3 min read
Apa Yang Perlu Ada Dalam Video Resume Anda?
Sebagai pencari kerja, anda perlu mengetahui apakah maklumat penting yang perlu ada dalam video resume.
Updated Jul 9, 2024
Video resume adalah merupakan resume versi moden yang semakin meluas penggunaannya. Melalui video resume, para majikan boleh membuat beberapa penilaian penting sebelum memanggil calon untuk temuduga, antaranya ialah; kemahiran berkomunikasi, kreativiti, kesungguhan dan sebagainya.
Sebagai pencari kerja, anda perlu mengetahui apakah maklumat penting yang perlu ada dalam video resume anda agar video resume anda dapat menarik perhatian pihak bakal majikan dan memberi anda peluang untuk dipilih ke sesi seterusnya.
Jom teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut.
1. Pengenalan Diri
Dalam bahagian pengenalan, anda boleh bercakap mengenai latar belakang anda. Anda boleh sediakan skrip berdasarkan resume/CV anda. Bahagian pengenalan adalah merupakan bahagian terpenting dalam video.
Hal ini kerana, ia akan menentukan sama ada video resume anda akan ditonton sampai habis atau tidak. Oleh itu, pastikan bahagian pengenalan anda mempunyai daya tarikan.
Sebut nama penuh, latar belakang pendidikan, dan jawatan yang anda sedang cari. Pastikan pengenalan anda jelas dan ringkas.
Untuk bahagian pengenalan, elakkan terlalu panjang. Ingat rumus ini; ringkas, tepat dan padat. Animasi atau permulaan video yang tidak berkaitan adalah tidak digalakkan.
Contoh:
"Hai, saya Ali bin Ahmad. Saya mempunyai ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti Malaya dan saya sedang mencari peluang untuk bekerja sebagai jurutera projek."
2. Kemahiran Utama & Pengalaman Kerja
Selesai bahagian pengenalan, anda boleh tukar latar belakang video anda sekiranya perlu untuk menjadikan video resume anda lebih menarik. Seterusnya, untuk bahagian isi penting ini anda perlu menjadikannya sebagai bahagian yang menjadi fokus utama.
Anda boleh menceritakan mengenai pencapaian dan pengalaman professional anda (sekiranya ada) dan kaitkan dengan jawatan yang anda pohon.
Pilih satu dua pengalaman dan pencapaian yang paling terkini, paling berkaitan atau paling tinggi sahaja untuk dimasukkan ke dalam video resume anda. Tidak perlu ceritakan semuanya satu persatu. Ia akan menyebabkan video anda mengambil masa yang panjang.
Contoh:
- "Saya mempunyai pengalaman selama 5 tahun sebagai jurutera di Syarikat ABC, di mana saya bertanggungjawab untuk penyelenggaraan sistem elektrik dan memastikan kelancaran operasi harian."
Selain itu, anda juga boleh masukkan beberapa perkara lain contohnya seperti kemahiran anda, penglibatan aktiviti kokurikulum, pertukaran pelajar, sukarelawan dan sebagainya. Ini akan menjadi salah satu nilai tambah yang boleh meningkatkan potensi anda dipilih untuk ke sesi seterusnya.
Anda perlu bijak mengolah ayat dan mengaitkan perkara yang anda sebutkan dengan jawatan yang dimohon.
Contoh:
- "Saya mempunyai kemahiran dalam pengurusan projek, di mana saya telah berjaya menguruskan projek pembinaan dengan nilai RM2 juta dalam masa yang ditetapkan dan di bawah bajet yang dirancang."
- "Saya telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang pada tahun 2022 di Syarikat ABC kerana prestasi kerja yang konsisten dan dedikasi saya."
Walaubagaimanapun, jangan risau sekiranya anda tidak mempunyai banyak isi yang boleh diceritakan pada bahagian ini.
Apa yang penting ialah, gaya penceritaan anda haruslah meyakinkan, menarik perhatian dan juga menepati jawatan yang anda mohon.
3. Motivasi dan Objektif Kerjaya
Sebutkan sebab mengapa anda berminat dengan jawatan yang anda mohon dan bagaimana ia selari dengan objektif kerjaya anda.
Motivasi yang anda boleh nyatakan ialah:
"Saya berminat untuk bekerja di Syarikat XYZ kerana saya percaya bahawa nilai dan misi syarikat ini selari dengan matlamat kerjaya saya untuk membangunkan teknologi hijau dan mampan."
4. Panggilan untuk Bertindak (Call to Action)
Dalam bahagian penutup, pastikan anda memasukkan informasi penting untuk pihak bakal majikan mengambil tindakan. Contohnya seperti: Jangan lupa hubungi saya di…, (no telefon/emel). Di samping itu, anda perlu menegaskan sekali lagi mengapa pihak bakal majikan perlu mengupah anda pada bahagian ini.
Anda juga boleh sertakan link media sosial seperti LinkedIn, Facebook dan sebagainya. Akhiri video resume anda dengan sesuatu yang menarik agar diingat oleh pihak bakal majikan. Contohnya;
- “Ada banyak lagi saya nak kongsikan kepada pihak tuan atau puan sekirannya dipanggil untuk sesi temuduga kelak”
- "Saya berharap dapat bertemu dengan anda untuk membincangkan bagaimana saya boleh menyumbang kepada kejayaan syarikat anda. Sila hubungi saya di nombor 012-3456789 atau lihat profil LinkedIn saya untuk maklumat lanjut."
Mulakan pencarian kerja anda bersama Epicareer sekarang. Muat naik resume anda di Epi Career, dan pilih kerja yang anda mahukan. Mudah dan cepat!
Pekerjaan Terkenal di Malaysia:
Digital Marketer
Topic tags
Share this article
Related Articles
6 min read
Apakah Kelebihan Utama Menggunakan ATS Dalam Proses Pengambilan Pekerja?
Automasi ATS memudahkan proses pengambilan pekerja, menjimatkan masa, dan meningkatkan kualiti calon. Ketahui kelebihan utamanya di sini!
Posted Aug 28, 2024
4 min read
10 Ciri Utama Yang Perlu Ada Dalam Sistem Pengurusan Pemohon (ATS)
Ciri penting dalam memilih ATS: sokongan pelanggan, penyesuaian, pencarian calon, dan lebih banyak lagi untuk proses pengambilan yang lebih efisien!
Posted Aug 14, 2024
4 min read
Fakta SebenarAnda Perlu Tahu Tentang ATS - Mitos vs Realiti
Sistem ATS mempermudah proses pengambilan pekerja. Artikel ini mengulas mitos umum tentang ATS dan fungsinya yang sebenar.
Posted Aug 7, 2024
12 min read
Maksud ATS, Kepentingan & Fungsinya
ATS adalah perisian yang menyaring, menyusun, dan mengurus permohonan kerja secara automatik, memudahkan pengambilan pekerja dan meningkatkan kecekapan.
Posted Aug 7, 2024
4 min read
Perbezaan CV Dan Resume Yang Perlu Anda Tahu
Panduan untuk para pencari kerja terutamanya bagi graduan baru mengenai CV, resume dan perbezaan di antara dua dokumen ini
Posted Jul 9, 2024
7 min read
Tips & Cara Menulis Resume Untuk Kerjaya Jurutera Perisian (Software Engineer)
Pelajari cara menulis resume jurutera perisian yang menarik perhatian majikan. Artikel ini memberikan panduan lengkap dengan contoh resume dan tips untuk memastikan resume anda mesra ATS dan menonjolkan pencapaian yang boleh diukur.
Posted Jun 27, 2024
Share this article