Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Trend Gaji di Malaysia 2023 & Jangkaan untuk 2024

3 min read

Trend Gaji di Malaysia 2023 & Jangkaan untuk 2024

Prognosis untuk 2024 meramalkan kenaikan gaji purata sebanyak 5.1% dengan penumpuan pada kerja dari jauh dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta keperluan kemahiran teknikal dan insaniah yang penting.

Nasra Patahuddin

Updated Apr 30, 2024

Trend Gaji di Malaysia 2023

Pada tahun 2023, kerajaan Malaysia telah meningkatkan kadar gaji minimum kepada RM1,500 bagi Semenanjung Malaysia dan RM1,300 bagi Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan taraf hidup pekerja serta meningkatkan daya beli.

Di samping itu, tahun 2023 juga menyaksikan pelbagai trend dalam pasaran kerja di Malaysia. Ini menunjukkan terdapat perubahan dalam keperluan industri dan permintaan pekerja.

Walaupun kebanyakan sektor menunjukkan peningkatan gaji yang stabil, namun terdapat perbezaan yang ketara dalam pertumbuhan gaji di antara beberapa sektor.

Hal ini disebabkan terdapat syarikat yang mengalami penurunan pendapatan dan keuntungan sekaligus memberi kesan kepada peningkatan gaji pekerja. Ini adalah kesan lanjutan daripada pandemik COVID-19 terhadap ekonomi negara.

Industri teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menunjukkan pertumbuhan yang pesat pada tahun 2023. Ini memberi kesan kepada peningkatan permintaan untuk pekerja dalam bidang ini, yang mungkin menyebabkan peningkatan gaji bagi profesional ICT.

Pada tahun 2023 yang lalu, sektor ini mendapat tempat pertama dalam pasaran kerja Malaysia dengan pertumbuhan gaji median sebanyak 28.0%. Ini sejajar dengan sokongan daripada pihak kerajaan Malaysia untuk transformasi digital.

Sektor Komputer & IT menunjukkan gaji median sebanyak RM 6,000, tertinggi di antara beberapa sektor. Pihak majikan dalam sektor ini perlu menawarkan gaji yang kompetitif untuk mengekalkan keperluan global yang tinggi.

Di sisi lain, sektor Makanan & Minuman serta Hospitaliti menghadapi cabaran dalam menarik dan mengekalkan staf yang ada. Hal ini kerana, gaji median untuk sektor ini menurun walaupun permintaan pekerja semakin meningkat.

Sementara itu, sektor hiburan mengalami penurunan yang ketara dalam gaji median sebanyak 27.1%. Penutupan pawagam dan pengurangan aktiviti hiburan akibat pandemik COVID-19 menyebabkan tekanan yang signifikan pada industri ini.

Bidang Perakaunan & Kewangan turut menghadapi penurunan gaji median sebanyak 16.7%, merosot dari RM 4,500 kepada RM 3,750 dalam tempoh yang sama menjadikannya bidang yang paling berisiko.

Kesimpulannya, pada tahun 2023, kerjaya yang menjadi tumpuan adalah seperti pakar data, jurutera perisian, pakar kecerdasan buatan, pakar keselamatan siber, dan pakar kejuruteraan awan (cloud).

Gaji bagi pekerjaan-pekerjaan ini cenderung meningkat berikutan permintaan yang tinggi daripada industri-industri tertentu seperti teknologi, perbankan, dan perkhidmatan kesihatan.

Jangkaan untuk 2024

Menurut Tinjauan Jumlah Imbuhan Mercer 2023, pekerja Malaysia diunjurkan bakal menikmati purata kenaikan gaji sebanyak 5.1 peratus pada 2024. Ini adalah merupakan berita baik untuk semua pekerja di Malaysia.

Pada tahun 2024, dijangka trend pekerjaan akan di Malaysia akan terus berkembang seiring dengan perubahan dalam landskap perniagaan dan teknologi.

Salah satu trend yang bakal menjadi pilihan ramai adalah kerja dari jauh atau "remote work". Hal ini berikutan pengenalan teknologi maklumat yang membolehkan pekerja bekerja dari mana-mana sahaja.

Tambahan pula, bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dijangka akan terus menjadi tumpuan utama dalam pasaran pekerjaan.

Pekerjaan seperti pakar kecerdasan buatan, jurutera perisian dan pakar data dijangka akan terus mendapat permintaan yang tinggi dengan gaji yang meningkat mengikut keperluan pasaran.

Dari segi kemahiran pula, kemahiran yang akan menjadi tumpuan dalam tahun 2024 ialah kemahiran teknikal seperti pengaturcaraan komputer, analisis data, kejuruteraan perisian dan seumpamanya.

Untuk kemahiran insaniah pula kemahiran berkomunikasi, kepimpinan, adaptabiliti dan penyelesaian masalah yang kreatif menjadi kemahiran yang wajib dikuasai.

Secara keseluruhannya, pasaran pekerjaan di Malaysia dijangka akan terus berkembang dan berubah mengikut keperluan industri dan teknologi.


Bagi individu yang ingin melakukan perubahan kerjaya atau merancang pembangunan kerjaya, adalah penting untuk sentiasa mengikuti perkembangan terkini dan meningkatkan kemahiran yang diperlukan dalam bidang yang berkembang.

Jika anda ingin menyemak gaji ideal anda di Malaysia berdasarkan tajuk pekerjaan anda, anda boleh mencuba Salary Report oleh Epicareer. Cuba secara Percuma hari ini!

Pekerjaan Popular di Malaysia:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Share this article

Related Articles