Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Tips Menulis Resume Untuk Kerjaya Pemasaran Digital (Digital Marketing)

5 min read

Tips Menulis Resume Untuk Kerjaya Pemasaran Digital (Digital Marketing)

Resume yang menonjol dapat membuka pintu peluang kerjaya yang lebih besar dalam arena pemasaran digital yang semakin berkembang pesat.

Nasra Patahuddin

Updated Apr 30, 2024

Kerjaya dalam bidang pemasaran digital adalah merupakan salah satu bidang yang mendapat permintaan tinggi pada masa kini. Kebanyakan syarikat akan bergantung pada strategi pemasaran untuk menjangkau pasaran yang lebih luas dalam perniagaan mereka.

Oleh itu, tidak hairanlah bidang ini sangat kompetitif dan diminati ramai. Sebagai pencari kerja, anda harus menghasilkan resume yang benar-benar menarik untuk menonjolkan keunikan dan kelebihan anda. Resume yang menonjol dapat membuka pintu peluang kerjaya yang lebih besar dalam arena pemasaran digital yang semakin berkembang pesat.

Tips & Cara Menulis Resume Untuk Kerjaya Pemasaran Digital

Menulis resume pemasaran digital memerlukan pendekatan strategik untuk menonjolkan kemahiran, pengalaman, dan pencapaian anda dalam bidang tersebut.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah tentang cara menulis resume pemasaran digital yang menarik:

1. Pilih Format yang Sesuai

Ini adalah merupakan langkah pertama yang penting namun sering diabaikan. Dalam menulis resume, pemilihan format yang sesuai adalah faktor yang membantu resume anda menjadi menarik dan mudah difahami.

Pilihlah format resume yang bersih dan profesional. Terdapat tiga jenis format resume yang anda boleh gunakan. Namun, yang paling biasa digunakan dan disarankan adalah format kronologi.

Dengan resume yang berformat kronologi, anda boleh menyenaraikan pengalaman kerja atau pencapaian mengikut urutan kronologi bermula dengan pekerjaan yang paling terkini. Begitu juga dengan kemahiran, anda boleh senaraikan bermula daripada kemahiran yang berkaitan dengan kerjaya pemasaran digital terlebih dahulu.

2. Header yang Menarik & Lengkap dengan Maklumat

Letakkan header di resume anda yang mengandungi nama penuh anda, jawatan profesional sekiranya ada (contohnya, Pakar Pemasaran Digital), nombor telefon, alamat emel, dan URL profil LinkedIn. Ini memudahkan pihak bakal majikan untuk mengenalpasti info penting sekiranya ingin menghubungi anda kelak.

3. Ringkasan Profesional

Hasilkan satu ringkasan sebagai pengenalan diri anda. Pastikan ringkasan tersebut menonjolkan kepakaran anda dalam pemasaran digital serta matlamat kerjaya anda. Sesuaikan bahagian ini dengan deskripsi pekerjaan dan tekankan bagaimana latar belakang anda sejajar dengan keperluan majikan.

4. Kemahiran

Pastikan resume anda mempunyai bahagian yang didedikasikan untuk menonjolkan kemahiran pemasaran digital anda. Senaraikan semua kemahiran yang anda miliki, sama ada kemahiran teknikal atau kemahiran insaniah. Gunakan poin-poin untuk memudahkan pembacaan.

Contoh kemahiran teknikal seorang pemasar digital adalah; SEO, SEM, pengiklanan media sosial, pemasaran e-mel, pemasaran kandungan. Manakala, kemahiran insaniah pula seperti mahir berkomunikasi, kreatif, tepati masa dan sebagainya.

5. Pengalaman Kerja

Senaraikan pengalaman kerja yang relevan, termasuk jawatan, nama syarikat, dan tempoh bekerja. Anda juga boleh tulis ringkasan mengenai tanggungjawab dan pencapaian yang boleh diukur. Gunakan kata kunci yang terdapat dalam iklan kerja. Senaraikan juga sebarang anugerah atau pengiktirafan yang pernah diterima.

6. Pendidikan

Senaraikan latar belakang pendidikan seperti ijazah, diploma, pensijilan, dan kursus yang berkaitan. Sertakan nama institusi, ijazah yang diperolehi, tarikh kelulusan (atau tarikh jangkaan kelulusan), dan sebarang pencapaian akademik.

7. Sijil dan Latihan

Sekiranya anda mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dengan bidang pemasaran digital, sertakan sekali. Contohnya seperti Google Analytics, HubSpot Inbound Marketing, Facebook Blueprint dan sebagainya.

Nyatakan juga sekiranya anda pernah menyertai bengkel, seminar, atau program latihan yang relevan dengan bidang ini.

8. Portfolio/Sampel Kerja

Letakkan pautan portfolio pemasaran digital anda atau lampirkan sampel kerja yang menonjolkan kemahiran anda dalam bidang ini.

9. ATS - Friendly

Sesuaikan resume anda untuk setiap permohonan kerja dengan memasukkan kata kunci daripada deskripsi iklan kerja. Kebanyakan pihak majikan menggunakan sistem ATS (applicant tracking system) untuk melakukan tapisan awal. Oleh itu, pastikan resume anda mesra ATS dengan menggunakan kata kunci yang relevan bagi membolehkan anda berpeluang lulus untuk tapisan awal.

10. Semak Semula & Edit

Sebelum menghantar resume anda, semak semula dengan teliti. Pastikan tidak ada kesalahan tatabahasa dan ejaan. Anda boleh minta rakan atau individu yang bekerja dalam bidang ini untuk memberi maklum balas dan cadangan penambahbaikan.

Templat Resume Pemasaran Digital

Templat 1:

Maklumat Peribadi

Nama Penuh:

Alamat:

Nombor Telefon:

Emel:

URL Profil LinkedIn:

Ringkasan Profesional:

Seorang pemasar digital yang berpengalaman dengan kemahiran dalam merancang dan melaksanakan strategi pemasaran digital. Mempunyai kemahiran dalam bidang pemasaran digital seperti SEO, SEM, media sosial, dan pemasaran e-mel. Seorang yang kreatif, analitik, dan berkepemimpinan. Sangat komited untuk terus belajar dan membantu syarikat mencapai matlamat dalam bidang pemasaran digital dengan cara yang efektif dan efisien.

Kemahiran:

Keupayaan dalam strategi pemasaran digital termasuk SEO, SEM, pengiklanan media sosial dan pemasaran emel.

Kemahiran analisis data untuk menyokong pengambilan keputusan pemasaran.

Kreatif dalam merancang dan melaksanakan kempen pemasaran yang menarik.

Keupayaan untuk berkomunikasi dengan berkesan dan bekerjasama dalam pasukan.

Pendidikan:

Ijazah Sarjana Muda dalam Pemasaran Digital (Nama Institusi), Tahun Kelulusan: [Tahun]

Pengalaman Kerja:

Jawatan: [Nama Jawatan], Syarikat: [Nama Syarikat], Tarikh: [Tarikh]

1. Menjalankan strategi pemasaran digital yang berfokus pada peningkatan trafik laman web dan penjualan.

2. Menganalisis data dan mengoptimumkan kempen pemasaran untuk hasil yang lebih baik.

Sijil dan Latihan:

1. Sijil Google Ads

2. Kursus HubSpot Inbound Marketing

Portfolio:

Sertakan pautan ke portfolio digital anda atau lampirkan sampel kerja yang relevan.

Rujukan:

Nama, jawatan, no telefon, emel

Templat 2:

Templat 2: Pemasaran Digital Resume

Templat 3:

unnamed-1

Templat 3 resume pemasaran digital

Contoh Resume Pemasaran Digital

Contoh 1 - Resume Pemasaran Digital (Senior Level)

unnamed-2

Contoh 1A - Resume Pemasaran Digital (Senior Level)

unnamed-3

Contoh 1B - Resume Pemasaran Digital (Senior Level)

Contoh 2: Resume Pemasaran Digital (Entry Level)

unnamed-4-1

Contoh 2A: Resume Pemasaran Digital (Entry Level)

Contoh 3: Resume Pemasaran Digital (Intern/Fresh-graduates)

unnamed-5

Contoh 3: Resume Pemasaran Digital (Entry Level)


Kesimpulan

Dengan mengikuti tips yang dikongsikan dan menyesuaikannya dengan resume anda, percayalah ia pasti dapat meningkatkan peluang anda untuk mendapatkan temuduga.

Serta, menunjukkan kepada pihak majikan potensi yang anda miliki sebagai calon yang layak untuk diberi peluang dalam industri pemasaran digital.

Jika anda ingin membuat resume digital marketing dengan bantuan GPT, anda boleh cuba Enhance Resume by Epicareer. Anda boleh menyemak skor resume anda dan mengemas kini resume supaya anda mempunyai resume yang lebih menonjol yang dicari oleh perekrut.

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Share this article

Related Articles