Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Alasan yang Profesional untuk Memohon Cuti Kerja Tanpa Gaji

4 min read

Alasan yang Profesional untuk Memohon Cuti Kerja Tanpa Gaji

Untuk mendapatkan cuti kerja tanpa gaji, anda perlu menulis surat rasmi memohon cuti bagi mendapatkan kebenaran majikan.

Herdina Ika

Updated Jul 9, 2024

Alasan yang Profesional untuk Memohon Cuti Kerja Tanpa Gaji

Secara umumnya, pekerja di Malaysia akan mendapat cuti tahunan selama 14 hari mengikut syarat yang ditetapkan oleh syarikat berdasarkan undang-undang negara. Ini bermaksud, anda boleh meminta cuti 14 hari dengan mengisi borang permohonan cuti yang disediakan syarikat dan gaji tidak akan dipotong.

Namun, ada kalanya terjadi situasi yang memerlukan anda untuk memohon cuti lebih daripada 14 hari, dan cuti tersebut adalah cuti tanpa gaji. Untuk mendapatkan cuti kerja tanpa gaji tersebut, anda perlu menulis surat rasmi memohon cuti bagi mendapatkan kebenaran majikan.

Dalam surat tersebut, anda perlu menyatakan sebab atau alasan anda meminta cuti kerja tanpa gaji tersebut secara formal dan jelas. Oleh itu, anda perlu meletakkan alasan yang sebenar secara profesional.

Terdapat syarikat yang menetapkan syarat-syarat untuk memohon cuti kerja tanpa gaji. Disebabkan hal yang demikian, pastikan anda tahu syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh syarikat anda.

Secara amnya, berikut adalah beberapa alasan yang layak untuk mendapat cuti kerja tanpa gaji yang anda boleh gunakan.

1. Disebabkan oleh masalah kesihatan atau menjalani perubatan

Apabila ditimpa kemalangan atau mempunyai penyakit kronik, anda boleh mohon cuti tanpa gaji sekiranya anda perlu menjalani perubatan ataupun ingin berehat. Ini adalah salah satu sebab yang boleh letakkan sebagai alasan yang kukuh untuk memohon cuti kerja tanpa gaji.

Pastikan anda menyimpan surat rawatan atau memohon laporan perubatan daripada doktor untuk memudahkan permohonan cuti anda diluluskan. Lampirkannya sekali dengan surat rasmi yang anda buat. Tempoh cuti yang dibenarkan adalah bergantung pada syarikat.

Contoh:

Dengan hormatnya saya ingin memohon cuti kerja tanpa gaji disebabkan oleh masalah kesihatan yang saya hadapi. Saya telah ditimpa kemalangan dan perlu menjalani rawatan serta rehat yang mencukupi.

Sebagai bukti, saya sertakan laporan perubatan dari doktor yang merawat saya. Saya memohon cuti tanpa gaji selama [tempoh cuti yang dimohon], berkuat kuasa dari [tarikh mula cuti] hingga [tarikh akhir cuti].

2. Menjaga ahli keluarga sakit

Kadangkala terjadi sesuatu yang diluar kawalan anda contohnya, tiba-tiba ada ahli keluarga yang jatuh sakit dan memerlukan penjagaan yang rapi dirumah.

Sekiranya anda tiada pilihan lain, anda boleh cuba memohon cuti tanpa gaji. Namun, tempoh cuti yang diberikan adalah bergantung kepada syarikat tersebut. Selain itu, anda juga boleh mengusulkan untuk bekerja dari rumah sepenuh masa sekiranya perlu.

Contoh alasan yang anda boleh nyatakan:

Dengan segala hormatnya saya memohon cuti kerja tanpa gaji bagi menjaga ahli keluarga saya yang sedang sakit. Keadaan beliau memerlukan penjagaan rapi di rumah.

Saya memohon cuti tanpa gaji selama [tempoh cuti yang dimohon], bermula dari [tarikh mula cuti] hingga [tarikh akhir cuti]. Saya juga memohon pertimbangan pihak syarikat untuk membenarkan saya bekerja dari rumah jika diperlukan.

3. Cuti untuk sambung belajar

Menyambung pengajian memerlukan anda fokus untuk menjadi pelajar yang cemerlang. Anda juga pasti memerlukan masa tertentu untuk mengulangkaji pelajaran sebagai persediaan peperiksaan ataupun memberi tumpuan sepenuhnya kepada tugasan yang diberikan.

Anda boleh jadikan ini sebagai sebab untuk memohon cuti tanpa gaji. Selalunya pihak majikan akan memberikan kebenaran dan menyokong anda untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.

Alasan yang anda boleh nyatakan ialah:

Saya ingin memohon cuti kerja tanpa gaji bagi menyambung pengajian saya. Saya memerlukan masa untuk fokus kepada pelajaran dan persediaan peperiksaan.

Saya merancang untuk memohon cuti tanpa gaji selama [tempoh cuti yang dimohon], bermula dari [tarikh mula cuti] hingga [tarikh akhir cuti]. Saya berharap pihak syarikat dapat menyokong usaha saya untuk menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.

4. Menemani pasangan bekerja atau belajar di luar negara

Ini juga boleh menjadi salah satu sebab untuk anda memohon cuti tanpa gaji. Sebagai suami atau isteri, sudah pasti anda ingin menjalankan tanggungjawab anda dan menemani pasangan anda dimana sahaja mereka pergi.

Anda boleh memohon untuk cuti kerja tanpa gaji dalam jangka masa pendek bagi menemani pasangan anda. Pastikan anda mengemukakan surat sokongan yang boleh menyokong permohonan cuti anda.

Jika anda pernah alami situasi ini, anda boleh berikan alasan profesional seperti:

Dengan hormatnya saya ingin memohon cuti kerja tanpa gaji untuk menemani pasangan saya yang akan bekerja/belajar di luar negara. Saya memohon cuti tanpa gaji selama [tempoh cuti yang dimohon], bermula dari [tarikh mula cuti] hingga [tarikh akhir cuti]. Saya sertakan surat sokongan sebagai dokumen tambahan.

5. Menunaikan haji atau umrah

Bagi yang Muslim, sekiranya anda mempunya perancangan untuk menunaikan haji atau umrah, anda juga boleh meminta cuti kerja tanpa gaji. Biasanya cuti yang diperlukan kurang daripada sebulan.

Contoh alasan yang anda boleh berikan ialah:

Saya dengan ini ingin memohon cuti kerja tanpa gaji untuk menunaikan ibadah haji/umrah. Saya merancang untuk berada di Tanah Suci selama [tempoh cuti yang dimohon]. Permohonan cuti ini adalah dari [tarikh mula cuti] hingga [tarikh akhir cuti].

6. Sebab peribadi lain

Terdapat juga beberapa sebab peribadi lain yang membolehkan anda cuti tanpa gaji antaranya ialah, untuk menyokong dan membantu isteri yang baru melahirkan, mengambil cuti bersalin yang lebih panjang daripada apa yang diberikan, memperbaik kesihatan mental dan fizikal, dan sebagainya.

Untuk mengelakkan alasan anda kelihatan terlalu peribadi anda boleh menyatakan alasan anda berhenti kerja seperti berikut:

Dengan segala hormatnya saya ingin memohon cuti kerja tanpa gaji untuk sebab peribadi. Saya memerlukan masa untuk [sebab peribadi, seperti menjaga isteri yang baru melahirkan atau memperbaik kesihatan mental dan fizikal]. Saya memohon cuti tanpa gaji selama [tempoh cuti yang dimohon], bermula dari [tarikh mula cuti] hingga [tarikh akhir cuti].


Mulakan langkah pencarian kerja ana di portal Epicareer hari ini. Muat naik resume anda dan pilih kerjaya pilihan anda berdasarkan padanan yang dibuat.

Herdina Ika

Digital Marketer

Meet Ika Herdina, a Senior Digital Marketer at Epicareer. With over 5 years of experience, she has the expertise of ads, social media, SEO, and writing creative stuff. Ika helps businesses grow using smart, creative strategies. If you need help with digital marketing, she's the one to talk to!

Topic tags

Share this article

Related Articles