Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Contoh Frasa-Frasa yang Boleh Digunakan dalam Laporan Prestasi Pekerja

2 min read

Contoh Frasa-Frasa yang Boleh Digunakan dalam Laporan Prestasi Pekerja

Penilaian prestasi pekerja sangat penting dalam memajukan syarikat. Ketahui frasa tepat yang boleh digunakan dalam laporan prestasi untuk penilaian yang efektif.

Nasra Patahuddin

Updated Aug 14, 2024

Contoh Frasa-Frasa yang Boleh Digunakan dalam Laporan Prestasi Pekerja

Penilaian prestasi adalah elemen penting untuk memastikan pekerja boleh meningkatkan kualiti diri sekaligus memajukan syarikat. Ia merupakan sebuah proses di mana pihak majikan mengukur dan menilai pencapaian serta perkembangan pekerja berdasarkan kriteria tertentu yang ditetapkan.

Untuk memastikan laporan prestasi yang dihasilkan komprehensif dan bermakna, adalah penting untuk menggunakan frasa yang tepat dan relevan.

Berikut adalah beberapa contoh frasa yang boleh digunakan dalam laporan prestasi bagi memastikan penilaian yang berlaku efektif dan memberi kesan positif.

Kehadiran

Kekuatan:

  1. "Sentiasa hadir tepat pada masanya dan menunjukkan komitmen tinggi terhadap tugasan."
  2. "Menunjukkan disiplin yang baik dengan kehadiran yang konsisten."
  3. "Menghadiri hampir semua mesyuarat dan sesi latihan dengan kehadiran penuh."
  4. "Kehadiran yang stabil dan boleh diandalkan dalam melaksanakan tanggungjawab harian."
  5. "Tidak pernah menghadapi masalah kehadiran, sentiasa ada ketika diperlukan."


Kelemahan:

  1. "Kehadiran yang tidak stabil dengan beberapa kali ketidakhadiran tanpa alasan yang jelas."
  2. "Perlu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kehadiran tepat pada masanya."
  3. "Kadang-kadang terlambat hadir yang menjejaskan aliran kerja pasukan."
  4. "Sering kali perlu mengambil cuti sakit tanpa pemberitahuan awal."
  5. "Kehadiran di tempat kerja kurang konsisten, terutama semasa tempoh puncak."

Sikap

Kekuatan:

  1. "Memiliki sikap positif dan proaktif yang menyumbang kepada suasana kerja yang harmoni."
  2. "Selalu bersedia untuk mengambil tanggungjawab tambahan dengan semangat yang tinggi."
  3. "Menunjukkan sikap terbuka terhadap maklum balas dan sedia untuk memperbaiki diri."
  4. "Bersikap optimis walaupun menghadapi cabaran dan kekangan."
  5. "Sentiasa memberikan sokongan moral kepada rakan sekerja dalam situasi sukar."

Kelemahan:

  1. "Kadang-kadang menunjukkan sikap negatif ketika menghadapi cabaran atau masalah."
  2. "Perlu meningkatkan kesabaran dan kemahiran komunikasi dalam situasi yang tegang."
  3. "Terdapat masa tertentu sikap tidak konsisten yang boleh mempengaruhi moral pasukan."
  4. "Kadang-kadang menunjukkan kurang minat dalam tugas yang membosankan atau rutin."
  5. "Perlu memperbaiki reaksi terhadap maklum balas negatif untuk meningkatkan profesionalisme."

Khidmat Pelanggan

Kekuatan:

  1. "Menunjukkan kemahiran komunikasi yang baik dan dapat menangani pelanggan dengan cara yang profesional dan mesra."
  2. "Mendapatkan maklum balas positif daripada pelanggan kerana sikap yang membantu dan penyelesaian masalah yang cepat."
  3. "Berjaya menyelesaikan aduan pelanggan dengan penyelesaian yang memuaskan dan efisien."
  4. "Menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kepuasan pelanggan melalui tindak balas yang pantas."
  5. "Sentiasa berusaha melebihi jangkaan pelanggan dengan perkhidmatan yang luar biasa."


Kelemahan:

  1. "Perlu meningkatkan kemampuan untuk menangani aduan pelanggan dengan lebih efisien dan tenang."
  2. "Perlu menunjukkan lebih banyak empati dalam berinteraksi dengan pelanggan."
  3. "Cara berkomunikasi dengan pelanggan boleh diperbaiki untuk mengelakkan kekeliruan."
  4. "Kurang proaktif dalam menghubungi pelanggan untuk maklum balas selepas perkhidmatan."
  5. “Terdapat waktu tertentu menghadapi masalah dalam memberikan maklumat yang jelas kepada pelanggan."

Kebolehpercayaan

Kekuatan:

  1. "Sentiasa menghantar kerja mengikut masa yang ditetapkan dan boleh diandalkan dalam menyelesaikan tugasan dengan kualiti tinggi."
  2. "Menunjukkan kebolehpercayaan dalam menyimpan rahsia syarikat dan mengendalikan maklumat sensitif."
  3. "Sering kali menjadi rujukan utama dalam menyelesaikan masalah yang kompleks."
  4. "Mampu dipercayai dalam melaksanakan projek-projek penting dengan hasil yang memuaskan."
  5. "Sentiasa menunjukkan tanggungjawab dalam menyelesaikan tugas tanpa perlu diawasi."


Kelemahan:

  1. "Sering menghadapi masalah dalam menepati jadual dan memenuhi deadline."
  2. "Perlu meningkatkan komitmen terhadap tanggungjawab yang diberikan."
  3. “Ada masanya sukar dihubungi dalam masa yang diperlukan untuk keputusan penting."
  4. "Kebolehpercayaan dalam menyelesaikan tugasan kadang-kadang dipengaruhi oleh kekurangan organisasi."
  5. "Perlu meningkatkan disiplin dalam menyiapkan tugas tepat pada masanya."

Fleksibiliti

Kekuatan:

  1. "Dapat menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan dan menerima tugas baru dengan sikap terbuka."
  2. "Menunjukkan fleksibiliti dalam menguruskan pelbagai projek secara serentak dengan baik."
  3. "Bijak dalam menyesuaikan diri dengan perubahan keutamaan dalam projek."
  4. "Mampu menangani pelbagai tanggungjawab dengan mudah dan cekap."
  5. "Menunjukkan kemampuan untuk beradaptasi dengan cepat dalam persekitaran yang berubah-ubah."


Kelemahan:

  1. "Perlu meningkatkan kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan perubahan mendadak dalam prioriti kerja."
  2. "Sering menghadapi kesukaran dalam menyesuaikan diri dengan tugas yang tidak dijangka."
  3. "Memerlukan masa tambahan untuk beradaptasi dengan perubahan dalam persekitaran kerja."
  4. "Kurang reaksi atau merespon dengan efektif terhadap perubahan yang berlaku di tempat kerja."
  5. "Perlu memperbaiki cara menangani perubahan yang tidak dijangka dengan lebih baik."

Kemahiran Interpersonal

Kekuatan:

  1. "Mampu bekerjasama dengan baik dengan rakan sekerja dan membina hubungan yang positif dalam pasukan."
  2. "Memiliki kemahiran mendengar yang baik dan mampu memahami pandangan orang lain."
  3. "Berjaya menyelesaikan konflik dalam pasukan dengan pendekatan yang profesional."
  4. "Selalu bersedia untuk membantu dan memberi sokongan kepada rakan sekerja."
  5. "Menunjukkan kemahiran dalam membina jaringan yang kuat dengan pelbagai pihak."


Kelemahan:

  1. "Kadang-kadang menghadapi kesukaran dalam berkomunikasi dengan rakan sekerja yang mempunyai pandangan yang berbeza."
  2. "Perlu meningkatkan kemahiran dalam menyelesaikan konflik dengan cara yang konstruktif."
  3. "Kadang-kadang kurang aktif dalam membina hubungan dengan ahli pasukan yang baru."
  4. "Kadang-kadang menghadapi masalah dalam memahami perspektif orang lain."
  5. "Perlu memperbaiki cara berkomunikasi dalam situasi kumpulan untuk meningkatkan kerjasama."

Kepimpinan

Kekuatan:

  1. "Menunjukkan kemahiran kepimpinan yang kuat dengan memberi arahan yang jelas dan motivasi kepada pasukan."
  2. "Berjaya membimbing ahli pasukan dalam mencapai matlamat bersama dengan keberkesanan."
  3. "Mampu menginspirasi pasukan untuk mencapai hasil yang cemerlang melalui kepimpinan yang berwibawa."
  4. "Menunjukkan keberanian dalam membuat keputusan yang sukar untuk manfaat pasukan."
  5. "Sentiasa memberikan panduan dan sokongan yang diperlukan untuk kejayaan projek."


Kelemahan:

  1. "Perlu meningkatkan keupayaan untuk mengambil keputusan yang berkesan dalam situasi yang mencabar."
  2. "Adakalanya kurang memberi perhatian kepada perkembangan individu dalam pasukan."
  3. "Perlu memperbaiki sikap dalam memberikan maklum balas yang membina kepada ahli pasukan."
  4. "Kadang-kadang kurang keterlibatan dalam aspek perancangan strategik pasukan."
  5. "Perlu meningkatkan kemahiran dalam menangani ketidaksetujuan dan cabaran dalam pasukan."

Prestasi

Kekuatan:

  1. "Menunjukkan prestasi yang sangat baik dengan pencapaian yang melebihi jangkaan dalam tugasan yang diberikan."
  2. "Sentiasa mencapai dan melebihi objektif prestasi yang telah ditetapkan."
  3. "Berjaya dalam menyelesaikan projek dengan hasil yang mengagumkan dan menyumbang kepada kejayaan syarikat."
  4. "Menunjukkan inisiatif dalam memperbaiki proses dan meningkatkan prestasi keseluruhan."
  5. "Mampu mencapai hasil yang cemerlang walaupun dalam keadaan yang mencabar."


Kelemahan:

  1. "Ada masanya kesukaran dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan."\
  2. "Perlu meningkatkan kualiti kerja untuk memenuhi standard yang lebih tinggi."
  3. "Memerlukan peningkatan dalam menyelaraskan prestasi dengan objektif jangka panjang syarikat."
  4. "Kurang konsisten dalam pencapaian hasil kerja yang berkualiti."
  5. "Perlu memperbaiki perancangan dan pelaksanaan untuk mencapai hasil yang lebih baik."

Kerjasama

Kekuatan:

  1. "Berjaya bekerja dengan baik dalam kumpulan dan menyumbang secara aktif kepada kejayaan pasukan."
  2. "Memiliki kemahiran kolaborasi yang baik dan sering memberikan sokongan kepada ahli pasukan lain."
  3. "Menunjukkan semangat kerjasama yang tinggi dengan memudahkan komunikasi antara ahli pasukan."
  4. "Sangat menyokong rakan sekerja dalam projek kumpulan dan menyumbang idea yang bernas."
  5. "Mampu bekerjasama dengan pelbagai latar belakang dan menyelaraskan usaha pasukan."


Kelemahan:

  1. "Ada masanya menghadapi kesukaran dalam bekerjasama dengan rakan sekerja yang mempunyai pendekatan yang berbeza."
  2. "Perlu meningkatkan keterlibatan dalam aktiviti kumpulan dan projek bersama."
  3. “Kurang memberi sumbangan dalam mesyuarat kumpulan atau diskusi."
  4. "Perlu memperbaiki kemahiran dalam memotivasi dan menyatukan ahli pasukan."
  5. "Kadang-kadang kurang proaktif dalam menyelesaikan isu-isu kumpulan."

Pengurusan Masa

Kekuatan:

  1. "Mampu menguruskan masa dengan berkesan, menyelesaikan tugas dalam tempoh yang ditetapkan."
  2. "Sentiasa mengatur jadual dengan baik untuk memastikan semua tugasan disiapkan tepat pada masanya."
  3. "Menunjukkan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan tugasan dengan efisien."
  4. "Berjaya mengimbangi pelbagai tugas dan projek dengan pengurusan masa yang baik."
  5. "Mampu menyusun dan mengutamakan tugas untuk mencapai produktiviti yang tinggi."

Kelemahan:

  1. "Kadang-kadang menghadapi kesukaran dalam mengutamakan tugas dan menguruskan masa dengan efisien."
  2. "Perlu meningkatkan kemahiran dalam merancang dan mengatur masa untuk mencapai produktiviti yang lebih baik."
  3. "Kadang-kadang tidak dapat menyelesaikan tugas dalam masa yang ditetapkan kerana perancangan masa yang kurang baik."
  4. "Perlu memperbaiki teknik pengurusan masa untuk mengelakkan penangguhan."
  5. "Kadang-kadang tidak dapat menyeimbangkan antara tugas jangka pendek dan jangka panjang."

Dalam laporan prestasi, penting untuk memberikan maklum balas yang jelas dan membina. Penggunaan frasa yang sesuai bukan sahaja membantu dalam penilaian yang objektif tetapi juga memberi panduan kepada pekerja untuk meningkatkan prestasi mereka.

Secara tidak langsung, ia bukan sahaja memperbaiki prestasi individu tetapi juga menyumbang kepada kejayaan keseluruhan organisasi.


Temui Peluang Kerjaya Terkini di Epicareer.

Jelajahi artikel-artikel berkaitan di bawah:

Temukan petua berguna untuk pencari kerja dalam Panduan Kerjaya.

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles