4 min read
Perbezaan CV Dan Resume Yang Perlu Anda Tahu
Panduan untuk para pencari kerja terutamanya bagi graduan baru mengenai CV, resume dan perbezaan di antara dua dokumen ini
Updated Jul 9, 2024
Mungkin ramai yang dah tahu apa itu CV sekiranya rajin membaca mengenai isu-isu kerjaya dan pekerjaan.
Tetapi tidak dinafikan juga sebenarnya masih ramai lagi yang keliru dan tidak tahu apa sebenarnya CV dan kegunaannya. Malah ramai juga yang masih tidak tahu perbezaan di antara CV dan resume sehingga tersilap hantar ketika memohon kerja.
Bagi mengetahui lebih lanjut lagi mengenai CV, resume dan perbezaan di antara dua dokumen ini, mari teruskan membaca.
Panduan ini sangat berguna untuk para pencari kerja terutamanya bagi graduan baru yang belum mempunyai pengalaman dalam mencari kerja.
Apa Itu Curriculum Vitae (CV)?
Baiklah, kita mulakan dengan apa yang dimaksudkan dengan CV. CV adalah merupakan singkatan daripada perkataan Latin, Curriculum Vitae yang bermaksud "jalan hidup anda".
Oleh itu, ia adalah adalah merupakan dokumen yang menerangkan ringkasan perjalanan hidup anda dalam dunia kerjaya termasuklah pengalaman dan kemahiran calon secara lebih terperinci.
Biasanya, ia digunakan oleh calon yang sudah mempunyai pengalaman bekerja atau pencapaian dalam kerjaya.
Ia merangkumi dua hingga tiga muka surat, lebih panjang daripada resume. Hal ini kerana, ia mengandungi lebih banyak maklumat, terutamanya yang berkaitan dengan latar belakang akademik dan penyelidikan/pencapaian calon tersebut.
Antara maklumat yang perlu ada di dalam CV anda termasuklah maklumat lengkap mengenai latar belakang akademik, penyelidikan (sekiranya berkaitan), anugerah, penerbitan, dan pencapaian-pencapaian yang anda miliki.
▶ Baca Juga:
Apa Itu Resume?
Menurut Dewan Bahasa dan Pustaka, resume adalah merupakan dokumen yang dibuat dan digunakan oleh seseorang untuk menerangkan latar belakang, kemahiran dan pencapaian mereka.
Resume biasanya digunakan untuk mendapatkan pekerjaan baru.
Berbeza dengan CV, resume biasanya lebih ringkas, pendek dan merangkumi satu atau dua muka surat sahaja. Majikan selalunya akan meminta resume untuk memudahkan proses penapisan dan pemilihan calon pekerja.
Untuk pengetahuan anda, terdapat tiga jenis resume iaitu berbentuk kronologi, fungsional, atau gabungan keduanya. Jenis resume ini adalah bergantung pada kesesuaian kerja yang anda mohon.
Apa yang penting, kandungan resume anda perlulah memberi imej yang baik kepada diri anda dan memberikan maklumat yang cukup untuk penilaian majikan.
▶ Baca Juga:
Perbezaan CV Dan Resume
1. Panjang Dokumen
- CV: Lebih panjang dan terperinci, biasanya antara 2 hingga 10 halaman, bergantung kepada pengalaman dan kelayakan individu.
- Resume: Lebih ringkas dan padat, biasanya satu hingga dua halaman sahaja.
2. Kandungan
- CV: Mengandungi maklumat lengkap mengenai latar belakang akademik, pengalaman kerja, penerbitan, anugerah, dan pencapaian lain.
- Resume: Menumpukan kepada pengalaman kerja dan kemahiran yang relevan dengan pekerjaan yang dipohon.
3. Tujuan
- CV: Digunakan untuk memohon jawatan akademik, penyelidikan, atau jawatan dalam bidang perubatan.
- Resume: Digunakan untuk memohon jawatan dalam sektor korporat dan industri.
4. Struktur
- CV: Lebih statik, iaitu susunannya biasanya tetap.
- Resume: Lebih fleksibel dan boleh disesuaikan mengikut jawatan yang dipohon.
Contoh CV dalam Bahasa Malaysia
Maklumat Peribadi
Nama: Ahmad Bin Ali
Alamat: No. 123, Jalan Merdeka, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 012-3456789
Emel: [email protected]
Pendidikan
Universiti Malaya
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
2015 - 2019
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desa
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
2010 - 2014
Pengalaman Kerja
Syarikat ABC Sdn Bhd
Pengurus Projek IT
Jun 2020 - Kini
- Merancang dan mengurus projek IT
- Mengawasi pasukan pembangunan perisian
- Berkomunikasi dengan pelanggan untuk memahami keperluan mereka
Syarikat XYZ Sdn Bhd
Jurutera Perisian
Julai 2019 - Mei 2020
- Membina dan menguji aplikasi web
- Menyediakan dokumentasi teknikal
- Bekerjasama dengan pasukan reka bentuk dan pemasaran
Penerbitan
"Analisis Prestasi Sistem Pengurusan Data," Jurnal Teknologi Maklumat, 2020.
Kemahiran
- Pengaturcaraan: Python, Java, C++
- Pengurusan Projek: Agile, Scrum
- Alat: JIRA, Trello, Git
Anugerah
Anugerah Pelajar Cemerlang, Universiti Malaya, 2019.
Contoh Resume dalam Bahasa Malaysia
Nama: Ahmad Bin Ali
Alamat: No. 123, Jalan Merdeka, 50450 Kuala Lumpur
Nombor Telefon: 012-3456789
Emel: [email protected]
Tentang Saya
Untuk mendapatkan jawatan sebagai Pengurus Projek IT di mana saya boleh mengaplikasikan kemahiran pengurusan projek dan pengalaman pembangunan perisian saya untuk menyumbang kepada kejayaan syarikat.
Pendidikan
Universiti Malaya
Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer
2015 - 2019
Pengalaman Kerja
Syarikat ABC Sdn Bhd
Pengurus Projek IT
Jun 2020 - Kini
- Merancang dan mengurus projek IT
- Mengawasi pasukan pembangunan perisian
- Berkomunikasi dengan pelanggan untuk memahami keperluan mereka
Syarikat XYZ Sdn Bhd
Jurutera Perisian
Julai 2019 - Mei 2020
- Membina dan menguji aplikasi web
- Menyediakan dokumentasi teknikal
- Bekerjasama dengan pasukan reka bentuk dan pemasaran
Kemahiran
- Pengaturcaraan: Python, Java, C++
- Pengurusan Projek: Agile, Scrum
- Alat: JIRA, Trello, Git
Walau bagaimanapun, di Malaysia, sebenarnya pihak majikan biasanya akan meminta resume atau CV. Jadi anda tidak perlu risau kerana kedua-duanya boleh digunakan.
Susah cari kerja?
Jangan risau, anda hanya perlu memuat naik resume anda di portal rasmi Epicareer dan anda akan dipadankan dengan jawatan kosong yang sesuai dengan kelayakan anda. Mudah dan cepat!
Pekerjaan Terkenal:
Digital Marketer
Topic tags
Share this article
Related Articles
6 min read
Apakah Kelebihan Utama Menggunakan ATS Dalam Proses Pengambilan Pekerja?
Automasi ATS memudahkan proses pengambilan pekerja, menjimatkan masa, dan meningkatkan kualiti calon. Ketahui kelebihan utamanya di sini!
Posted Aug 28, 2024
4 min read
10 Ciri Utama Yang Perlu Ada Dalam Sistem Pengurusan Pemohon (ATS)
Ciri penting dalam memilih ATS: sokongan pelanggan, penyesuaian, pencarian calon, dan lebih banyak lagi untuk proses pengambilan yang lebih efisien!
Posted Aug 14, 2024
4 min read
Fakta SebenarAnda Perlu Tahu Tentang ATS - Mitos vs Realiti
Sistem ATS mempermudah proses pengambilan pekerja. Artikel ini mengulas mitos umum tentang ATS dan fungsinya yang sebenar.
Posted Aug 7, 2024
12 min read
Maksud ATS, Kepentingan & Fungsinya
ATS adalah perisian yang menyaring, menyusun, dan mengurus permohonan kerja secara automatik, memudahkan pengambilan pekerja dan meningkatkan kecekapan.
Posted Aug 7, 2024
3 min read
Apa Yang Perlu Ada Dalam Video Resume Anda?
Sebagai pencari kerja, anda perlu mengetahui apakah maklumat penting yang perlu ada dalam video resume.
Posted Jul 9, 2024
7 min read
Tips & Cara Menulis Resume Untuk Kerjaya Jurutera Perisian (Software Engineer)
Pelajari cara menulis resume jurutera perisian yang menarik perhatian majikan. Artikel ini memberikan panduan lengkap dengan contoh resume dan tips untuk memastikan resume anda mesra ATS dan menonjolkan pencapaian yang boleh diukur.
Posted Jun 27, 2024
Share this article