Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Aspek Penting yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Mencari Kerja

5 min read

Aspek Penting yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Mencari Kerja

Temukan Panduan Terbaik untuk Mencari Pekerjaan yang Sesuai dengan Kepuasan Anda! Dari mengenal latar belakang syarikat hingga mempertimbangkan persekitaran tempat kerja yang positif, baca artikel ini untuk panduan menyeluruh. Jangan lepaskan peluang ini!

Nasra Patahuddin

Updated May 7, 2024

Aspek Penting yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Mencari Kerja

Proses pencarian kerja bukan sahaja melibatkan penghantaran resume dan menghadiri temuduga. Ia juga melibatkan penelitian yang mendalam serta pertimbangan yang matang. Setiap orang memiliki persepsi dan pandangan yang berbeza-beza mengenai kerjaya yang diinginkan.

Dalam usaha mencari pekerjaan yang sesuai, terdapat beberapa aspek penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membuat keputusan.

Nak tahu lebih lanjut? Jom baca perkongsian di bawah.

1. Kenali Latar Belakang Syarikat

Sebelum menghantar permohonan kerja, pastikan anda sudah membuat penelitian menyeluruh mengenai syarikat tersebut. Antara aspek yang anda perlu ketahui ialah:

Visi & Misi Syarikat

Fahami juga visi dan misi syarikat untuk memberikan gambaran mengenai matlamat jangka panjang dan nilai yang diterapkan oleh syarikat.

Nilai & Budaya Syarikat

Kenali nilai dan budaya syarikat yang anda ingin bekerja dan pastikan bahwa nilai-nilai tersebut sejalan dengan nilai peribadi dan profesional anda.

Kewangan Syarikat

Dengan mengetahui status kewangan syarikat walaupun secara umum sahaja, ia dapat memberikan gambaran mengenai kestabilan dan potensi pertumbuhan syarikat.

Prestasi dan Pengiktirafan Syarikat

Cari maklumat tentang prestasi dan pengiktirafan yang telah diterima oleh syarikat untuk mengetahui reputasi syarikat semasa.

Maklum Balas Pekerja

Jangan lupa baca maklum balas (review) bekas dan pekerja semasa syarikat.

Anda boleh buat carian di Google atau mana-mana portal pencarian kerja. Dengan cara ini, anda dapat melihat sudut pandang yang lebih personal dan sudah pasti lebih jujur.

2. Persekitaran Tempat Kerja

Persekitaran kerja yang positif dapat memberi impak penting terhadap kepuasan serta prestasi kerja seseorang. Berikut ialah beberapa perkara yang perlu diberi perhatian apabila anda sedang mencari kerja:

Lokasi Tempat Kerja

Jarak tempat kerja daripada lokasi tempat tinggal dapat mempengaruhi rutin harian anda. Oleh itu, pastikan tempat kerja anda tidak terlalu jauh dan mudah diakses daripada rumah anda.

Keseimbangan Kerja-Kehidupan

Pekerjaan yang terlalu sibuk sehingga mengabaikan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadi perlu pertimbangkan atau sebaiknya, dielakkan. Carilah pekerjaan yang fleksibel untuk memenuhi keperluan anda sebagai manusia yang perlukan rehat dan masa bersama keluarga.

Keseimbangan antara kedua-duanya adalah penting kerana bukan sahaja baik untuk kesihatan anda, tetapi juga penting jika anda ingin mengekalkan hubungan peribadi yang lain. Tanpa disedari, ia juga boleh membantu meningkatkan prestasi kerja anda.

Peluang Perkembangan Diri

Kenal pasti sekiranya pekerjaan tersebut memberi anda peluang untuk mengikuti latihan, kursus kemahiran dan sebagainya bagi membantu meningkatkan prestasi kerja. Persekitaran kerja yang menyediakan anda peluang sebegini baik untuk perkembangan diri anda secara profesional.

Budaya Kerja

Budaya kerja merujuk kepada nilai-nilai dan budaya yang dipraktikkan di dalam sebuah organisasi syarikat. Budaya yang positif, saling bekerjasama dan menghargai pekerja dapat meningkatkan semangat anda untuk bekerja bersungguh-sungguh.

3. Jawatan dan Kelayakan

Jawatan yang ditawarkan dan juga kelayakan yang diinginkan adalah salah satu perkara utama yang anda perlu tahu sebelum memohon apa-apa pekerjaan.

Ini bakal menentukan langkah seterusnya sama ada anda layak/sesuai atau tidak untuk memohon kerja tersebut.

Sekiranya anda menepati kelayakan untuk jawatan yang ditawarkan, pertimbangkan beberapa faktor di bawah:

Tanggungjawab

Sebelum memohon, pastikan anda tahu apa tanggungjawab dan bidang kerja yang ditawarkan. Hal ini amat penting untuk mengetahui sama ada anda boleh melakukannya atau tidak apabila diterima bekerja kelak.

Perkembangan Kerjaya

Fikirkan dalam jangka masa panjang mengenai perkembangan kerjaya yang anda boleh capai sekiranya memohon kerja tersebut. Adakah peluang untuk naik pangkat mudah apabila bekerja di situ?

Perkembangan Diri

Buat evaluasi mengenai peluang untuk diri anda berkembang apabila bekerja dalam bidang tersebut. Peluang ini termasuklah cabaran-cabaran yang boleh membantu anda meningkatkan kualiti diri.

4. Gaji, Imbuhan & Manfaat

Apabila mencari pekerjaan, pastikan anda mempertimbangkan dengan teliti mengenai bab gaji, imbuhan, dan manfaat yang bakal anda terima. Ia merupakan salah satu faktor penting yang bakal menentukan sama ada pekerjaan tersebut berbaloi atau tidak untuk anda mohon.

Gaji

Gaji adalah bayaran asas yang bakal diterima untuk perkhidmatan anda. Sebelum menerima tawaran pekerjaan, pastikan gaji yang ditawarkan mencukupi keperluan hidup anda.

Selidiklah pasaran gaji untuk jawatan yang serupa dan pastikan anda ditawarkan gaji yang setimpal berdasarkan kelayakan dan pengalaman anda.

Imbuhan

Imbuhan pula merupakan ganjaran tambahan yang ditawarkan sekiranya anda menepati syarat atau KPI yang ditetapkan oleh syarikat.

Ia boleh datang dalam pelbagai bentuk seperti bonus tahunan, elaun khusus atau insentif berdasarkan prestasi kerja. Ketahui bagaimana sistem imbuhan tersebut berfungsi dan apa yang anda perlu capai untuk memenuhi syarat imbuhan tersebut.

Manfaat

Setiap syarikat selalunya menyediakan manfaat khusus untuk para pekerjanya. Manfaat ini menyentuh aspek kesejahteraan pekerja seperti insurans kesihatan, insurans hayat, dan manfaat lain seperti cuti sakit, cuti bersalin, atau cuti tahunan.

Pastikan anda memahami dengan jelas manfaat yang ditawarkan dan bagaimana ia memberikan perlindungan serta kesejahteraan tambahan kepada anda.

Skim Persaraan

Skim persaraan adalah aspek jangka panjang yang perlu dipertimbangkan. Salah satu contoh skim persaraan yang disediakan oleh pihak majikan di Malaysia ialah KWSP.

Pastikan anda memohon syarikat yang menyediakan skim persaraan seperti KWSP untuk memberi manfaat kepada anda dalam jangka panjang.


Penutup

Mencari pekerjaan yang sesuai dengan diri anda adalah amat penting untuk memastikan keserasian dan kepuasan dalam kerjaya anda. Oleh itu, buatlah pertimbangan dengan matang dan bijak. Jangan tergopoh-gapah dalam membuat pilihan.

Semoga dengan mempertimbangkan faktor-faktor seperti di atas, anda dapat membuat keputusan yang tepat dan sesuai dengan matlamat kerjaya anda.

Segera kunjungi Epicareer untuk langkah pertama menuju karier yang memuaskan dan berharga.

Pekerjaan Popular di Malaysia:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles