Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Management Trainee vs Latihan Industri: Apakah Perbezaannya?

4 min read

Management Trainee vs Latihan Industri: Apakah Perbezaannya?

Management Trainee & latihan industri adalah program bagi membantu para graduan untuk merasai pengalaman bekerja dalam industri. Apakah perbezaannya?

Herdina Ika

Updated Jul 9, 2024

Management Trainee vs Latihan Industri: Apakah Perbezaannya?

Dalam dunia pekerjaan, terdapat pelbagai jenis program dan latihan yang ditawarkan oleh syarikat untuk membangunkan kemahiran dan pengetahuan pekerja baru.

Dua jenis program yang sering menjadi pilihan adalah Program Management Trainee dan Latihan Industri.

Secara umumnya, program Management Trainee adalah merupakan program khas yang diwujudkan untuk fresh graduate yang belum mendapatkan pekerjaan bagi membantu mereka menimba pengalaman bekerja dan diberikan gaji seperti pekerja tetap lain.

Manakala, latihan industri pula ialah merupakan program yang wajib diikuti oleh pelajar universiti dan kolej sebagai syarat bergraduasi.

Walaupun kedua-duanya bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan menyediakan pengalaman praktikal, terdapat beberapa perbezaan utama antara kedua-duanya. Mari kita lihat apakah perbezaannya.

1. Definisi dan Matlamat

Program Management Trainee adalah program yang direka khas oleh syarikat untuk melatih graduan baru atau pekerja baru dalam pelbagai aspek pengurusan dan operasi syarikat.

Matlamat utama program ini adalah untuk menyediakan peserta dengan kemahiran kepimpinan dan pengurusan yang diperlukan untuk memegang jawatan pengurusan di masa hadapan. Program ini biasanya berlangsung selama satu hingga dua tahun dan melibatkan putaran kerja di pelbagai jabatan dalam syarikat.

Program ini biasanya berlangsung selama satu hingga dua tahun dan melibatkan putaran kerja di pelbagai jabatan dalam syarikat.

Sebaliknya, Latihan Industri, juga dikenali sebagai praktikal atau internship, adalah program jangka pendek yang ditawarkan oleh syarikat kepada pelajar atau graduan baru untuk mendapatkan pengalaman kerja praktikal dalam bidang pengajian mereka.

Matlamat utama latihan industri adalah untuk memberikan peserta pengalaman sebenar di tempat kerja dan membolehkan mereka mengaplikasikan teori yang dipelajari di universiti. Tempoh latihan industri biasanya berkisar antara tiga hingga enam bulan.

2. Sasaran Peserta

Sasaran peserta untuk Program Management Trainee adalah graduan baru atau pekerja baru yang menunjukkan potensi tinggi untuk menjadi pemimpin masa depan dalam syarikat. Program ini lebih selektif dan biasanya memerlukan peserta untuk melalui proses pemilihan yang ketat, termasuk temuduga dan penilaian kemahiran.

Sebaliknya, sasaran peserta untuk Latihan Industri adalah pelajar universiti atau graduan baru yang ingin mendapatkan pengalaman kerja praktikal. Program ini terbuka kepada lebih ramai peserta dan biasanya tidak memerlukan proses pemilihan yang ketat seperti Program Management Trainee.

3. Kandungan dan Struktur Program

Program Management Trainee biasanya mempunyai struktur yang lebih formal dan terancang. Peserta akan melalui putaran kerja di pelbagai jabatan untuk mendapatkan gambaran keseluruhan operasi syarikat.

Selain itu, peserta juga akan menghadiri latihan dan bengkel khusus yang dirancang untuk membangunkan kemahiran kepimpinan dan pengurusan mereka. Program ini sering melibatkan tugasan projek dan penilaian berkala untuk memantau perkembangan peserta.

Sebaliknya, Latihan Industri mempunyai kandungan yang lebih fleksibel dan bergantung kepada keperluan syarikat dan bidang pengajian peserta. Peserta akan ditempatkan di satu jabatan atau unit tertentu dan akan bekerja di bawah penyeliaan seorang mentor.

Fokus utama adalah untuk memberikan peserta pengalaman praktikal yang relevan dengan bidang mereka. Latihan Industri biasanya tidak melibatkan putaran kerja atau latihan khusus yang intensif seperti Program Management Trainee.

4. Peluang Kerjaya

Peserta yang berjaya menamatkan Program Management Trainee biasanya mempunyai peluang yang lebih tinggi untuk mendapatkan jawatan pengurusan dalam syarikat.

Program ini direka untuk menyediakan peserta dengan laluan kerjaya yang jelas dan perkembangan yang cepat dalam syarikat. Peserta sering ditawarkan jawatan tetap selepas tamat program, dengan kenaikan pangkat yang lebih cepat berbanding pekerja biasa.

Sebaliknya, Latihan Industri memberikan peserta peluang untuk membina rangkaian profesional dan mendapatkan pengalaman kerja yang berharga.

Walaupun latihan ini tidak menjamin pekerjaan tetap, ia meningkatkan kebolehpasaran peserta dan memberikan kelebihan semasa memohon pekerjaan. Sesetengah syarikat juga menawarkan peluang pekerjaan kepada peserta latihan industri yang menunjukkan prestasi cemerlang.

Kesimpulan

Program Management Trainee

  • Untuk graduan baru (fresh graduate) yang belum mendapatkan pekerjaan tetap
  • Bagi memenuhi jawatan & skop pekerjaan tertentu seperti pekerja tetap
  • Tempoh 1-2 tahun (lebih lama)
  • Dapat elaun seperti gaji pekerja tetap
  • Tidak ada penilaian
  • Bukan syarat bergraduasi
  • Boleh memilih apa-apa bidang
  • Menimba pengalam bekerja sebenar
  • Berhak mendapat faedah seperti pekerja sepenuh masa
  • Dijamin jawatan selepas beberapa bulan/tahun selepas tamat program

Latihan Industri (Internship)

  • Untuk pelajar universiti dan kolej
  • Latihan bekerja sambil belajar
  • Tempoh 3-6 bulan (lebih singkat)
  • Ada syarikat yang bagi elaun, ada yang tidak
  • Ada penilaian daripada penyelia/pensyarah
  • Syarat bergraduasi
  • Perlu memilih syarikat yang menawarkan pengambilan untuk bidang tertentu
  • Mempelajari cara bekerja
  • Tidak berhak mendapatkan semua faedah yang diperoleh oleh pekerja sepenuh masa
  • Boleh diserap sebagai pekerja sepenuh masa mengikut budi bicara syarikat


Apa-apa pun, kedua-dua program ini sangat bermanfaat untuk para graduan. Oleh itu, anda sangat disyorkan untuk mengikuti kedua-dua program ini sekiranya berpeluang. Ia juga akan memberikan anda gambaran sebenar dalam dunia pekerjaan, maka dengan itu, ia membolehkan anda membuat keputusan yang terbaik dalam kerjaya anda kelak.

Epicareer sentiasa bersedia untuk membantu bagi merealisasikan impian anda untuk mendapat pekerjaan yang anda inginkan. Hanya muat naik resume anda di portal Epicareer dan anda akan dipadankan dengan pelbagai jawatan kosong yang menarik!

Pekerjaan Terkenal:

Herdina Ika

Digital Marketer

Meet Ika Herdina, a Senior Digital Marketer at Epicareer. With over 5 years of experience, she has the expertise of ads, social media, SEO, and writing creative stuff. Ika helps businesses grow using smart, creative strategies. If you need help with digital marketing, she's the one to talk to!

Topic tags

Share this article

Related Articles