Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Menarik Calon Berkualiti: Strategi dan Ciri-Ciri Iklan Jawatan yang Efektif

6 min read

Menarik Calon Berkualiti: Strategi dan Ciri-Ciri Iklan Jawatan yang Efektif

Iklan jawatan yang berkesan adalah kunci untuk menarik calon terbaik. Ketahui cara membuat iklan menarik dengan maklumat lengkap dan sesuai untuk pelbagai platform!

Nasra Patahuddin

Updated Aug 14, 2024

Menarik Calon Berkualiti: Strategi dan Ciri-Ciri Iklan Jawatan yang Efektif

Mencari bakat terbaik untuk syarikat anda bermula dengan iklan jawatan yang berkesan. Iklan jawatan bukan sekadar memaklumkan tentang kekosongan, tetapi juga memainkan peranan penting dalam menarik perhatian calon yang tepat.

Apa Maksud Iklan Jawatan?

Iklan jawatan merupakan cara yang digunakan oleh majikan untuk menarik calon yang sesuai bagi mengisi kekosongan dalam organisasi mereka.

Iklan ini biasanya merangkumi pelbagai maklumat penting mengenai jawatan yang ditawarkan, termasuk tanggungjawab, syarat kelayakan dan manfaat yang diperoleh oleh pekerja.

Tujuan utama iklan jawatan adalah untuk menarik perhatian calon yang berkelayakan dan berminat dengan peluang pekerjaan yang ditawarkan.

Jenis-Jenis Iklan Jawatan

Terdapat beberapa jenis iklan jawatan yang boleh digunakan bergantung kepada keperluan dan strategi majikan. Antaranya termasuk:

1. Iklan Jawatan Tradisional

Biasanya diterbitkan dalam surat khabar atau majalah industri. Iklan ini cenderung untuk menarik perhatian calon yang lebih konservatif atau mereka yang mencari peluang pekerjaan dalam bidang tertentu.

2. Iklan Jawatan Dalam Talian

Diterbitkan di laman web pekerjaan atau portal pengambilan pekerja seperti EpiCareer dan sebagainya. Jenis iklan ini membolehkan majikan mencapai calon daripada pelbagai latar belakang dan lokasi dengan lebih luas.

3. Iklan Jawatan di Media Sosial

Menggunakan platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan Twitter untuk mempromosikan jawatan kosong. Ini adalah kaedah yang berkesan untuk mencapai calon yang lebih muda dan lebih teknikal.

Kandungan Penting dalam Iklan Jawatan

Iklan jawatan yang baik perlu mengandungi beberapa elemen penting untuk memberikan gambaran yang tepat tentang jawatan tersebut untuk menarik calon yang sesuai dan mengelakkan pembaziran masa kedua-dua pihak.

Antara kandungan penting yang perlu ada dalam sebuah iklan jawatan kosong ialah:

1. Tajuk Jawatan: Nyatakan dengan jelas nama jawatan yang ditawarkan. Pastikan tajuk jawatan menarik dan relevan dengan industri atau bidang kerja.

2. Penerangan Jawatan: Huraikan tanggungjawab dan tugas utama yang perlu dilaksanakan oleh calon. Ini memberikan gambaran yang jelas mengenai apa yang diharapkan dari calon yang dipilih.

3. Syarat Kelayakan: Sertakan kriteria yang diperlukan seperti pendidikan, pengalaman kerja dan kemahiran khusus yang diperlukan untuk jawatan tersebut.

4. Manfaat dan Faedah: Nyatakan dengan jelas apa yang akan diperoleh oleh pekerja seperti gaji, faedah kesihatan, dan peluang pembangunan kerjaya.

5. Cara Memohon: Berikan maklumat tentang cara memohon jawatan tersebut, termasuk alamat e-mel atau laman web untuk menghantar permohonan.

Pengiklanan Jawatan

Pengiklanan jawatan bukan sekadar memaklumkan tentang jawatan kosong. Ia adalah strategi pemasaran untuk menarik calon yang berpotensi bekerja di syarikat anda.

Pengiklanan jawatan boleh dilakukan melalui pelbagai saluran termasuk media cetak, laman web pekerjaan, dan media sosial.

Pengiklanan yang berkesan akan mempromosikan budaya syarikat, peluang pembangunan kerjaya dan kelebihan bekerja di organisasi anda.

Ini akan membantu calon membuat keputusan sama ada mereka sesuai dengan syarikat anda, sekali gus meningkatkan kualiti permohonan yang diterima.

Ciri-Ciri Iklan Jawatan Yang Berkesan

Untuk memastikan iklan jawatan anda mencapai matlamatnya dalam menarik calon yang berkualiti, terdapat beberapa ciri penting yang perlu dipertimbangkan. Berikut adalah ciri-ciri utama yang menjadikan iklan jawatan berkesan:

1. Jelas & Mudah Dibaca

Iklan jawatan haruslah jelas dan mudah dibaca. Gunakan bahasa yang ringkas dan elakkan jargon yang mungkin mengelirukan calon. Strukturkan maklumat dalam bentuk senarai atau perenggan yang kemas untuk memudahkan pembaca memahami tanggungjawab dan syarat-syarat jawatan dengan cepat.

2. Maklumat Lengkap dan Terperinci

Sertakan semua maklumat yang relevan mengenai jawatan yang ditawarkan. Ini termasuk tajuk jawatan, penerangan tugas, syarat kelayakan dan manfaat yang ditawarkan.

Maklumat yang lengkap membantu calon membuat keputusan yang bijak dan mengurangkan kemungkinan mereka memohon jawatan yang tidak sesuai.

3. Bahasa yang Menarik

Gunakan bahasa yang menarik minat calon untuk memohon. Tanya diri anda, “Apa yang boleh memikat calon untuk memohon?”

Sertakan juga elemen yang menonjolkan budaya syarikat, peluang perkembangan kerjaya dan kelebihan lain yang mungkin menarik bagi calon.

4. Penyesuaian dengan Jenama Syarikat

Iklan jawatan haruslah konsisten dengan jenama dan imej syarikat anda. Gaya penulisan dan ton yang digunakan dalam iklan perlu selaras dengan identiti syarikat untuk membina kepercayaan dan kredibiliti. Ini juga membantu calon memahami lebih lanjut tentang nilai dan budaya syarikat.

5. Spesifik dan Relevan

Huraikan tanggungjawab dan syarat kelayakan dengan spesifik. Elakkan kenyataan umum yang boleh mengundang permohonan daripada calon yang tidak sesuai.

Menyediakan maklumat yang relevan membantu menapis calon yang benar-benar memenuhi kriteria yang diperlukan.

6. Seruan Bertindak (Call to Action) yang Jelas

Sertakan arahan yang jelas tentang cara memohon jawatan tersebut. Ini termasuk alamat emel, pautan ke borang permohonan atau nombor telefon yang boleh dihubungi. Seruan bertindak yang jelas memudahkan calon untuk mengambil langkah seterusnya dalam proses permohonan.

7. Kesesuaian dengan Platform

Sesuaikan iklan jawatan anda dengan platform tempat ia diterbitkan. Contohnya, iklan yang disiarkan di media sosial mungkin memerlukan pendekatan yang berbeza berbanding iklan di laman web pekerjaan. Pastikan format dan gaya iklan sesuai dengan platform yang digunakan.

Perbezaan Antara Iklan Jawatan dan Deskripsi Kerja

Walaupun kedua-duanya berkaitan dengan jawatan yang sama, iklan jawatan dan deskripsi kerja mempunyai tujuan yang berbeza.

Iklan jawatan bertujuan untuk menarik calon untuk memohon. Oleh itu, biasanya ia lebih ringkas tetapi menarik. Iklan jawatan akan menekankan aspek-aspek yang paling menarik tentang jawatan dan syarikat.

Sebaliknya, deskripsi kerja adalah dokumen dalaman yang lebih terperinci, menyenaraikan semua tugas dan tanggungjawab jawatan yang diiklankan tersebut.

Laman Web Untuk Iklan Jawatan

Mempromosikan iklan jawatan di laman web yang tepat adalah penting untuk mencapai calon yang berpotensi. Terdapat banyak laman web yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan pekerjaan, contohnya Epicareer.

Epicareer adalah merupakan salah satu platform yang sangat efektif untuk mempromosikan iklan jawatan di Malaysia.

Dengan antaramuka yang user-friendly dan sistem saringan yang canggih, Epicareer membolehkan majikan mendapatkan calon yang sesuai dengan lebih tepat.

Platform ini menawarkan pelbagai ciri seperti analitik iklan, penilaian calon dan integrasi dengan media sosial, menjadikannya pilihan utama untuk pengiklanan jawatan.

Epicareer juga memberi penekanan kepada pengalaman pengguna yang mesra dan mudah digunakan, memastikan iklan jawatan anda mendapat perhatian yang sewajarnya.

Terdapat beberapa lagi laman web yang menawarkan perkhidmatan pengiklanan pekerjaan seperti Indeed, Jobstreet, LinkedIn dan sebagainya.

Setiap platform mempunyai kelebihan tersendiri dan mungkin lebih sesuai untuk industri atau jenis jawatan tertentu. Pemilihan platform yang tepat adalah penting untuk memastikan iklan anda mencapai sasaran calon yang dikehendaki.

Carian Kerja di Google

Google menawarkan ciri carian kerja yang membolehkan majikan memaparkan iklan jawatan secara langsung di hasil carian Google.

Dengan memanfaatkan ciri ini, majikan boleh meningkatkan keterlihatan iklan jawatan mereka kepada calon yang sedang mencari peluang pekerjaan.

Kelebihan utama menggunakannya adalah:

1. Jangkauan Luas: Iklan jawatan anda boleh diakses oleh calon dari seluruh dunia, meningkatkan peluang anda untuk menjumpai bakat yang sesuai.

2. Penyesuaian: Iklan jawatan boleh dioptimumkan untuk keduduakn yang lebih baik dalam hasil carian berdasarkan kata kunci dan lokasi.

3. Kemudahan Akses: Calon boleh melihat dan memohon jawatan terus melalui hasil carian Google, menjadikannya lebih mudah untuk memohon jawatan yang menarik minat mereka.

Kesimpulannya, iklan jawatan yang berkesan adalah kunci untuk menarik bakat yang berkualiti untuk memohon bekerja di syarikat anda.

Dengan memahami elemen-elemen penting iklan jawatan dan mengoptimumkannya untuk digunakan di pelbagai platform, ia boleh meningkatkan peluang untuk mendapatkan calon yang sesuai dan berkualiti untuk jawatan kosong di syarikat anda.


Mulakan Kerjaya Cemerlang di Epicareer.

Bacaan berkaitan menanti perhatian anda:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles