam proses mengenal pasti jawatan kritikal, memilih calon pengganti, dan menyediakan sokongan yang diperlukan untuk pembangunan mereka.

3. Penilaian Berterusan Terhadap Bakat Dalaman

Melakukan penilaian berterusan terhadap bakat dalaman membantu mengenal pasti pekerja yang mempunyai potensi untuk berkembang dan mengambil alih jawatan kritikal.

Penilaian ini boleh dilakukan melalui penilaian prestasi, analisis kemahiran, dan saranan daripada pemimpin sedia ada.

4. Komunikasi yang Jelas dan Terbuka

Komunikasi yang jelas dan terbuka mengenai pelan penggantian adalah penting untuk memastikan semua pihak berkepentingan memahami dan menyokong proses ini.

Ini termasuk berkomunikasi dengan pekerja mengenai peluang perkembangan kerjaya dan laluan penggantian.

5. Gunakan Data dan Analitik

Menggunakan data dan analitik dapat membantu dalam proses perancangan penggantian. Data prestasi, analisis kekuatan dan kelemahan serta laporan kemajuan dapat memberikan maklumat yang berharga untuk membuat keputusan yang tepat.

6. Pantau dan Nilai Kemajuan

Memantau dan menilai kemajuan calon pengganti secara berterusan adalah penting untuk memastikan mereka berkembang mengikut pelan yang telah ditetapkan.

Penilaian berkala dapat membantu mengenal pasti sebarang masalah dan membuat penyesuaian yang diperlukan.

7. Integrasikan dengan Strategi Perniagaan

Perancangan penggantian harus diintegrasikan dengan strategi perniagaan keseluruhan organisasi. Ini memastikan bahawa pelan penggantian selaras dengan matlamat dan objektif jangka panjang organisasi.

Kesilapan Biasa dalam Perancangan Penggantian

Perancangan penggantian yang tidak dilaksanakan dengan baik boleh mengakibatkan pelbagai masalah kepada organisasi.

Berikut adalah beberapa kesilapan biasa yang perlu dielakkan dalam perancangan penggantian:

1. Tidak Memulakan Proses Penggantian Lebih Awal

Salah satu kesilapan utama adalah menunggu sehingga saat terakhir untuk mula merancang penggantian.

Ini boleh menyebabkan organisasi tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk mengenal pasti dan membangunkan bakat dalaman, serta mempersiapkan mereka untuk mengambil alih peranan kritikal.

2. Mengabaikan Pembangunan Kemahiran

Tidak menyediakan pelan pembangunan kemahiran yang mencukupi untuk calon pengganti boleh menyebabkan mereka tidak bersedia untuk mengambil alih peranan apabila diperlukan.

Adalah penting untuk memastikan calon pengganti mendapatkan latihan dan pengalaman yang diperlukan untuk menguasai peranan baru mereka.

3. Kurang Komunikasi yang Jelas

Kurangnya komunikasi yang jelas mengenai pelan penggantian boleh menyebabkan kekeliruan dan ketidakpastian dalam organisasi.

Semua pihak berkepentingan, termasuk calon pengganti dan pekerja lain, perlu dimaklumkan dengan jelas mengenai proses dan peluang penggantian.

4. Tidak Melibatkan Kepimpinan Tertinggi

Gagal mendapatkan sokongan dan penglibatan daripada kepimpinan tertinggi boleh melemahkan proses perancangan penggantian.

Kepimpinan tertinggi perlu terlibat secara aktif dalam mengenal pasti jawatan kritikal, memilih calon pengganti, dan menyokong pelan pembangunan mereka.

5. Mengabaikan Penilaian Berterusan

Tidak melakukan penilaian berterusan terhadap kemajuan calon pengganti boleh menyebabkan mereka tidak berkembang mengikut pelan yang telah ditetapkan.

Penilaian berkala adalah penting untuk memastikan calon pengganti sedang membangunkan kemahiran yang diperlukan dan bersedia untuk mengambil alih peranan kritikal.

6. Bergantung Sepenuhnya pada Calon Dalaman

Walaupun penting untuk membangunkan bakat dalaman, bergantung sepenuhnya kepada calon dalaman tanpa mempertimbangkan calon luar boleh mengehadkan pilihan organisasi.

Calon luar mungkin membawa perspektif dan kemahiran baru yang boleh memberi manfaat kepada organisasi.

7. Tidak Mencipta Pelan Bertahap

Gagal menyediakan pelan penggantian yang bertahap boleh menyebabkan kesukaran dalam peralihan kepimpinan.

Adalah penting untuk memastikan bahawa terdapat perancangan penggantian yang jelas untuk setiap tahap kepimpinan dalam organisasi.

8. Mengabaikan Budaya Organisasi

Tidak mempertimbangkan kesesuaian budaya organisasi ketika memilih calon pengganti boleh menyebabkan ketidakselesaan dan ketidakserasian.

Calon pengganti bukan sahaja perlu berkemahiran, tetapi juga selaras dengan nilai dan budaya organisasi.

9. Fokus Terlalu Banyak pada Prestasi Semasa

Fokus yang terlalu banyak pada prestasi semasa tanpa mengambil kira potensi masa depan boleh menyebabkan calon pengganti yang tidak sesuai dipilih. Adalah penting untuk menilai potensi jangka panjang calon, bukan sekadar prestasi semasa mereka.

10. Tidak Menggunakan Data dan Analitik

Mengabaikan penggunaan data dan analitik dalam proses perancangan penggantian boleh menyebabkan keputusan yang tidak berasaskan maklumat.

Data prestasi, analisis kekuatan dan kelemahan, serta laporan kemajuan adalah alat yang penting dalam membuat keputusan yang tepat mengenai perancangan penggantian.

Contoh Perancangan Penggantian

Perancangan penggantian adalah proses penting bagi memastikan kelangsungan kepimpinan dan operasi sesebuah organisasi.

Berikut adalah contoh bagaimana organisasi melaksanakan perancangan penggantian:

1. Mengadakan Perkongsian Pengetahuan Antara Generasi

Salah satu pendekatan utama dalam perancangan penggantian adalah menggalakkan pekerja yang sudah berpengalaman untuk berkongsi pengetahuan dan kemahiran mereka dengan pekerja baru.

Ini boleh dilakukan melalui;

  • Mentoring dan Coaching
  • Sesi Latihan Berstruktur
  • Dokumentasi Pengetahuan

2. Rotasi Kerja Strategik

Program rotasi kerja adalah salah satu cara yang berkesan untuk menyediakan pekerja berpotensi tinggi bagi peranan kepimpinan.

Melalui rotasi kerja, pekerja diberi peluang untuk bertugas di pelbagai jabatan dalam organisasi, memberikan mereka pendedahan meluas kepada aspek-aspek berbeza dalam perniagaan.

3. Program Latihan dan Pembangunan Kepimpinan

Syarikat melaksanakan program latihan dan pembangunan yang komprehensif untuk mempersiapkan pekerja bagi peranan kepimpinan

Program ini boleh merangkumi:

  • Kursus Kepimpinan
  • Latihan Kemahiran Teknikal
  • Projek Sebenar

Contoh-contoh ini menunjukkan bagaimana perancangan penggantian dapat dilaksanakan dengan berkesan dalam pelbagai jenis organisasi.

Peranan HR

HR memainkan peranan penting dalam proses ini dengan:

1. Mengenal Pasti Jawatan Kritikal

Menilai keperluan jawatan dalam organisasi untuk mengenalpasti peranan yang penting bagi operasi dan kelangsungan organisasi.

2. Membangunkan Pelan Penggantian

Menyediakan pelan pembangunan untuk calon pengganti, termasuk latihan, mentoring, coaching, dan pengalaman kerja yang diperlukan untuk memastikan mereka bersedia mengambil alih peranan tersebut.

3. Melaksanakan dan Memantau Pelan

Memastikan pelan penggantian dilaksanakan dengan berkesan, memantau kemajuan calon secara berkala dan membuat penyesuaian yang diperlukan berdasarkan keperluan dan perkembangan calon.

4. Menjalankan Penilaian Bakat

Melakukan penilaian prestasi dan potensi pekerja untuk mengenal pasti calon yang berpotensi tinggi, menggunakan data prestasi, penilaian potensi, dan maklumbalas menyeluruh.

5. Mengurus Perubahan Kepimpinan

Mengurus peralihan kepemimpinan dengan memastikan proses peralihan berjalan lancar, menyediakan komunikasi yang jelas kepada semua pihak berkepentingan, dan memberikan sokongan kepada pengganti dalam peranan baru mereka.

6. Menggunakan Data dan Analitik

Menggunakan analisis data dan alat penilaian untuk menyokong proses perancangan penggantian, termasuk analisis prestasi, penilaian psikometrik, dan laporan kemajuan.

Bagaimana Menulis Pelan Penggantian yang Mudah?

Menulis pelan penggantian yang mudah memerlukan pendekatan yang sistematik dan terancang. Pelan penggantian yang jelas dan mudah difahami membantu organisasi bersedia untuk menghadapi perubahan kepimpinan dengan lancar dan berkesan.

Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diikuti:

  1. Kenal Pasti Jawatan Kritikal: Senaraikan jawatan yang perlu ada pengganti.
  2. Tetapkan Kriteria Kelayakan: Tentukan kriteria untuk calon pengganti.
  3. Senaraikan Calon Pengganti: Kenal pasti dan senaraikan calon yang memenuhi kriteria.
  4. Sediakan Pelan Pembangunan: Sediakan pelan latihan dan pembangunan untuk calon.
  5. Pantau dan Nilai Kemajuan: Pantau kemajuan calon dan kemas kini pelan jika perlu.

Menggunakan Analitik untuk Perancangan Penggantian Bagi Mendapat Sokongan

Data dan analitik dapat memberikan bukti yang kuat mengenai keperluan dan manfaat perancangan penggantian kepada pemimpin dan pihak berkepentingan dalam organisasi.

Analitik membantu mengubah data menjadi wawasan yang boleh diambil tindakan, memastikan bahawa semua pihak berkepentingan memahami dan menyokong inisiatif ini.

Berikut adalah langkah-langkah menggunakan analitik bagi mendapatkan sokongan:

1. Menyediakan Data Prestasi

Gunakan data prestasi untuk menunjukkan keberkesanan dan keperluan perancangan penggantian. Kumpulkan dan analisis data penilaian prestasi untuk menunjukkan pekerja berprestasi tinggi yang memerlukan laluan perkembangan kerjaya.

Tunjukkan juga peningkatan dalam prestasi pekerja yang telah melalui program pembangunan kepimpinan.

2. Analisis Risiko

Lakukan analisis risiko untuk menunjukkan potensi impak negatif jika perancangan penggantian tidak dilaksanakan.

Tunjukkan risiko kehilangan pengetahuan dan kemahiran jika pekerja kritikal bersara atau meninggalkan organisasi serta analisis impak gangguan operasi yang boleh berlaku akibat kekosongan jawatan kritikal.

3. Menunjukkan ROI (Return on Investment)

Gunakan analitik untuk menunjukkan pulangan atas pelaburan (ROI) daripada perancangan penggantian. Perincikan kos yang dapat dijimatkan melalui pengurangan keperluan untuk merekrut dari luar dan masa latihan yang lebih singkat bagi pengganti dalaman.

4. Menggunakan Benchmarking

Bandingkan data organisasi anda dengan industri atau pesaing untuk menunjukkan keperluan dan manfaat perancangan penggantian.

5. Menyediakan Laporan

Gunakan alat analitik untuk menyediakan laporan yang mudah difahami dan boleh diakses oleh pemimpin dan pihak berkepentingan.

Gunakan graf dan visualisasi data untuk menunjukkan trend dan hasil yang berkaitan dengan perancangan penggantian. Sediakan dashboard interaktif yang membolehkan pemimpin meneroka data secara lebih mendalam.

6. Menunjukkan Contoh Sebenar Kejayaan

Gunakan analitik untuk menunjukkan contoh kejayaan melakukan perancangan penggantian dalam organisasi anda atau organisasi lain untuk dijadikan rujukan dan inspirasi.

Perancangan penggantian adalah satu langkah penting dalam memastikan kelangsungan dan kestabilan organisasi. Ini adalah satu pelaburan yang berbaloi untuk masa depan organisasi yang lebih cerah dan stabil.

Dengan mengikuti langkah-langkah yang betul dan menggunakan strategi yang berkesan, organisasi dapat mengenal pasti dan membangunkan bakat dalaman untuk mengambil alih jawatan kritikal di masa hadapan.


Mulakan Kerjaya Cemerlang di Epicareer.

Bacaan berkaitan menanti perhatian anda:

Panduan Kerjaya menawarkan panduan berwawasan untuk pencari kerja.

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles