4 min read
Kerjaya yang Tinggi Permintaan Dengan Gaji Lumayan Di Malaysia
Ketahui kerjaya berpotensi tinggi dan bergaji lumayan di Malaysia untuk merancang strategi pencarian kerja atau merancang masa depan yang lebih baik. Maklumat ini penting untuk pencari kerja dan pelajar bagi memilih bidang pengajian yang menawarkan peluang pekerjaan selepas graduasi.
Updated Jun 27, 2024
Sebagai pencari kerja, mengetahui kerjaya yang mempunyai permintaan tinggi dengan gaji yang banyak di Malaysia adalah penting dalam merangka strategi pencarian kerja.
Manakala, untuk para pelajar pula, pengetahuan ini dapat membantu mereka merancang kerjaya masa depan dengan lebih baik. Mereka boleh membuat pilihan bidang pengajian yang mempunyai peluang yang tinggi untuk bekerja dalam bidang tersebut selepas graduasi kelak.
Dalam pasaran kerja yang kompetitif di Malaysia, terdapat beberapa kerjaya yang sangat diperlukan dan menawarkan gaji tinggi. Memahami kerjaya-kerjaya ini dapat membantu pencari kerja dan pelajar membuat keputusan yang bijak dalam memilih bidang pengajian dan merancang kerjaya masa depan.
Berikut adalah senarai beberapa kerjaya yang mempunyai permintaan tinggi serta gaji lumayan di Malaysia:
1. Saintis Data (Data Scientist)
Purata Gaji: RM7,000 hingga RM20,000 sebulan
Tugas: Menganalisis set data kompleks untuk membuat keputusan berimpak tinggi, pembangunan model prediktif, dan merangka wawasan kepada organisasi berdasarkan analisis data.
Dengan teknologi digital yang semakin moden, saintis data memainkan peranan penting dalam pelbagai industri seperti kewangan, penjagaan kesihatan, dan e-dagang. Maybank, AirAsia, dan Petronas adalah beberapa contoh syarikat yang sering mencari saintis data.
Keperluan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang kuantitatif (Sains Komputer, Kejuruteraan, Statistik, Matematik, atau disiplin berkaitan).
- Mahir dalam bahasa pengaturcaraan seperti Python, R, dan SQL. Selain itu, anda juga perlu mahir menggunakan perisian analisis data seperti Excel, Tableau, dan SPSS.
- Mempunyai kemahiran analitikal, penyelesaian masalah, dan komunikasi yang baik, serta rasa ingin tahu dan minat terhadap data.
2. Pakar AI (Artificial Intelligence Specialist)
Purata Gaji: RM 8,000 hingga RM 20,000 sebulan
Tugas: Terlibat dalam merancang dan mengembangkan model-model AI, menguji dan mengesahkan sistem AI, mengoptimumkan sistem dan aplikasi berdasarkan teknologi kecerdasan buatan, seperti pembelajaran mesin.
Mereka juga akan bekerja dengan profesional AI lain seperti jurutera pembelajaran mesin, saintis data, dan jurutera perisian, serta pakar bidang lain. Bergantung kepada industri dan organisasi, Pakar AI mungkin bekerja di dalam makmal atau pejabat. Serta, mempunyai waktu bekerja yang tetap atau berdasarkan projek.
Keperluan:
- Ijazah Sarjana Muda atau lebih tinggi dalam bidang sains komputer, kecerdasan buatan, atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengetahuan mendalam tentang teknik pembelajaran mesin, keupayaan dalam bahasa pengaturcaraan seperti Python, Java, atau C++.
- Mempunyai kemahiran analitikal yang tinggi, dan keinginan untuk terus belajar dan berinovasi dalam bidang kecerdasan buatan. Pensijilan atau kursus dalam kecerdasan buatan atau pembelajaran mesin.
3. Penganalisis Keselamatan Siber (Cybersecurity Analyst)
Purata Gaji: RM 7,500 hingga RM15,000 sebulan
Tugas: Bertanggungjawab untuk menganalisis, mengesan, dan merespon kepada ancaman keselamatan siber terhadap sistem komputer dan rangkaian.
Keperluan:
- Ijazah dalam sains komputer, teknologi maklumat, atau bidang berkaitan biasanya diperlukan.
- Mempunyai sijil seperti Certified Information Systems Security Professional (CISSP) atau Certified Information Security Manager (CISM).
- Kemahiran menyelesaikan masalah dengan cekap, memberi perhatian terperinci, bekerja dalam pasukan, dan memahami metodologi yang sering digunakan hacker.
4. Pakar Pemasaran Digital (Digital Marketing Specialist)
Purata Gaji: RM 5,000 sehingga RM 15,000 sebulan
Tugas: Bertanggung jawab untuk merancang, melaksanakan, dan menguruskan strategi pemasaran digital bagi organisasi atau jenama.
Keperluan:
- Ijazah dalam pemasaran perniagaan, atau multimedia atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam strategi pemasaran digital, kemahiran analitikal yang baik, dan keupayaan untuk berkomunikasi secara efektif.
- Mempunyai pengalaman dalam penggunaan alat analitik digital seperti Google Analytics, kemahiran kreatif dalam penghasilan kandungan, dan pemahaman yang kukuh tentang platform media sosial.
5. Pengurus E-dagang (E-commerce Manager)
Purata Gaji: RM 5,500 hingga RM15,000 sebulan
Tugas: Bertanggungjawab untuk menguruskan operasi harian dan strategi keseluruhan bagi platform e-dagang sebuah syarikat.
Keperluan:
- Ijazah dalam pemasaran, perniagaan, atau bidang berkaitan
- Mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang e-dagang, strategi pemasaran digital, dan analitik e-dagang.
- Mempunyai kemahiran dalam pengurusan projek, analisis data, dan komunikasi interpersonal yang baik juga sangat penting.
- Mempunyai pengalaman dalam penggunaan platform e-dagang seperti Shopify atau WooCommerce dan sebagainya.
- Mempunyai pengetahuan tentang trend industri e-dagang.
6. Pakar Perubatan/Doktor Pakar (Medical Specialist)
Purata Gaji: RM 10,000 hingga RM50,000 sebulan (bergantung jenis kepakaran)
Tugas: Mendiagnos dan merawat penyakit atau keadaan khusus dalam bidang kepakaran mereka, melaksanakan penyelidikan dan mengembangkan pengetahuan dalam bidang kepakaran mereka melalui penyelidikan dan penyampaian kertas kerja dalam persidangan dan jurnal perubatan, memberikan nasihat dan sokongan kepada pesakit dan keluarga mereka tentang rawatan dan penjagaan yang diperlukan.
Keperluan:
- Menamatkan pengajian perubatan, menjalani latihan lanjutan dalam bidang kepakaran yang dipilih, dan mendapatkan pensijilan daripada badan pengawal perubatan negara.
- Pengetahuan yang mendalam dalam bidang kepakaran, kemahiran klinikal yang cekap, komunikasi yang baik dengan pesakit dan pasukan kesihatan, serta keupayaan untuk bekerja dalam situasi yang menekan.
- Penyelidikan dan pembelajaran berterusan juga merupakan sebahagian penting daripada profesion ini untuk memastikan pengetahuan yang terkini dan terbaik untuk pesakit.
7. Pakar Kewangan
Purata Gaji: RM 5,500 hingga RM15,000 sebulan
Tugas: Merancang dan menguruskan aspek kewangan dalam organisasi atau untuk pelanggan.
Keperluan:
- Ijazah dalam bidang akauntan, kewangan atau berkaitan.
- Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang kewangan termasuk pelaburan, cukai, perancangan pencen, dan pengurusan risiko.
- Kemahiran analitikal, kepakaran dalam perisian kewangan, dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan jelas dengan pelanggan.
- Pensijilan profesional seperti Certified Financial Planner (CFP) atau Chartered Financial Analyst (CFA).
8. Pengurus Projek
Purata Gaji: RM 5,500 hingga RM15,000 sebulan
Tugas:
- Merancang, melaksanakan, dan menguruskan sesuatu projek daripada permulaan hingga siap. Menentukan matlamat, skop, dan jadual projek serta mengenal pasti sumber daya yang diperlukan.
- Menguruskan bekalan, perolehan, dan pengedaran sumber daya untuk memastikan kelancaran projek.
- Menguruskan bajet projek, memantau perbelanjaan, dan membuat pelaporan kewangan.
- Mengenal pasti, menilai, dan menguruskan risiko yang mungkin timbul semasa pelaksanaan projek.
- Mengatur dan memberi arahan kepada ahli pasukan projek untuk memastikan kerjasama yang efektif dan pencapaian matlamat projek.
- Memantau kemajuan projek, mengenal pasti isu-isu, dan membuat penyesuaian yang diperlukan untuk memastikan projek berjalan lancar dan menepati matlamat.
Keperluan:
- Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana dalam bidang seperti Pengurusan Projek, Kejuruteraan, Perniagaan, atau Teknologi Maklumat.
- Mempunyai pengalaman dalam bidang projek yang berkaitan dan pensijilan seperti Project Management Professional (PMP).
- Mempunyai pengalaman kerja yang relevan dan kemahiran praktikal dalam pengurusan projek juga sangat dihargai.
- Memiliki kemahiran dalam perancangan, pengurusan su
9. Pakar Kejuruteraan Perisian
Purata Gaji: RM 5,500 hingga RM15,000 sebulan
Tugas: Merancang struktur perisian, mengenal pasti algoritma yang sesuai, dan membuat pelan pembangunan perisian.
Keperluan:
- Ijazah Sarjana Muda atau lebih tinggi dalam Kejuruteraan Perisian, Sains Komputer, atau bidang berkaitan.
- Pengalaman praktikal dalam pembangunan perisian, keupayaan dalam pelbagai bahasa pengaturcaraan seperti Java, Python, atau C++.
- Mempunyai sijil seperti Certified Software Development Professional (CSDP) atau Certified Scrum Master (CSM).
- Kemahiran analitikal yang baik, komunikasi yang efektif, dan kerjasama dalam pasukan.
10. Pengurus Logistik Dan Rangkaian Bekalan (Logistic & Supply Chain)
Purata Gaji: RM 5,500 hingga RM15,000 sebulan
Tugas:
- Merancang, melaksanakan, dan menguruskan aktiviti logistik dan pengedaran bagi organisasi atau syarikat.
- Menganalisis data logistik untuk mengenal pasti peluang penambahbaan dan mengoptimumkan prestasi operasi logistik.
- Memastikan proses logistik mematuhi standard kualiti dan selamat digunakan oleh pengguna.
- Menangani sebarang isu yang timbul dalam rantai bekalan dan mencari penyelesaian yang berkesan untuk mengatasinya.
Keperluan:
- Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Logistik, Pengurusan Rantaian Bekalan, Perniagaan dan berkaitan.
- Mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam logistik dan pengedaran, kemahiran dalam analisis data, dan keupayaan untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak termasuk pembekal, pengeluar, dan pelanggan.
- Pengalaman dalam industri logistik atau pengedaran dan pensijilan dalam bidang logistik.
Kesimpulan
Terdapat pelbagai peluang kerjaya yang menarik dan memberi ganjaran yang lumayan di Malaysia.
Untuk berjaya mendapatkan kerjaya impian anda, pastikan anda mempunyai kelayakan yang sesuai, kemahiran yang berkaitan, dan semangat untuk terus belajar dan berkembang. Dengan permintaan yang terus meningkat, peluang kerjaya dalam pelbagai bidang di atas dijangka akan kekal tinggi dan menjanjikan untuk tahun-tahun akan datang.
Adakah anda bersedia untuk memulakan atau mengubah laluan kerjaya anda?
Epicareer sedia membantu anda mencari peluang kerjaya yang sesuai dengan minat dan kemahiran anda. Dengan pelbagai sumber dan sokongan yang disediakan, Epicareer dapat membantu anda merancang strategi kerjaya yang efektif dan mencapai matlamat profesional anda. Lawati Epicareer hari ini dan mulakan perjalanan kerjaya anda yang cemerlang!
Pekerjaan Terkenal:
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
7 min read
Contoh Jawatan Pemasaran Digital Dengan Gaji Menarik Di Malaysia
Dapatkan pandangan mendalam tentang gaji dalam pemasaran digital. Artikel ini mengulas jawatan-jawatan pemasaran digital dengan gaji tinggi dan faktor-faktor yang mempengaruhi bayaran. Temukan peluang kerjaya menarik di Epicareer!
Posted Jun 26, 2024
9 min read
20 Jawatan Dalam Bidang Pemasaran Digital, Tanggungjawab Setiap Jawatan & Gaji
Pemasaran digital berkembang pesat, menawarkan peluang kerjaya yang menarik dengan pelbagai jawatan yang menyumbang kepada kejayaan kempen pemasaran. Artikel ini menyenaraikan jenis jawatan dalam bidang pemasaran digital, termasuk kelayakan dan kemahiran yang diperlukan, tanggungjawab harian, dan anggaran gaji median berdasarkan pengalaman kerja.
Posted Jul 22, 2024
8 min read
Gaji Pemasaran Digital: Berapakah Pendapatan Boleh Diperolehi?
Temukan jenis jawatan, anggaran gaji, dan tips memaksimumkan pendapatan dalam industri pemasaran digital di Malaysia. Dari Pengurus Pemasaran Digital hingga Pakar SEO, pelajari cara meningkatkan kerjaya anda dengan strategi efektif. Baca untuk maklumat lanjut dan cari peluang kerjaya yang sesuai di Epicareer.
Posted Jun 19, 2024
7 min read
10 Tips Membuat Rundingan Gaji Agar Berjaya
Sudah menerima surat tawaran kerja tetapi gaji tidak sesuai? Jangan kecewa. Anda masih boleh merundingkan gaji dengan majikan secara profesional. Baca artikel ini untuk 10 tips rundingan gaji yang berkesan, termasuk persiapan yang diperlukan, cara menetapkan angka yang tepat, dan menjaga profesionalisme semasa rundingan.
Posted May 16, 2024
10 min read
Cara Membuat Rundingan Gaji (Beserta Templat)
Belajar langkah-langkah rundingan gaji yang berkesan untuk naikkan pendapatan anda. Dari penelitian gaji hingga penawaran semula, temukan cara untuk menuntut nilai anda dengan yakin. Dapatkan panduan profesional di sini!
Posted May 6, 2024
3 min read
Trend Gaji di Malaysia 2023 & Jangkaan untuk 2024
Prognosis untuk 2024 meramalkan kenaikan gaji purata sebanyak 5.1% dengan penumpuan pada kerja dari jauh dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta keperluan kemahiran teknikal dan insaniah yang penting.
Posted Apr 30, 2024
Share this article