Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide 8 Tips Untuk Proses Pencarian Kerja yang Berkesan

4 min read

8 Tips Untuk Proses Pencarian Kerja yang Berkesan

Ingin mencari pekerjaan dengan lebih efektif? Artikel ini membawakan 8 tips utama dari Epicareer untuk meningkatkan peluang anda. Dari menetapkan sasaran yang jelas hingga memanfaatkan platform dalam talian dan memperluas jaringan profesional, temukan strategi untuk memaksimalkan usaha pencarian kerja anda. Baca sekarang dan ketahui bagaimana perancangan dan langkah strategik dapat membawa anda lebih dekat kepada pekerjaan impian!

Nasra Patahuddin

Updated May 21, 2024

Walaupun dunia pasaran pekerjaan semakin meluas dengan wujudnya pelbagai bidang baru, namun tidak dinafikan persaingan juga menjadi semakin sengit. Ini menjadikan proses pencarian kerja memerlukan lebih daripada sekadar menghantar permohonan.

Pencari kerja harus bertindak lebih proaktif memanfaatkan pelbagai jenis platform serta teknologi masa kini bagi mendapatkan kerja yang sejajar dengan nilai, kemahiran serta kelayakan dimiliki.

Dalam artikel kali ini, Epicareer akan kongsikan 8 tips utama untuk menjadikan proses pencarian kerja anda efektif. Jom baca!

1. Tetapkan Target/Matlamat

Untuk menjadikan proses pencarian kerja anda berjalan dengan lancar, anda harus menetapkan sasaran yang jelas. Semakin terperinci sasaran yang ditetapkan, semakin jelas dan mudah proses pencarian kerja anda.

Tentukan jenis pekerjaan, industri, dan syarikat yang anda minati dan ingin ceburi. Sekiranya anda mempunyai beberapa pilihan syarikat idaman, anda boleh buat satu senarai untuk memudahkan anda menghantar permohonan.

Selain itu, anda juga boleh menetapkan target berapa banyak permohonan yang anda ingin hantar setiap hari, bila anda hendak mula menghantar resume, dan seumpamanya. Dengan cara ini, pencarian kerja anda menjadi lebih terancang dan strategik.

2. Luaskan Pencarian Anda

Untuk meningkatkan peluang anda mendapat kerja, luaskan skop pencarian anda. Jangan hanya bergantung pada satu cara sahaja.

Buat carian di pelbagai jenis platform pencarian kerja, media sosial ataupun melalui orang terdekat. Anda juga boleh gunakan perkhidmatan agensi pekerjaan dan melibatkan diri dengan komuniti profesional.

Di samping itu, anda boleh mencari secara aktif dengan bertanya terus ke syarikat-syarikat yang menawarkan jawatan kosong di kawasan berhampiran anda. Ini membuka peluang lebih luas untuk mendapat kerja dengan lebih cepat.

3. Pelajari Pelbagai Kemahiran Semasa Menunggu

Sambil menunggu tawaran pekerjaan, manfaatkan masa ini untuk meningkatkan kemahiran anda.Ikuti kursus atau latihan yang relevan dengan bidang kerja yang anda ingin ceburi. Anda boleh dapatkan sijil-sijil yang boleh digunapakai untuk memohon pekerjaan yang berkaitan.

Ini tidak hanya menambah nilai kepada diri anda, tetapi juga menunjukkan kepada majikan potensi tentang semangat anda untuk mendalami sesuatu perkara. Ia juga membuka peluang pekerjaan lebih luas kepada anda terutamanya apabila anda mempunyai kelayakan serta kemahiran dalam pelbagai bidang.

4. Buat Resume yang Khusus

Setiap permohonan dan resume yang anda hantar perlu disesuaikan dengan keperluan jawatan. Hasilkan resume, surat permohonan, dan portfolio yang terkini untuk setiap jenis pekerjaan. Tonjolkan pengalaman dan kemahiran yang paling relevan dengan pekerjaan yang diingini.

Sebelum menghantar apa-apa permohonan kerja pastikan anda membaca dengan teliti deskripsi iklan jawatan yang ditawarkan. Dengan itu, anda boleh mengenalpasti keperluan jawatan tersebut untuk dipadankan dengan resume anda.

Jangan guna satu resume untuk semua jenis permohonan kerja. Personalisasi memberikan impak positif terhadap permohonan anda dan mudah untuk menarik perhatian majikan.

5. Manfaatkan Platform Dalam Talian & Media Sosial

Jangan ragu-ragu untuk memanfaatkan platform dalam talian dan media sosial anda dalam mencari kerja. Ramai majikan yang menggunakan cara ini untuk mencari pekerja. Sebaiknya berhubunglah dengan rekruiter atau individu-individu yang bekerjaya di media sosial anda.

Tambahan lagi, pastikan anda mempunyai akaun LinkedIn yang sentiasa dikemas kini dengan maklumat terkini dan sesuaikan dengan pencarian kerja anda.

LinkedIn adalah salah satu platform pencarian kerja yang terkenal dan sangat membantu dalam mencari peluang pekerjaan. Jangan malu untuk mempromosikan diri anda di platform ini kerana komuniti profesional di sini akan membantu anda membina jaringan dan mendapatkan maklumat kerjaya yang berguna.

Bukan itu sahaja, banyak syarikat menggunakan LinkedIn untuk mengiklankan peluang pekerjaan mereka. Jadi, manfaatkanlah peluang tersebut.

6. Buat Rekod Permohonan Kerja & Sentiasa ‘Follow-up’

Pastikan anda membuat rekod tentang pekerjaan yang anda telah mohon. Buat satu senarai yang merangkumi nama syarikat, jawatan dipohon, tarikh menghantar permohonan serta status setiap permohonan.

Ini membantu anda untuk mengikuti perkembangan setiap permohonan dan menjadikan proses pencarian kerja lebih teratur dan terkawal.

7. Bina Rangkaian Professional

Bina dan luaskan rangkaian profesional anda. Kekalkan hubungan baik dengan rakan-rakan satu universiti, pensyarah, rakan lama dan sebagainya. Sekiranya ada peluang pekerjaan, minta mereka untuk memberitahu anda.

Rajinkan juga diri anda untuk menghadiri majlis atau acara sosial yang membolehkan anda mengenali ramai individu baru. Rangkaian yang luas boleh membawa kepada peluang kerja yang tidak dijangka.

8. Mohon Melalui Epicareer

Satu lagi tips untuk membantu pencarian kerja anda berkesan ialah dengan memohon melalui Epicareer.

Epicareer adalah sebuah platform yang boleh membantu pencari kerja untuk menemui peluang kerjaya yang sesuai dengan kemahiran, minat serta kelayakan yang dimiliki. Ia juga menyediakan akses kepada bermacam jenis pekerjaan daripada pelbagai industri.

Epicareer menggunakan sistem algoritma untuk memadankan profil anda dengan peluang pekerjaan yang sesuai. Ini memastikan anda hanya menerima maklumat yang benar-benar relevan.

Jadi, tunggu apa lagi, jom muat naik resume anda di Epicareer sekarang!


Penutup

Dengan mengaplikasikan tips-tip di atas, proses pencarian kerja anda pasti akan menjadi lebih teratur dan membuahkan hasil. Ingatlah, setiap langkah yang diambil hari ini akan membawa anda lebih dekat kepada pintu kejayaan dalam kerjaya anda.

Selamat mencuba!

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles