8 min read
Panduan & Tips Menulis Emel Kepada Rekruiter/Majikan (Beserta Contoh)
Cara yang efektif untuk meningkatkan peluang anda mendapatkan pekerjaan impian adalah dengan menghubungi majikan secara terus melalui emel. Artikel ini memberikan panduan mudah dan tips menulis emel kepada perekrut, serta contoh emel untuk rujukan anda. Ketahui juga cara mencari alamat emel perekrut melalui platform pencarian kerja, laman web rasmi syarikat, agensi pekerjaan, LinkedIn, dan karnival kerjaya. Temukan juga panduan waktu yang tepat untuk menghantar emel kepada perekrut untuk memperkenalkan diri, mengesahkan temuduga, atau mencari peluang pekerjaan baru.
Updated May 20, 2024
Salah satu cara untuk menjadikan proses pencarian pekerjaan anda lebih berkesan adalah dengan menghubungi pihak majikan/perekrut sendiri melalui emel.
Ia menunjukkan kesungguhan anda dan dapat meningkatkan peluang untuk anda mendapat pekerjaan yang diidamkan. Ia juga akan membuka peluang anda untuk mengetahui kekosongan jawatan yang tidak dihebahkan kepada umum.
Pada artikel kali ini, kami akan kongsikan panduan mudah & tips menulis emel kepada perekrut bagi mendapatkan peluang pekerjaan yang anda impikan. Turut disertakan beberapa contoh emel untuk rujukan anda.
Di Mana Anda Boleh Mencari Alamat Emel Perekrut?
1. Platform/Portal Pencarian Kerja
Terdapat banyak laman web yang menyediakan iklan jawatan kosong seperti JobStreet, Indeed, Epicareer, dan LinkedIn.
Kebiasaannya, iklan pekerjaan ini turut menyediakan emel perekrut atau pihak majikan yang sedang mencari pekerja. Anda boleh dapatkan alamat emel perekrut atau pihak majikan yang kehendaki. Sebelum itu, anda boleh senaraikan terlebih dahulu syarikat yang anda targetkan.
2. Laman Web Rasmi Syarikat
Kebanyakan syarikat biasanya mempunyai laman web khusus untuk mengiklankan kekosongan di syarikat mereka dan turut disertakan maklumat untuk menghubungi individu yang bertugas.
Anda boleh melayari laman web rasmi syarikat yang anda kehendaki untuk mengetahui individu yang bertugas dan boleh dihubungi melalui emel untuk menghantar permohonan kerja.
3. Agensi Pekerjaan
Agensi pekerjaan juga merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan alamat emel pihak majikan yang berpotensi untuk anda mohon pekerjaan.
Biasanya, agensi sebegini akan menyediakan senarai dan butiran individu yang bertugas mengendalikan kekosongan jawatan tertentu. Anda boleh menghubungi mereka untuk mendapatkan maklumat lanjut atau menyatakan minat anda dalam jawatan tertentu.
4. LinkedIn
LinkedIn adalah sumber yang berharga untuk mencari alamat emel rekruiter atau majikan. Anda boleh berhubung secara terus dengan HR atau rekruiter untuk melihat alamat emel mereka yang biasanya diletakkan di bahagian profil mereka. Atau, anda boleh bertanya secara langsung dengan menghantar mesej kepada mereka.
5. Hadiri Karnival Kerjaya
Hadiri mana-mana karnival kerjaya yang diadakan berhampiran anda. Ini dapat memberikan anda peluang untuk bertemu dengan ramai individu profesional yang mungkin terdiri daripada HR atau majikan. Jangan lupa untuk mendapatkan emel syarikat atau individu yang kehendaki.
Bila Anda Patut Menghantar Emel Kepada Perekrut?
1. Sebelum Memohon
Anda boleh menghantar emel kepada perekrut sebelum memohon pekerjaan untuk memperkenalkan diri anda dan menunjukkan minat anda terhadap syarikat tersebut. Ini bakal memberi nilai tambah kepada anda apabila sudah ‘dikenali’ oleh pihak majikan walaupun hanya melalui emel.
Dalam emel ini, anda boleh menyatakan minat anda terhadap syarikat, menekankan aspek-aspek tertentu yang menarik perhatian anda dan menyatakan alasan mengapa anda sesuai untuk bekerja di syarikat tersebut. Dengan melakukan ini, anda memberikan kesan awal yang positif kepada perekrut yang dapat membantu menonjolkan permohonan anda di kalangan ramai pemohon.
2. Apabila Anda Bersedia untuk Temuduga
Selepas anda memohon pekerjaan dan diberi jemputan untuk temuduga, adalah digalakkan untuk menghantar emel kepada pihak majikan.
Emel ini boleh digunakan untuk mengesahkan jadual temuduga, tarikh, masa, lokasi dan menunjukkan kesediaan anda untuk temuduga tersebut.
Dengan menghantar emel ini, anda menunjukkan kepada pihak majikan bahawa anda menghargai peluang tersebut.
3. Apabila Anda Memerlukan Perubahan
Apabila anda sedang mencari peluang pekerjaan baru atau ingin mencari peluang kerjaya yang lebih baik, menghantar emel kepada mana-mana majikan yang berpotensi boleh menjadi langkah awal yang strategik.
Hantar emel kepada majikan/syarikat yang berpotensi mempunyai kekosongan jawatan yang sesuai dengan profil anda.
Dalam emel ini, anda boleh menyatakan minat anda untuk bekerja dengan syarikat mereka, mengemukakan kelayakan dan pengalaman anda dan meminta maklumat lanjut mengenai peluang pekerjaan yang ada.
Dengan berbuat demikian, anda menunjukkan inisiatif anda untuk mencari peluang baru dan memberikan pihak majikan peluang untuk mempertimbangkan anda untuk jawatan yang sesuai.
▶ Artikel Berkaitan: Apa Itu Job Hopping, Kelebihan & Perkara yang Perlu Dipertimbangkan
Cara Menulis Emel kepada Perekrut untuk Mencari Kerja
1. Pastikan Tajuk Emel Anda Mudah dan Jelas
Pastikan tajuk emel anda jelas dan menerangkan tujuan anda menghantar emel adalah untuk memohon kerja bagi jawatan tertentu.
Contohnya: "Permohonan Pekerjaan: [Jawatan yang Dimohon] - [Nama Anda]".
2. Nyatakan Nama Majikan/Rekruiter
Bagi memberi sentuhan peribadi kepada emel anda, nyatakan nama majikan/rekruiter yang bakal membaca emel anda. Ini menunjukkan bahawa anda seorang yang bersungguh-sungguh dan bersiap sedia.
Contohnya: “Salam Sejahtera Tuan Abu”, “Kepada Puan Siti”
3. Jelaskan Bagaimana Anda Mendapat Maklumat Mengenai Majikan/Syarikat Tersebut
Jelaskan dengan ringkas bagaimana anda mendapatkan maklumat mengenai majikan atau syarikat tersebut. Menghuraikan bagaimana anda menemui mereka menunjukkan kebolehan anda untuk mencari maklumat dengan efektif.
4. Ringkaskan Pengalaman Pekerjaan
Berikan ringkasan yang jelas dan padat mengenai pengalaman kerja anda sekiranya ada. Nyatakan jawatan, tanggungjawab dan pencapaian utama yang berjaya dicapai dalam kerjaya anda sebelum ini. Ini membantu pihak majikan memahami latar belakang dan kebolehan anda dengan lebih baik.
5. Nyatakan Matlamat Kerjaya
Jelaskan matlamat kerjaya dan bagaimana anda melihat diri anda dalam tempoh masa yang akan datang. Anda juga boleh nyatakan bagaimana jawatan yang anda cari ini membantu anda bakal membantu untuk mencapai matlamat tersebut.
Apabila pihak majikan mengetahui matlamat kerjaya anda, mereka akan dapat menilai sejauh mana ia sejajar dengan keperluan dan objektif syarikat.
Ini membantu pihak majikan membuat keputusan yang lebih baik mengenai pemilihan calon, memilih individu yang paling sesuai untuk memenuhi keperluan syarikat dan memberikan sumbangan yang positif kepada pertumbuhan dan kejayaan jangka panjang syarikat.
6. Masukkan Ayat CTA (Call-To-Action)
Tulis ayat tindakan seperti memohon maklum balas, meminta maklumat lanjut tentang jawatan tersebut dan seumpamanya.
Contoh:
“Saya berharap untuk menerima maklum balas dari pihak tuan/puan mengenai status permohonan saya.”
“Adakah terdapat maklumat lanjut yang boleh tuan/puan kongsi berkenaan jawatan ini? Saya amat berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai tanggungjawab dan harapan bagi peranan ini. Terima kasih atas perhatian tuan/puan.”
7. Berikan Maklumat Tambahan/Dokumen yang Diperlukan
Akhir sekali, pastikan anda menyediakan segala maklumat tambahan atau dokumen yang diperlukan atau diminta oleh pihak rekruiter/majikan. Ini termasuk resume terkini, cover letter dan portofolio.
Maklumat-maklumat ini dapat memudahkan pihak rekruiter/majikan untuk menilai kelayakan anda dan membantu mereka membuat keputusan yang lebih baik mengenai pemilihan calon.
Tips Tambahan untuk Menulis Emel kepada Rekruiter/Majikan
1. Pastikan emel anda ringkas dan profesional.
2. Sesuaikan emel anda dengan jawatan yang dipohon untuk menunjukkan anda faham keperluan syarikat.
3. Guna gaya bahasa yang sesuai dan ayat yang menarik perhatian serta memberikan kesan positif kepada majikan.
4. Sertakan data kuantitatif seperti angka penjualan yang meningkat atau projek yang berjaya untuk menunjukkan prestasi anda dengan lebih jelas.
5. Sekiranya majikan memberi maklum balas atau membuat pertanyaan lanjut, pastikan anda memberi respon dengan cepat dan memberikan maklumat yang diperlukan dengan tepat.
6. Buat ‘follow-up’ sekiranya tidak mendapat respon dalam tempoh tertentu.
7. Sebelum menghantar emel, pastikan untuk menyemak semula emel anda bagi mengelakkan kesilapan ejaan atau tatabahasa yang boleh memberi kesan kurang baik kepada emel anda.
▶ Artikel Berkaitan: Jenis-Jenis Penipuan Kerja & Tips Elak Terkena Penipuan
Contoh Emel kepada Rekruiter/Majikan
Contoh 1:
Subjek Emel: Permohonan Jawatan Kosong Jurutera Perisian - Muhammad Ali
Assalamualaikum Encik Rahim,
Nama saya Muhammad Ali, pernah bekerja sebagai Jurutera Perisian di Syarikat ABC selama 3 tahun. Saya telah menemui maklumat tentang jawatan kosong Jurutera Perisian di syarikat anda melalui Twitter dan berminat untuk memohon.
Saya mempunyai pengalaman dalam pembangunan perisian selama tiga tahun dan mahir dalam pelbagai teknologi pengaturcaraan. Saya yakin bahawa saya boleh memberikan sumbangan positif kepada syarikat tuan dan memajukan projek-projek yang sedang dijalankan.
Boleh saya dapatkan maklumat lanjut mengenai jawatan ini dan tatacara untuk memohon?
Semoga pihak tuan dapat memberikan maklum balas dengan segera. Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Muhammad Ali
Contoh 2:
Subjek Emel: Permohonan Temuduga Sebagai Pakar Sains Data - Nurul Huda
Hello Encik Amir,
Baru-baru ini saya melihat iklan jawatan kosong dan panggilan temuduga untuk jawatan Pakar Sains Data di syarikat tuan melalui LinkedIn. Saya sangat tertarik dengan jawatan tersebut ini dan berminat untuk menyertai syarikat anda.
Bolehkah Encik Amir kongsikan lebih lanjut mengenai proses temuduga dan apa yang perlu saya lakukan jika saya berminat untuk memohon untuk membuat persiapan sewajarnya.
Encik Amir boleh hubungi saya melalui emel: [email protected] atau WhatsApp: +60123456789.
Sekian, terima kasih.
Salam hormat,
Nurul Huda
Contoh 3:
Subjek Emel: Mencari Peluang Kerjaya di Syarikat XYZ - Ahmad
Salam Sejahtera Tuan Lee,
Tujuan saya menulis emel ini adalah untuk mengetahui sekiranya terdapat peluang kerjaya sebagai Jurutera Kimia di syarikat tuan.
Saya adalah seorang graduan dengan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia dan telah memperoleh tiga tahun pengalaman yang berharga dalam industri ini.
Pengalaman saya sebelum ini termasuk kerja di syarikat terkemuka seperti Petronas SDN BHD, di mana saya telah berpeluang terlibat dalam pelbagai projek yang mencabar dan memberi saya peluang untuk memperluaskan pengetahuan serta kecekapan dalam bidang ini.
Antara kebolehan yang saya miliki termasuk kecekapan dalam analisis kimia, pemodelan proses dan keupayaan untuk mengurus projek dengan berkesan. Saya juga mempunyai kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Inggeris dan Melayu, serta berinteraksi secara efektif dengan pelbagai pihak di dalam organisasi.
Saya amat berharap dapat menyumbang kepada kemajuan syarikat Tuan dan belajar daripada pakar-pakar industri yang berpengalaman di sini. Saya yakin bahawa kebolehan dan pengalaman saya akan menjadi aset berharga kepada pasukan Tuan.
Saya sangat berharap untuk mendapat maklum balas daripada pihak tuan dan bersedia untuk memberikan maklumat tambahan atau menjawab sebarang pertanyaan.
Sekian, terima kasih.
Yang benar,
Ahmad
Penutup
Menghubungi majikan secara langsung melalui emel adalah langkah proaktif yang dapat meningkatkan peluang anda mendapatkan pekerjaan impian.
Dengan mengikuti panduan dan tips dalam artikel ini, anda dapat menulis emel yang efektif dan profesional untuk menarik perhatian perekrut.
Jangan lupa untuk selalu mencari peluang baru dan memperkenalkan diri anda dengan cara yang terbaik. Untuk memudahkan pencarian kerja anda, kunjungi Epicareer dan temukan pelbagai peluang pekerjaan yang sesuai dengan profil anda.
Pekerjaan Popular di Malaysia:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article