Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide 10 Contoh Kerja Secara Dalam Talian Di Malaysia

4 min read

10 Contoh Kerja Secara Dalam Talian Di Malaysia

Industri freelancing di Malaysia kian berkembang dengan peluang kerja fleksibel dalam pelbagai bidang secara dalam talian. Artikel ini meneroka kelebihan bekerja secara dalam talian, seperti fleksibiliti waktu dan tempat, peluang global, dan penjimatan kos. Juga, ia menyenaraikan contoh pekerjaan dalam talian seperti pereka web, penulis, dan pengurus media sosial. Baca untuk mengetahui bagaimana memanfaatkan peluang dalam industri freelancing.

Nasra Patahuddin

Updated May 22, 2024

10 Contoh Kerja Secara Dalam Talian Di Malaysia

Industri bekerja bebas (freelancing) di Malaysia semakin hari semakin berkembang seiring dengan dunia digitalisasi masa kini.

Ini memberikan peluang yang sangat baik bagi individu berbakat menjana pendapatan menggunakan kemahiran mereka. Menariknya, industri ini menyediakan peluang kerja yang fleksibel secara dalam talian dalam pelbagai bidang.

Berikut dikongsikan beberapa kelebihan bekerja secara dalam talian.

Kelebihan Bekerja Secara Dalam Talian (Remote)

1. Fleksibiliti Waktu Bekerja

Bekerja secara dalam talian memberikan fleksibiliti untuk menyusun waktu bekerja.

Anda dapat menyesuaikan waktu kerja mengikut keperluan peribadi. Ini dapat membantu anda untuk mencapai keseimbangan di antara kehidupan peribadi dan profesional.

2. Fleksibiliti Tempat Bekerja

Selain itu, fleksibiliti dari segi tempat bekerja juga antara kelebihan utama bekerja secara dalam talian. Ia membolehkan anda bekerja di mana-mana sahaja.

Nak kerja di rumah, kafe, perpustakaan, dan sebagainya, semuanya boleh. Pemilihan persekitaran tempat kerja yang sesuai dan selesa dapat membantu meningkatkan produktiviti.

3. Tidak Perlu Menghabiskan Masa Dalam Perjalanan

Apabila boleh bekerja di mana-mana sahaja, anda tidak perlu lagi menghabiskan masa di jalan raya untuk pergi ke pejabat/tempat kerja.

Anda boleh menggunakan masa tersebut untuk aktiviti yang lebih bermanfaat atau untuk meningkatkan produktiviti.

4. Berpeluang Bekerja Dengan Syarikat Dari Seluruh Dunia

Apabila bekerja secara dalam talian, anda tidak terikat dengan jarak.

Anda berpeluang untuk mendapatkan pekerjaan dari seluruh dunia tanpa perlu berpindah tempat tinggal. Ini membuka peluang lebih banyak untuk perkembangan kerjaya dan profesional anda.

5. Jimat Kos

Bekerja secara dalam talian sedikit sebanyak membantu menjimatkan beberapa kos, seperti kos pengangkutan, makan tengah hari di luar, pakaian kerja dan sebagainya.

6. Keseimbangan Antara Kehidupan Dan Pekerjaan Lebih Baik

Dengan bekerja secara dalam talian, anda dapat mewujudkan keseimbangan antara pekerjaan dan kehidupan peribadI.

Dengan fleksibiliti waktu bekerja, anda dapat menyusun jadual anda untuk dihabiskan bersama keluarga dan melakukan hobi tanpa mengganggu produktiviti bekerja.

10 Contoh Kerja Secara Dalam Talian (Remote) Di Malaysia

Mari jelajahi 10 contoh pekerjaan secara dalam talian yang memungkinkan Anda untuk bekerja dari mana-mana di Malaysia.

Dari pakar kandungan digital hingga jurugambar freelance, terdapat banyak pilihan kerja yang sesuai dengan gaya hidup anda.

Purata Gaji: RM5K-RM10K+ (bergantung kepada tahap pengalaman, kemahiran, dan kompleksiti projek)

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Pereka dan pembangun laman web mempunyai tanggungjawab untuk mencipta, membina, dan menyelenggara laman web.
  • Mereka perlu mempunyai pemahaman yang kukuh tentang teknologi termasuk HTML, CSS, dan JavaScript.
  • Biasanya, pihak syarikat akan mengupah mereka untuk mencipta laman web yang menarik dan mesra pengguna.

Purata Gaji: RM2.5K-RM7K+ (bergantung kepada tahap pengalaman, kemahiran, dan kompleksiti projek)

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Pereka grafik bertanggungjawab dalam mencipta elemen visual seperti logo, banner, ilustrasi DA sebagainya.
  • Seorang pereka grafik mestilah kreatif dan inovatif dalam menghasilkan rekaan visual yang menarik dan mencerminkan kehendak pelanggan.
  • Pihak syarikat biasanya mengupah pereka grafik bebas untuk mencipta bahan promosi, banner, dan logo.

Purata Gaji: RM.5K-RM5K+

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Pengurus media sosial bertanggungjawab dalam mengurus akaun media sosial syarikat.
  • Mereka perlu mempunyai pemahaman yang baik tentang pelbagai platform media sosial dan boleh mencipta kandungan yang menarik minat para pengikut.
  • Biasanya, pihak syarikat mengupah pengurus media sosial bebas untuk menguruskan akaun media sosial syarikat, menyusun kalendar kandungan, dan meningkatkan kesedaran jenama di pelbagai platform media sosial.

Purata Gaji: RM1.5K-RM5K+

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Penulis konten bertanggungjawab dalam mencipta kandungan yang berkualiti untuk pelbagai platform dalam talian.
  • Mereka perlu memiliki penguasaan yang baik dalam bahasa Inggeris atau bahasa tempatan serta boleh melakukan penyelidikan dan menulis tentang pelbagai topik.
  • Pihak syarikat sering mengupah penulis konten bebas untuk mencipta kandungan yang menarik dan berguna untuk laman web mereka.

Purata Gaji: RM2K-RM5K+

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Penolong maya menyediakan khidmat sokongan dalam tugas-tugas pentadbiran dan perniagaan kepada syarikat/individu.
  • Selalunya, syarikat-syarikat akan mengupah pembantu maya untuk membantu dalam tugasan seperti menjadual temujanji, mengurus emel, menangani pertanyaan pelanggan dan sebagainya.

Purata Gaji: RM3.5K-RM7K+

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab untuk mencipta elemen visual seperti layout, warna, dan grafik untuk interface aplikasi atau laman web.
  • Mereka memastikan bahawa interface aplikasi/laman web estetik dan mudah difahami oleh pengguna.
  • Selain itu, memfokuskan kepada penyelidikan, analisis, dan pengelolaan keterlibatan pengguna dengan aplikasi atau laman web. Mereka merancang aliran kerja (workflow), struktur maklumat, dan interaksi antara pengguna dan produk digital.

Purata Gaji: RM2K-RM5K+

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Penterjemah bertanggungjawab dalam menterjemahkan dokumen dan bahan lain dari satu bahasa ke bahasa lain.
  • Mereka perlu memiliki penguasaan yang baik dalam beberapa bahasa dan boleh menterjemahkan dokumen dengan tepat.

Purata Gaji: RM1.5K-RM3.5K+

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab untuk memasukkan data secara tepat dan berkesan ke dalam pangkalan data atau sistem yang sesuai.
  • Pihak syarikat mengupah data entry personnel untuk membuat kerja-kerja memasukkan data pelanggan, data jualan, dan jenis data lain ke dalam pangkalan data mereka.

Purata Gaji: RM3.5K-RM5.5K+

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab untuk merancang, membangun, dan menyelenggara aplikasi yang berfungsi pada peranti mudah alih seperti telefon pintar dan tablet.
  • Pembangun aplikasi mudah alih perlu memiliki pemahaman yang mendalam tentang pembangunan perisian, struktur aplikasi, dan interaksi antara pelbagai komponen.

Purata Gaji: RM50-RM100+ sejam

Peranan dan Tanggungjawab:

  • Bertanggungjawab untuk memberikan bimbingan dan pembelajaran kepada pelajar secara perseorangan atau kumpulan kecil.

Kesimpulan

Dengan peluang yang terbuka luas dalam industri freelancing secara dalam talian di Malaysia, adalah penting untuk mengambil langkah ke arah kebebasan kerja dan keselamatan kewangan.

Kelebihan seperti fleksibiliti waktu dan tempat, peluang global, dan penjimatan kos membuatnya menjadi pilihan yang menarik bagi ramai individu.

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengeksplorasi lebih lanjut atau mencari pekerjaan dalam talian yang sesuai, jangan lepaskan peluang untuk melawat Epicareer.

Dengan pelbagai peluang kerja dalam talian yang ditawarkan, Epicareer adalah destinasi terbaik untuk memulakan atau memperluaskan kerjaya freelancing anda.

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles