7 min read
Jenis-Jenis Penipuan Kerja & Tips Elak Terkena Penipuan
Menghadapi penipuan berkaitan kerja? Pelajari jenis-jenis penipuan, tanda-tanda "redflags", dan tips mengelak. Lindungi diri anda dan elakkan terjebak dengan penipuan kerja. Baca artikel untuk maklumat lanjut!
Updated May 10, 2024
Penipuan berkaitan kerja kosong adalah salah satu cabaran yang perlu dihadapi oleh pencari kerja. ‘Scammer’ atau penipu seringkali mensasarkan pencari kerja kerana ramai pencari kerja yang terdesak untuk mendapatkan kerja atau wang ringgit.
Di Malaysia, terdapat beberapa kes viral di mana pencari kerja terpedaya dengan penipuan sebegini sehingga melibatkan kerugian wang ringgit. Bahkan, ada yang “terperangkap” sehingga meninggalkan negara tanpa menyedari nyawa sedang menjadi taruhan.
Dalam artikel kali ini, berikut dikongsikan jenis-jenis penipuan kerja, “redflags” serta tips elak terkena penipuan kerja.
▶ Artikel Berkaitan: Aspek Penting yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Mencari Kerja
Jenis-Jenis Penipuan Kerja
1. Iklan Kerja Palsu
Biasanya penipu akan memaparkan iklan pekerjaan palsu dengan tujuan menipu pencari kerja. Mereka akan menawarkan jawatan yang menarik dengan gaji tinggi atau faedah luar biasa untuk menarik perhatian pencari kerja.
Mereka akan meminta pencari kerja untuk membuat bayaran tertentu sebelum diterima bekerja. Walhal, pekerjaan yang ditawarkan adalah palsu. Atau, mereka akan mendapatkan maklumat peribadi atau kewangan daripada mangsa untuk mengakses bank akaun dan seumpamanya.
2. Menyamar Menjadi Agensi
Penipu akan berpura-pura menjadi agensi yang sedang mencari pekerja. Sama ada dengan menyamar menjadi agensi kerajaan ataupun swasta.
Mereka akan menawarkan kekosongan jawatan dan penempatan yang perlu dibayar. Setelah menerima pembayaran, mereka pun menghilangkan diri. Walhal, agensi sebenar tidak pernah mengiklankan jawatan kosong apatah penempatan pekerja yang perlu dibayar.
3. Tawaran Emel
Penipu akan menghantar emel untuk menawarkan pekerjaan dengan gaji yang tinggi dan faedah yang hebat kepada pencari kerja. Melalui emel tersebut, mereka mungkin meminta mangsa memberikan memberikan maklumat peribadi atau bayaran untuk melengkapkan permohonan / mendapatkan pekerjaan tersebut.
4. Iklan Kerja Sambilan
Pernah tak anda lihat ayat seperti ini, “Kerja Sambilan, RMXXX-RMXXX Seminggu”. Ini juga salah satu jenis penipuan kerja yang popular pada masa kini.
Penipu akan menarik perhatian individu yang mahu kerja sambilan dengan menjanjikan pendapatan yang besar untuk kerja yang mudah. Mereka meneruskan penipuan dengan meminta pembayaran yuran pendaftaran atau "deposit" untuk menyertai program kerja sambilan ini.
5. Temuduga Secara Dalam Talian
Setelah berbulan-bulan menghantar permohonan kerja, tiba-tiba anda dapat satu panggilan untuk hadir ke temuduga. Tetapi sebelum itu, anda perlu mengisi borang melalui pautan yang diberikan. Dalam borang tersebut anda perlu memasukkan data peribadi seperti no kad pengenalan, kad bank dan sebagainya.
Hah, berhati-hatilah. Semak semula nama syarikat yang membuat panggilan tadi sama ada anda pernah memohon di situ atau tidak. Kemudian, semak juga no telefon atau emel yang digunakan sama ada emel rasmi atau tidak.
Biasanya, untuk menghadiri temuduga pencari kerja tidak perlu mengisi apa-apa borang yang tidak berkaitan dengan temuduga tersebut lebih-lebih lagi borang yang meminta data peribadi.
6. Kerja Daripada Rumah
Ramai pencari kerja sering tertipu dengan iklan kerja daripada rumah. Penipu menjanjikan anda komisen daripada tugasan yang diminta untuk lakukan. Komisen tersebut akan semakin bertambah untuk membuatkan anda percaya.
Sampailah satu masa, anda diminta untuk menggunakan duit sendiri terlebih dahulu. Seterusnya, bagi mendapatkan duit anda sebelumnya dan komisen yang dijanjikan, anda perlu membuat pembayaran pula. Pada akhirnya, mangsa hanya akan tersedar selepas mengalami kerugian yang besar.
7. Bekerja di Negara Lain
Satu lagi jenis penipuan kerja yang sering membuat pencari kerja terpedaya ialah iklan bekerja di negara lain. Penipu menjanjikan kerja kosong dengan gaji lumayan di negara jiran serta akan turut menguruskan segala-galanya termasuk tempat penginapan dan sebagainya.
Setelah selesai urusan keluar daripada negara, pekerjaan yang dijanjikan hanyalah cakap kosong. Mangsa dipaksa bekerja sebagai pengemis, scammer dan sebagainya di negara orang. Lebih teruk lagi, sebelum berangkat, kemungkinan besar pihak penipu meminta sejumlah bayaran tertentu sebagai yuran.
“Redflags” / Tanda Penipuan Kerja
1. Emel Tidak Professional
Emel yang tidak profesional seperti ejaan yang salah (contohnya seperti official jadi oficial), tatabahasa yang teruk, atau alamat emel yang tidak berkaitan dengan syarikat boleh menjadi petanda penipuan.
2. Panggilan Tidak Dikenali
Panggilan telefon yang tidak dikenali daripada seseorang yang mengaku mewakili syarikat boleh menjadi tanda penipuan. Lebih-lebih lagi apabila individu tersebut meminta maklumat anda melalui cara, “Betulkah ini Puan Ani? Boleh saya dapatkan no kad pengenalan puan bagi tujuan pengesahan”.
3. Akaun Media Sosial/ Laman Web Palsu
Penipu biasanya akan mencipta platform dalam talian untuk majikan yang tidak wujud atau profil palsu untuk syarikat sebenar. ‘Redflag’ yang jelas mengenai akaun-akaun ini adalah apabila anda melihat di akaun tersebut kurang maklumat ataupun baru sahaja dicipta.
4. Tawaran Pekerjaan yang ‘Too Good To Be True’
Tawaran pekerjaan yang terlalu menggiurkan dengan gaji yang tinggi atau faedah yang menarik mungkin menjadi tanda penipuan. Jangan percaya dengan tawaran yang ‘Too Good To Be True’. Berpijaklah pada realiti.
6. Perisian atau Pautan yang Meragukan
Apabila anda diminta untuk klik pada pautan atau memuat turun perisian yang meragukan untuk melengkapkan proses permohonan, ia boleh jadi ‘redflag’ atau tanda penipuan. Pastikan perisian dan pautan yang digunakan bersifat umum dan profesional.
7. Alamat Syarikat yang Tidak Dikenali
Alamat syarikat yang tidak dikenali atau tidak wujud boleh menjadi petunjuk penipuan. Oleh itu, rajinkan buat carian mengenai syarikat yang anda ingin mohon pekerjaan atau menerima tawaran.
8. Iklan Kekosongan Kerja Dihantar Melalui SMS/WhatsApp
Iklan jawatan kosong yang dihantar melalui SMS atau WhatsApp tanpa maklumat lanjut atau penjelasan yang jelas juga menunjukkan tanda-tanda penipuan.
9. Ditawarkan Bekerja Luar Negara Tanpa Visa
Jika anda sedang mempertimbangkan pekerjaan di luar negara dan pihak majikan mendesak anda untuk memasuki negara tersebut dengan visa pelawat bukan visa pekerjaan yang sah, anggaplah itu sebagai ‘redflag’. Jangan sesekali terpedaya walaupun majikan berjanji akan menanggung kos penerbangan anda.
Bagaimana untuk Mengelakkan Penipuan Kerja?
Berikut ialah beberapa tips yang anda boleh cuba untuk mengelak daripada terkena penipuan kerja.
1. Selidik
Sebelum membalas atau menerima sebarang tawaran pekerjaan, lakukan penyelidikan menyeluruh mengenai syarikat tersebut. Periksa rekod syarikat, tinjau laman web rasmi, dan cari ulasan atau maklumat lain mengenai reputasi syarikat tersebut.
Elakkan menerima tawaran daripada syarikat yang meragukan atau tidak mempunyai maklumat lengkap dalam enjin carian.
2. Sahkan Keselamatan dan Kredibiliti Laman Web
Sebelum memberikan maklumat peribadi atau sensitif, pastikan laman web yang anda layari adalah selamat dan sah.
Cari tanda-tanda keselamatan seperti kunci kecil atau URL yang bermula dengan "https://".
3. Percaya Naluri Anda
Sekiranya hati anda rasa seperti ‘something wrong’ atau tawaran tersebut terlalu hebat untuk menjadi kenyataan, percayalah kepada naluri anda.
Jangan terpedaya dengan tawaran yang meragukan atau yang terlalu menggiurkan walaupun dalam keadaan terdesak sekalipun.
4. Lindungi Maklumat Peribadi
Jangan pernah memberikan maklumat peribadi atau kewangan kepada pihak yang tidak dikenali atau tidak dipercayai.
Kenalpasti helah-helah yang mereka sering gunakan seperti, meminta anda menyebut no kad pengenalan anda untuk pengesahan, atau memberikan maklumat yang salah dan meminta anda membetulkannya dan seumpamanya.
5. Jangan Buat Apa-apa Pembayaran
Ingat tips ini baik-baik. Sebagai pencari kerja, anda tidak perlu mengeluarkan sesen pun duit untuk menghantar permohonan kerja, agar diterima bekerja atau untuk yuran proses, deposit, pendaftaran dan sebagainya.
Tidak ada syarikat yang sebenar akan meminta duit individu yang memohon kerja kecuali penipu.
6. Berhati-Hati Dengan Iklan Kerja Yang Menawarkan Faedah Menarik
Berhati-hati dengan tawaran pekerjaan yang menjanjikan faedah yang terlalu menarik seperti gaji yang tinggi tanpa keperluan pengalaman atau kelayakan yang sesuai.
Ini boleh menjadi salah satu taktik penipuan kerja untuk menarik perhatian pencari kerja.
7. Hubungi Talian Rasmi Syarikat
Jika terdapat keraguan mengenai tawaran kerja, sila hubungi talian rasmi syarikat tersebut untuk mengesahkan kebenaran tawaran tersebut.
Dengan mengamalkan langkah-langkah berjaga-jaga ini, anda pasti dapat melindungi diri anda daripada menjadi mangsa penipuan kerja dan mengambil keputusan yang bijak dalam mencari peluang pekerjaan.
8. Semak Nombor Telefon Perekrut
Mungkin terdapat beberapa perekrut yang masih menggunakan WhatsApp untuk mencari pekerja. Jika anda tidak pasti, anda boleh menggunakan aplikasi seperti GetContact ntuk semak tanda nama mereka sama ada mereka penipu atau tidak.
Kesimpulan
Untuk mengelakkan penipuan kerja, penting untuk mencari pekerjaan di platform yang dipercayai seperti Epicareer.
Dengan menyertai platform yang terbukti boleh dipercayai, anda dapat menjauhi risiko terperangkap dengan penipuan dan menjadikan proses pencarian pekerjaan lebih selamat dan efisien.
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
5 min read
Contoh Jawatan Pemasaran Digital untuk Tahap Pemula (Entry Level)
Temukan peluang karier dalam pemasaran digital! Artikel ini menjelaskan pelbagai jawatan peringkat permulaan dalam bidang pemasaran digital, keperluan dan kemahiran yang diperlukan, serta strategi mencari pekerjaan yang efektif. Baca untuk memulai perjalanan karier Anda dengan percaya diri dan memanfaatkan peluang dalam industri yang berkembang pesat ini.
Posted Jun 13, 2024
3 min read
Trend Gaji di Malaysia 2023 & Jangkaan untuk 2024
Prognosis untuk 2024 meramalkan kenaikan gaji purata sebanyak 5.1% dengan penumpuan pada kerja dari jauh dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta keperluan kemahiran teknikal dan insaniah yang penting.
Posted Apr 30, 2024
Share this article