4 min read
10 Tips Menulis Resume Latihan Industri untuk Pelajar
Tingkatkan peluang anda mendapatkan latihan industri idaman dengan menghasilkan resume yang menarik. Dapatkan panduan langkah demi langkah serta contoh-contoh yang berguna dalam artikel ini!
Updated May 16, 2024
Menulis resume untuk memohon latihan industri adalah langkah penting dalam memulakan kerjaya profesional seseorang.
Berikut dikongsikan beberapa tips penting untuk setiap bahagian dalam resume bagi membantu anda menghasilkan resume yang menarik. Sekaligus, meningkatkan peluang untuk mendapatkan tempat latihan industri yang diidamkan.
Berikut merupakan 10 tips untuk menulis resume latihan industri untuk pelajar:
▶ Artikel Berkaitan: Cara & Tips Menulis Resume Bagi Memohon Latihan Industri Untuk Pelajar
1. Heading - Tajuk
Bagian heading adalah bahagian pertama yang akan dibaca oleh pihak bakal majikan. Oleh itu, pastikan anda meletakkan maklumat yang penting dengan jelas. Maklumat penting yang perlu ada ialah nama penuh, nombor telefon, emel dan profil LinkedIn sekiranya ada.
Pastikan nombor telefon dan emel anda aktif untuk dihubungi kelak. Emel haruslah menggunakan emel professional. Sekiranya tidak ada, buat emel yang baru. Contoh emel professional adalah; [email protected] atau [email protected].
Untuk profil LinkedIn pula, pastikan profil anda telah dikemaskini dengan baik. Ini boleh memberikan gambaran tambahan tentang diri serta aktiviti profesional anda.
2. Ringkasan
Pada bahagian ringkasan ini, ia memberikan gambaran keseluruhan tentang siapa anda. Gunakan ruangan ini untuk menonjolkan kelebihan dan minat anda dalam bidang yang berkaitan. Pastikan anda menggunakan ayat yang mudah difahami dan professional.
Ringkaskan kelayakan, minat, matlamat serta sebab mengapa anda berminat untuk mendapatkan pengalaman latihan industri dalam bidang tersebut. Nyatakan juga tempoh latihan industri yang anda bakal jalankan.
3. Pendidikan
Ini adalah salah satu bahagian terpenting untuk resume anda sebagai pelajar yang memohon latihan industri. Sebaiknya letakkannya pada bahagian atas halaman. Ini membolehkan pihak majikan melihat dengan jelas kelayakan akademik anda.
Senaraikan latar belakang pendidikan anda bermula daripada yang terkini. Sertakan CGPA anda dan anugerah akademik yang diterima sekiranya ada. Ini memberikan gambaran tentang prestasi akademik anda kepada pihak majikan. Sekiranya anda belum tamat pengajian, masukkan tahun anggaran tahun tamat pengajian anda.
4. Pengalaman Kerja
Sekiranya mempunyai pengalaman bekerja semasa cuti semester tidak kiralah bekerja separuh masa atau sepenuh masa, senaraikan semuanya.
Ini akan memberi gambaran kepada pihak majikan mengenai kesungguhan anda serta kemahiran dan pengalaman yang anda miliki. Gunakan kata kerja untuk menerangkan bahagian pengalaman kerja anda untuk menonjolkan kemahiran anda dengan lebih jelas.
▶ Artikel Berkaitan: 8 Tips Menulis Resume Graduan Baru Tanpa Pengalaman Kerja
5. Kemahiran
Senaraikan kemahiran yang anda miliki. Bahagikan kepada dua iaitu kemahiran teknikal dan kemahiran insaniah. Anda juga boleh sertakan kemahiran bahasa dan tahapnya.
Fokuskan kepada kemahiran yang boleh dipindahkan. Contohnya, kemahiran berkomunikasi, menguruskan masa, atau bekerja dalam pasukan.
6. Pencapaian
Senaraikan pencapaian yang anda pernah perolehi sepanjang pengajian. Contohnya seperti biasiswa, penyertaan dalam pertandingan dan seumpamanya.
Bahagian ini akan membantu memperkuatkan profil anda sebagai calon pelajar latihan industri yang berpotensi.
7. Aktiviti Kokurikulum/Sukarelawan
Anda boleh nyatakan penglibatan anda dalam dalam organisasi, sukarelawan dan sebagainya. Ini menunjukkan kepada pihak majikan bahawa anda mempunyai pelbagai kemahiran dan pengalaman yang berguna.
8. Rujukan
Anda boleh memilih individu-individu yang anda kenali untuk memberikan rujukan yang positif mengenai kemahiran dan kebolehan anda.
Contohnya seperti pensyarah, penyelia projek, majikan sebelumnya, atau individu lain yang anda bekerja bersama. Nyatakan nama, nombor telefon, alamat e-mel, dan jawatan mereka.
9. Format Resume
Selain daripada kandungan resume, pemilihan format resume juga penting. Beberapa perkara yang perlu diambil kira adalah:
- Hadkan resume anda kepada 1-2 halaman sahaja untuk memastikan hanya maklumat yang paling relevan sahaja dinyatakan. Ini adalah untuk memastikan resume anda mudah dibaca dan tidak terlalu panjang.
- Pastikan ruang antara baris dan margin sesuai agar resume anda kelihatan teratur dan mudah dibaca.
- Gunakan saiz huruf yang sesuai dan jenis huruf yang mudah dibaca. Hindari menggunakan huruf yang terlalu kecil atau tidak jelas. Jenis huruf yang disarankan adalah Times New Roman, Arial, Calibri. Manakala saiznya pula, 12.
10. Semak Semula & Edit
Sebelum menghantar resume, pastikan anda memeriksa tatabahasa, ejaan dan tipografi untuk memastikan resume anda bebas daripada kesalahan.
Lakukan penambahbaikan daripada masa ke semasa. Sekiranya perlu, dapatkan pandangan rakan atau pensyarah anda.
Contoh Resume Latihan Industri
Penutup
Dengan mengamalkan tips-tips yang telah dikongsikan, anda kini lebih bersedia untuk menyusun resume latihan industri yang menarik dan efektif. Ingatlah bahawa resume adalah kunci untuk membuka pintu peluang kerjaya anda, dan setiap perkataan yang anda pilih mempunyai impak yang besar.
Jangan lepaskan peluang untuk menonjolkan pencapaian, kemahiran, dan pengalaman anda dalam cara yang paling profesional dan menarik. Selain itu, sentiasa semak dan kemaskini resume anda mengikut keperluan dan trend terkini dalam industri.
Sekarang, tiba masanya untuk mengambil langkah pertama ke arah kerjaya impian anda. Lawati Epicareer hari ini dan mula temui peluang latihan industri yang sesuai dengan potensi anda! ?
Selamat menulis resume yang hebat dan selamat berjaya dalam perjalanan kerjaya anda! ✨
Pekerjaan Popular di Malaysia:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
6 min read
Apakah Kelebihan Utama Menggunakan ATS Dalam Proses Pengambilan Pekerja?
Automasi ATS memudahkan proses pengambilan pekerja, menjimatkan masa, dan meningkatkan kualiti calon. Ketahui kelebihan utamanya di sini!
Posted Aug 28, 2024
4 min read
10 Ciri Utama Yang Perlu Ada Dalam Sistem Pengurusan Pemohon (ATS)
Ciri penting dalam memilih ATS: sokongan pelanggan, penyesuaian, pencarian calon, dan lebih banyak lagi untuk proses pengambilan yang lebih efisien!
Posted Aug 14, 2024
4 min read
Fakta SebenarAnda Perlu Tahu Tentang ATS - Mitos vs Realiti
Sistem ATS mempermudah proses pengambilan pekerja. Artikel ini mengulas mitos umum tentang ATS dan fungsinya yang sebenar.
Posted Aug 7, 2024
12 min read
Maksud ATS, Kepentingan & Fungsinya
ATS adalah perisian yang menyaring, menyusun, dan mengurus permohonan kerja secara automatik, memudahkan pengambilan pekerja dan meningkatkan kecekapan.
Posted Aug 7, 2024
Share this article