Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Contoh Jawatan Pemasaran Digital untuk Tahap Pemula (Entry Level)

5 min read

Contoh Jawatan Pemasaran Digital untuk Tahap Pemula (Entry Level)

Temukan peluang karier dalam pemasaran digital! Artikel ini menjelaskan pelbagai jawatan peringkat permulaan dalam bidang pemasaran digital, keperluan dan kemahiran yang diperlukan, serta strategi mencari pekerjaan yang efektif. Baca untuk memulai perjalanan karier Anda dengan percaya diri dan memanfaatkan peluang dalam industri yang berkembang pesat ini.

Nasra Patahuddin

Updated Jun 13, 2024

Contoh Jawatan Pemasaran Digital untuk Tahap Pemula (Entry Level)

Pemasaran digital kini menjadi salah satu pilihan kerjaya yang popular dan mempunyai permintaan tinggi. Bahkan, bidang ini dijangka akan semakin berkembang setiap tahun dan bakal membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Sekiranya anda mencari peluang pekerjaan peringkat permulaan dalam pemasaran digital, mari teruskan membaca.

Dalam artikel ini, kami akan kongsikan contoh jawatan terbaik dalam bidang pemasaran digital untuk tahap pemula, kemahiran dan kelayakan yang diperlukan, deskripsi kerja dan pelbagai informasi lagi.

1. Pemasar Digital Junior (Junior Digital Marketer)

Pemasar Digital Junior bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan pelbagai strategi pemasaran digital. Serta, terlibat dalam penyelidikan pasaran, pengurusan media sosial, pengoptimuman enjin carian (SEO) dan menganalisis data pemasaran untuk memahami prestasi kempen.

Keperluan:

  • Ijazah dalam bidang Pemasaran, Komunikasi, atau berkaitan.
  • Kemahiran komunikasi yang baik, kreativiti dalam merancang strategi pemasaran, menguasai beberapa instrumen/aplikasi dalam pemasaran digital dan sebagainya.
  • Pemahaman yang kukuh dalam alat dan platform pemasaran digital seperti Google Analytics, Facebook Ads, dan lain-lain.

Gaji Median: RM 2,800 - RM 4,500 sebulan.

2. Penyelaras Pemasaran Digital (Digital Marketing Coordinator)

Penyelaras Pemasaran Digital bertanggungjawab untuk mengurus dan menyelaraskan pelbagai projek pemasaran digital. Ini termasuk pengurusan kandungan, kempen e-mel, kempen media sosial, dan analisis data.

Mereka bekerja dengan pasukan pemasaran untuk memastikan kempen dijalankan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan.

Keperluan:

  • Ijazah dalam Pemasaran, Komunikasi, atau bidang berkaitan.
  • Pengalaman dalam pemasaran digital dan alat pengurusan projek seperti Asana, Trello atau sebagainya.
  • Kemahiran komunikasi dan pengurusan masa yang baik.
  • Pengetahuan tentang strategi pemasaran digital dan analisis data.

Gaji Median: RM 3,000 - RM 5,500 sebulan

3. Pakar SEO Junior (Junior SEO Specialist)

Pakar SEO Junior bertanggungjawab untuk membantu dalam pengoptimuman laman web bagi meningkatkan kedudukannya dalam enjin carian. Tugas mereka termasuk melakukan penyelidikan kata kunci, pengoptimuman kandungan dan melakukan audit SEO untuk meningkatkan penglihatan laman web dalam hasil carian.

Keperluan:

  • Ijazah dalam bidang Pemasaran, Teknologi Maklumat, atau bidang berkaitan.
  • Pengetahuan asas dalam SEO dan alat analitik seperti Google Analytics.
  • Kemahiran analitik yang baik untuk menafsirkan data dan membuat penyesuaian.

Gaji Median: RM 2,500 - RM 4,500 sebulan.

4. Penulis Kandungan (Content Writer)

Penulis Kandungan bertanggungjawab mencipta kandungan yang menarik dan relevan untuk pelbagai platform digital. Contohnya seperti menulis artikel blog, menyediakan teks untuk media sosial, menghasilkan kandungan untuk laman web syarikat dan seumpamanya.

Keperluan:

  • Ijazah dalam bidang penulisan atau berkaitan.
  • Kemahiran menulis yang baik dan kreativiti dalam penyampaian idea.
  • Pengalaman dalam penggunaan alat CMS (Content Management System) seperti WordPress atau Drupal adalah dihargai.
  • Kepakaran dalam penyelidikan kata kunci SEO dan pemahaman yang baik tentang SEO adalah satu kelebihan.

Gaji Median: RM 2,000 - RM 3,800 sebulan.

5. Pakar Kandungan Junior (Junior Content Specialist)

Pakar Kandungan Junior bertanggungjawab untuk menyediakan kandungan berkualiti tinggi untuk pelbagai platform digital seperti laman web, blog, media sosial, dan lain-lain. Mereka terlibat dalam proses penulisan, penyuntingan, dan penyelidikan untuk menghasilkan kandungan yang relevan dan menarik untuk audiens.

Keperluan:

  • Kemahiran menulis yang cemerlang dan kreativiti yang tinggi.
  • Pemahaman tentang prinsip pemasaran kandungan dan SEO.
  • Keupayaan untuk bekerja dalam pasukan dan menguruskan pelbagai projek kandungan dalam masa yang terhad.

Gaji Median: RM 2,500 - RM 4,000 sebulan.

6. Pengurus Media Sosial Junior (Junior Social Media Manager)

Pengurus Media Sosial Junior bertanggungjawab untuk menguruskan dan menyelenggara akaun media sosial syarikat termasuklah menyediakan kandungan yang menarik, menjadualkan siaran, berinteraksi dengan pengikut, menganalisis data prestasi untuk meningkatkan kesan kempen dan seumpamanya.

Keperluan:

  • Pengetahuan yang kukuh tentang pelbagai platform media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter, dan LinkedIn.
  • Kemahiran dalam pembangunan kandungan yang kreatif dan menarik.
  • Keupayaan untuk menganalisis data dan memberikan cadangan penambahbaikan.

Gaji Median: RM 2,500 - RM 4,000 sebulan.

7. Pereka Grafik

Pereka Grafik bertanggungjawab untuk mencipta reka bentuk visual yang menarik untuk pelbagai platform digital, seperti media sosial, laman web, iklan digital dan bahan pemasaran lain. Mereka bekerja rapat dengan pasukan pemasaran untuk memastikan reka bentuk selaras dengan identiti jenama dan mesej kempen.

Keperluan:

  • Ijazah dalam Reka Bentuk Grafik, Seni Halus, atau bidang berkaitan.
  • Kemahiran dalam menggunakan perisian reka bentuk seperti Adobe Photoshop, Illustrator, InDesign dan sebagainya.
  • Mempunyai kreativiti yang tinggi.
  • Teliti dan mampu menyesuaikan reka bentuk visual agar selari dengan keperluan pemasaran.
  • Berupaya untuk bekerja dalam masa yang terhad dengan hasil yang terbaik.

Gaji Median: RM 2,500 - RM 4,500 sebulan.

Cara Mencari Jawatan Peringkat Permulaan dalam Pemasaran Digital

Pemasaran digital kini menjadi salah satu pilihan kerjaya yang popular dan mempunyai permintaan tinggi. Bahkan, bidang ini dijangka akan semakin berkembang setiap tahun dan bakal membuka peluang pekerjaan yang lebih banyak.

Sekiranya anda mencari peluang pekerjaan peringkat permulaan dalam pemasaran digital, mari teruskan membaca.

1. LinkedIn

LinkedIn adalah merupakan sebuah platform profesional yang sangat berguna untuk mencari peluang pekerjaan dalam pemasaran digital.

Pastikan profil anda lengkap dengan pengalaman kerja, kemahiran, pencapaian, dan ringkasan profesional yang menarik untuk memberi gambaran tentang siapa anda dan apa yang anda cari dalam kerjaya pemasaran digital. Hal ini kerana, profil LinkedIn bertindak sebagai resume digital anda.

Anda boleh mencari dan menapis jawatan yang diiklankan berdasarkan lokasi, industri, tahap pengalaman, dan kata kunci tertentu. Ini memudahkan anda mencari jawatan pemasaran digital yang sesuai dengan kelayakan dan minat anda.

LinkedIn juga menawarkan butang "Easy Apply" yang membolehkan anda memohon jawatan dengan satu klik menggunakan profil LinkedIn anda untuk memudahkan proses permohonan. Anda juga boleh melihat siapa yang mengiklankan jawatan tersebut dan menghantar mesej langsung kepada mereka untuk bertanya secara langsung.

2. Epicareer

Epicareer adalah satu lagi platform yang sangat berguna untuk mencari pekerjaan dalam bidang pemasaran digital. Hal ini kerana, platform ini sering mengemas kini senarai pekerjaan semasa untuk memastikan pengguna mempunyai akses kepada peluang pekerjaan terkini.

Selain itu, Epicareer juga membolehkan pengguna menyesuaikan pencarian kerja dengan menetapkan penapis berdasarkan jenis pekerjaan, tahap pengalaman, dan keperluan gaji. Ini membantu pengguna untuk mencari jawatan yang benar-benar sesuai dengan keperluan dan harapan anda.

Dengan menggunakan Epicareer, anda boleh mendapatkan akses kepada pelbagai peluang pekerjaan dalam pemasaran digital (terutamanya untuk entry-level) bagi membantu anda memulakan dan mengembangkan kerjaya dalam bidang ini.

3. Melalui Jaringan (Networking)

Membangun rangkaian profesional adalah cara yang efektif untuk mendapatkan pekerjaan termasuk dalam bidang pemasaran digital.

Berhubung semula dengan rakan-rakan sepengajian anda sebelum ini. Lebih-lebih lagi apabila anda mempunyai latar belakang pendidikan dalam bidang ini. Sudah pasti anda mempunyai rakan-rakan yang turut bekerja dalam industri ini.

Anda juga boleh memanfaatkan media sosial untuk menjalin hubungan dengan individu-individu professional secara dalam talian. Gunakan media sosial untuk berkongsi kandungan yang berkualiti dan pandangan anda mengenai topik-topik pemasaran digital bagi menarik perhatian profesional lain dan membina jenama peribadi anda.

4. Sertai Latihan Industri (Internship)

Menyertai latihan industri juga salah satu cara yang boleh digunakan untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang ini. Banyak syarikat menawarkan program latihan yang boleh membawa kepada peluang pekerjaan tetap.

Latihan industri membolehkan anda mempelajari kemahiran baru dan membina hubungan dalam industri. Sekaligus, anda juga boleh mendapatkan pengalaman praktikal dalam pemasaran digital.


Kesimpulan

Pemasaran digital menawarkan pelbagai peluang pekerjaan bagi mereka yang baru memulakan kerjaya.

Dengan memahami jawatan-jawatan yang tersedia, keperluan yang diperlukan dan strategi untuk mencari kerja, anda boleh memulakan perjalanan kerjaya anda dengan yakin. Manfaatkan semua sumber yang ada dan teruskan belajar untuk kekal relevan dalam industri yang sentiasa berkembang ini.

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Share this article

Related Articles