Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Contoh Jawatan Pemasaran Digital Dengan Gaji Menarik Di Malaysia

7 min read

Contoh Jawatan Pemasaran Digital Dengan Gaji Menarik Di Malaysia

Dapatkan pandangan mendalam tentang gaji dalam pemasaran digital. Artikel ini mengulas jawatan-jawatan pemasaran digital dengan gaji tinggi dan faktor-faktor yang mempengaruhi bayaran. Temukan peluang kerjaya menarik di Epicareer!

Nasra Patahuddin

Updated Jun 26, 2024

Contoh Jawatan Pemasaran Digital Dengan Gaji Menarik Di Malaysia

Pemasaran digital telah menjadi salah satu bidang yang paling popular dalam beberapa tahun ini. Selain peluang kerjaya yang ditawarkan saemakin meluas, pekerjaan dalam bidang ini juga mendapat perhatian ramai kerana tawaran gajinya yang menarik.

Benarkah? Seberapa besar gaji yang boleh anda harapkan daripada pekerjaan pemasaran digital? Apakah jawatan dalam bidang pemasaran digital yang menawarkan gaji tinggi?

Sebenarnya, jawapan untuk setiap persoalan di atas adalah bergantung pada beberapa faktor. Contohnya seperti kemahiran, pengalaman, wilayah tempat anda bekerja, jenis klien dan sebagainya.

Syarikat-syarikat teknologi besar seperti Google, Facebook, dan Amazon biasanya membayar gaji tertinggi untuk jawatan dalam bidang pemasaran digital. Selain itu, individu yang bekerja sendiri atau secara bebas (freelancer) biasanya dapat menjana pendapatan yang tinggi dalam bidang bidang ini kerana mereka menetapkan harga layanan mereka sendiri dan bekerja dengan berbagai klien.

Pada artikel kali ini, berikut dikongsikan senarai jawatan Pemasaran Digital dengan gaji tinggi yang anda boleh pertimbangkan.

1. Ketua Pegawai Pemasaran (Chief Marketing Officer - CMO)

Ketua Pegawai Pemasaran (CMO) bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan strategi pemasaran yang menyeluruh bagi mempromosikan produk dan jenama syarikat.

Tugas mereka termasuk mengawasi pasukan pemasaran, menganalisis data pasaran, menguruskan kempen pemasaran, dan memastikan strategi pemasaran selari dengan matlamat syarikat. CMO juga sering terlibat dalam pengembangan produk, strategi penetapan harga, dan inisiatif untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan.

Berdasarkan data yang dipaparkan oleh Payscale, purata gaji bagi seorang Ketua Pegawai Pemasaran biasanya berada dalam lingkungan RM 200,000 hingga RM 600,000 setahun.

Mereka yang memegang jawatan ini biasanya mempunyai pengalaman lebih dari 10 hingga 15 tahun dalam bidang pemasaran dan pengurusan.

Antara cabaran utama bekerja sebagai CMO ialah menghadapi perubahan yang sangat cepat dalam tren pasaran dan teknologi pemasaran, menguruskan pasukan yang besar dan pelbagai fungsi, membangun dan mengekalkan imej jenama di pasaran yang kompetitif dan lain-lain.

Untuk menjadi seorang CMO, seseorang perlu mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam pemasaran termasuk peranan pengurusan dan eksekutif serta mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam mencapai kejayaan pemasaran dan peningkatan ROI.

Selain itu, memiliki Ijazah dalam bidang pemasaran, perniagaan, MBA atau berkaitan. Bonus jika memiliki sijil dalam pemasaran digital, analitik data, atau pengurusan perniagaan kerana ia boleh meningkatkan kredibiliti.

2. Pengurus SEO (SEO Manager)

Pengurus SEO bertanggungjawab untuk mengoptimumkan laman web syarikat/klien agar muncul dan berada dalam kedudukan atas (ranking) dalam hasil carian enjin carian seperti Google.

Tugas Pengurus SEO termasuk menjalankan audit SEO, penyelidikan kata kunci, mengoptimumkan kandungan, membina pautan dan sebagainya.

Menurut data dari Glassdoor dan Payscale, gaji purata bagi pengurus SEO di Malaysia adalah sekitar RM7K-RM11K sebulan, iaitu RM 84,000 hingga RM 132,000 setahun dengan pengalaman kerja 3 tahun ke atas hingga 5 tahun.

Bahkan, bayaran tersebut boleh lebih daripada itu sekiranya termasuk bonus/elaun tambahan dan bergantung pada beberapa faktor seperti jenis klien, kemahiran serta servis-servis tambahan yang ditawarkan.

Salah satu cabaran utama dalam jawatan ini adalah menghadapi perubahan algoritma enjin carian dan persaingan dalam kata kunci. Namun, dengan pembelajaran berterusan, usaha dan minat yang mendalam, segala cabaran yang ada pasti dapat dilalui dengan mudah.

Untuk mendapatkan jawatan ini, seseorang perlu mempunyai pengetahuan mendalam tentang SEO, mempunyai sijil kemahiran berkaitan bidang SEO, mempunyai portfolio projek SEO yang meyakinkan dan sebagainya.

3. Pengurus PPC (Pay Per Click Manager)

Pengurus PPC mengurus kempen iklan berbayar dalam talian seperti Google Ads. Mereka bertanggungjawab untuk membuat iklan, mengurus bajet, dan mengoptimumkan kempen untuk ROI yang lebih baik.

Menurut Indeed, gaji purata untuk pengurus PPC adalah sekitar RM 130,890 iaitu lebih kurang RM10, 000 sebulan dengan pengalaman antara 3 tahun ke atas hingga 5 tahun.

Cabaran utama dalam jawatan ini termasuk mengurus kos per klik yang tinggi dan persaingan sengit dalam iklan berbayar.

Untuk mendapatkan jawatan ini, seseorang hendaklah mempunyai pengalaman dalam mengurus kempen PPC, mempunyai sijil kemahiran Google Ads dan seumpamanya serta dan membuktikan hasil kempen yang berjaya melalui portfolio.

4. Pengurus E-dagang (E-commerce Manager)

Pengurus E-dagang bertanggungjawab untuk mengurus dan meningkatkan jualan di platform e-dagang seperti Lazada, Shopee, Shopify dan seumpamanya. Termasuklah mengurus inventori, merancang dan melaksanakan strategi pemasaran digital, menguruskan operasi logistik, serta memastikan pelanggan mendapat pengalaman yang baik di laman web atau aplikasi e-dagang.

Pengurus E-dagang juga bertugas untuk menganalisis data jualan untuk mengenal pasti tren dan peluang untuk meningkatkan keuntungan.

Berdasarkan Glassdoor, purata gaji bagi seorang Pengurus E-dagang biasanya berada dalam lingkungan RM 70,000 hingga RM 120,000 setahun. Mereka yang memegang jawatan ini biasanya mempunyai pengalaman antara 3 hingga 5 tahun dalam bidang e-dagang dan pengurusan.

Cabaran utama bagi seorang Pengurus E-dagang termasuklah menghadapi persaingan yang sengit dalam pasaran e-dagang, menjaga kualiti pengalaman pelanggan dalam proses membeli-belah dalam talian, menyesuaikan strategi pemasaran mengikut perubahan tren pasaran dan permintaan pelanggan, membuat keputusan yang tepat untuk meningkatkan prestasi perniagaan dan pelbagai lagi.

Untuk menjadi seorang Pengurus E-dagang, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam pengurusan e-dagang, termasuk peranan dalam operasi, pemasaran digital, atau pengurusan produk serta mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam meningkatkan jualan dan keberkesanan operasi e-dagang.

Selain itu, mempunyai kemahiran dalam platform e-dagang seperti Shopify, Magento, atau WooCommerce serta pengetahuan dalam analitik web dan pengurusan inventori, keupayaan untuk menganalisis data jualan dan tren pasaran untuk membuat keputusan yang berdasarkan data. Memiliki Ijazah dalam bidang perniagaan, pemasaran, atau bidang berkaitan e-dagang juga penting.

5. Pakar UX/UI (UX/UI Specialist)

Pakar UX/UI bertanggungjawab untuk meningkatkan pengalaman pengguna (UX) dan antara muka pengguna (UI) pada laman web atau aplikasi.

Pakar UX/UI berperanan untuk mereka bentuk prototaip, melakukan ujian pengguna, mencipta wireframes dan mockups, serta memastikan reka bentuk yang intuitif dan mesra pengguna. Mereka bekerja rapat dengan pemaju web (web developer), pengurus produk, dan pasukan pemasaran untuk memastikan produk akhir memenuhi keperluan pengguna dan matlamat perniagaan.

Purata gaji bagi seorang Pakar UX/UI biasanya berada dalam lingkungan RM60,000 - RM 80,000 setahun berdasarkan Glassdoor. Mereka yang memegang jawatan ini biasanya mempunyai pengalaman antara 3 hingga 5 tahun dalam bidang reka bentuk UX/UI.

Menariknya, ramai Pakar UX/UI yang bekerja secara dalam talian atau sebagai pekerja bebas (freelancer) dan boleh menjana pendapatan berlipat kali ganda dengan waktu jam bekerja yang kurang.

Antara cabaran utama bagi seorang Pakar UX/UI adalah menyeimbangkan estetika reka bentuk dengan fungsionaliti dan kegunaan laman web atau aplikasi, memahami dan menyesuaikan diri dengan keperluan dan tingkah laku pengguna yang pelbagai serta perubahan dalam teknologi dan tren reka bentuk.

Sekiranya anda berminat untuk menjadi Pakar UX/UI, anda perlu dapatkan pengalaman sebanyak mungkin dalam reka bentuk UX/UI, termasuk bekerja pada projek yang melibatkan reka bentuk laman web atau aplikasi.

Selain itu, dapatkan Ijazah dalam bidang reka bentuk grafik, reka bentuk interaksi, atau bidang berkaitan untuk mendapatkan asas yang kukuh serta kredibiliti. Pastikan juga anda mempunyai portfolio projek reka bentuk yang berjaya yang menunjukkan kemahiran dan kreativiti dalam UX/UI.

Memiliki kemahiran dalam alat (tools) reka bentuk seperti Sketch, Adobe XD, Figma, dan alat prototaip lain juga sangat penting dan semakin banyak atau semakin mahir alat/aplikasi yang anda kuasa, ia akan memberi nilai tambah kepada anda.

6. Pakar Analitik Data (Data Analyst)

Tugas Pakar analitik data ialah menganalisis data pemasaran dan menyediakan perancangan yang boleh diambil tindakan untuk meningkatkan prestasi kempen.

Berdasarkan data dari Glassdoor dan Payscale, gaji purata untuk Pakar Analitik Data yang sudah mempunyai pengalaman bekerja dibawah 5 tahun ialah sekitar RM4,000 - RM6,000 sebulan, iaitu lebih kurang RM65,000 puratanya.

Salah satu cabaran utama sebagai seorang Pakar Analitik Data adalah menyaring dan menafsir data dalam skala besar untuk menemukan hasil yang bermakna.

Untuk menjadi seorang Pakar Analitik Data, seseorang perlu mempunyai kemahiran dalam menganalisis data, mempunyai sijil berkaitan yang diiktiraf, serta menunjukkan kemampuan dalam menganalisis dan melaporkan data.

7. Pengurus Projek Digital (Digital Project Manager)

Pengurus Projek Digital bertanggungjawab untuk merancang, melaksanakan, dan mengurus projek digital dari awal hingga akhir. Ini termasuk mengawasi pembangunan laman web, aplikasi mudah alih, kempen pemasaran digital, dan inisiatif digital lain.

Pengurus Projek Digital biasanya bekerjasama dengan pemaju, pereka, pengurus pemasaran, dan pihak berkepentingan lain untuk memastikan projek disiapkan tepat pada masanya, dalam bajet, dan mengikut spesifikasi.

Berdasarkan Payscale, untuk individu yang sudah bekerja 3 - 5 tahun, gaji sebulan boleh mencecah RM10,000 atau lebih sebulan. Purata gaji bagi seorang Pengurus Projek Digital biasanya berada dalam lingkungan RM 70,000 hingga RM 200,000 setahun mengikut kemahiran dan pengalaman bekerja.

Cabaran utama bagi seorang Pengurus Projek Digital termasuk menghadapi perubahan keperluan projek dan jangka masa yang ketat, mengurus belanjawan dan memastikan projek disiapkan dalam kos yang diperuntukkan, menjaga kualiti projek sambil memastikan penyampaian tepat pada masanya, menyelesaikan masalah yang timbul semasa pelaksanaan projek dan memastikan pihak berkepentingan berpuas hati dan pelbagai lagi.

Untuk menjadi seorang Pengurus Projek Digital, seseorang perlu mempunyai pengalaman dalam pengurusan projek, terutama dalam projek digital atau IT, memiliki Ijazah dalam bidang pengurusan projek, teknologi maklumat, perniagaan atau berkaitan, memiliki kemahiran yang diperlukan dan menguasai alat/aplikasi berkaitan.


Penutup

Pemasaran digital adalah ladang yang dinamik dan mengalu-alukan mereka yang bersemangat untuk mencuba cabaran serta memanfaatkan peluang yang ada. Dalam artikel ini, kami telah meneroka beberapa jawatan pemasaran digital yang menawarkan gaji tinggi dan memberikan gambaran tentang keperluan, tanggungjawab, serta potensi pendapatan mereka.

Jangan terlepas peluang untuk menjelajahi kerjaya dalam pemasaran digital di Epicareer. Dengan sumber daya dan panduan yang sesuai, anda boleh memperkasa diri anda untuk berjaya dalam bidang ini. Klik di sini untuk mula meneroka peluang pekerjaan yang menarik!

Mula Jelajahi Pekerjaan Pemasaran Digital di Epicareer

Pekerjaan Popular di Malaysia:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles