8 min read
Gaji Pemasaran Digital: Berapakah Pendapatan Boleh Diperolehi?
Temukan jenis jawatan, anggaran gaji, dan tips memaksimumkan pendapatan dalam industri pemasaran digital di Malaysia. Dari Pengurus Pemasaran Digital hingga Pakar SEO, pelajari cara meningkatkan kerjaya anda dengan strategi efektif. Baca untuk maklumat lanjut dan cari peluang kerjaya yang sesuai di Epicareer.
Updated Jun 19, 2024
Pemasaran digital adalah salah satu bidang yang semakin popular di Malaysia.
Dalam kali artikel ini, kita akan membincangkan beberapa jenis jawatan dalam pemasaran digital, anggaran gaji yang boleh diperoleh dan cara terbaik untuk memaksimumkan pendapatan anda dalam industri ini.
Mari mulakan.
Contoh Jawatan Dalam Bidang Pemasaran Digital Beserta Gaji
Berikut adalah contoh jawatan-jawatan yang ada dalam bidang pemasaran digital di Malaysia beserta anggaran gaji.
Maklumat adalah berdasarkan data daripada PayScale, ERI Economic Research Institute, Glassdoor dan sumber-sumber lain yang dipercayai.
- Pengurus Pemasaran Digital (Digital Marketing Manager): RM 5,000 - RM 12,000 sebulan
- Eksekutif Pemasaran Digital (Digital Marketing Executive): RM 3,000 - RM 6,000 sebulan
- Pakar SEO (SEO Specialist): RM 3,500 - RM 7,000 sebulan
- Pakar SEM (SEM Specialist): RM 3,500 - RM 7,000 sebulan
- Pengurus Media Sosial (Social Media Specialist): RM 4,000 - RM 8,000 sebulan
- Penganalisis Data Pemasaran (Marketing Data Analyst): RM 4,000 - RM 9,000 sebulan
- Pengurus Kandungan (Content Manager): RM 4,000 - RM 8,000 sebulan
- Penulis Kandungan (Content Writer): RM 2,500 - RM 5,000 sebulan
- Pengurus E-mel Pemasaran (Email Marketing Manager): RM 4,000 - RM 7,000 sebulan
- Pakar Pemasaran Influencer (Influencer Marketing Specialist): RM 3,500 - RM 7,000 sebulan
- Pengurus Kempen (Campaign Manager): RM 4,500 - RM 8,500 sebulan
- Pakar Pemasaran Affiliate (Affiliate Marketing Specialist): RM 3,000 - RM 6,000 sebulan
- Pengurus Projek Pemasaran (Marketing Project Manager): RM 5,000 - RM 10,000 sebulan
- Pakar CRO (Conversion Rate Optimization Specialist): RM 4,000 - RM 8,000 sebulan
- Pakar PPC (Pay-Per-Click Specialist): RM 3,500 - RM 7,000 sebulan
- Pengurus Jenama (Brand Manager): RM 5,000 - RM 10,000 sebulan
- Pakar Analitik Web (Web Analytics Specialist): RM 4,000 - RM 8,000 sebulan
- Pengurus SEO (SEO Manager): RM 5,000 - RM 10,000 sebulan
- Pengurus PPC (PPC Manager): RM 5,000 - RM 10,000 sebulan
- Pengurus Pemasaran Video (Video Marketing Manager): RM 4,000 - RM 9,000 sebulan
- Pereka Grafik Digital (Digital Graphic Designer): RM 3,000 - RM 6,000 sebulan
- Pengurus Pengalaman Pengguna (UX): RM6,000 - RM12,000 sebulan
- Pakar Pemasaran E-dagang: RM5,000 - RM9,000 sebulan
- Pakar Pengalaman Pelanggan (Customer Experience Specialist): RM4,500 - RM8,500 sebulan
- Pakar Pemasaran B2B (Business-to-Business Marketing Specialist): RM5,000 - RM9,000 sebulan
NOTA: Anggaran gaji diatas mungkin berbeza mengikut pengalaman, lokasi, dan syarikat.
Tips Peroleh Gaji Tinggi Dalam Kerjaya Pemasaran Digital
Berikut adalah cara atau kaedah yang anda boleh lakukan untuk mendapatkan gaji atau pendapatan yang tinggi dalam kerjaya pemasaran digital:
1. Perhalusi Cara Pencarian Kerja
Bagi mendapatkan gaji yang idamkan dalam bidang pemasaran digital, anda perlu memperhalusi cara anda mencari kerja atau peluang kerjaya.
Kenal pasti syarikat-syarikat yang menawarkan gaji dan faedah yang kompetitif. Bukan mohon sesuka hati sahaja, asalkan dapat kerja.
Sekiranya anda tidak melakukan pencarian dengan terperinci, anda mungkin berjaya mendapatkan kerja dengan mudah namun belum tentu gaji yang ditawarkan sesuai dengan keinginan anda.
Gunakan laman web seperti Glassdoor, LinkedIn, Epicareer, dan Indeed untuk mencari maklumat mengenai gaji standard untuk sesuatu jawatan.
Anda boleh sasarkan syarikat yang mempunyai reputasi baik dan potensi perkembangan kerjaya yang baik. Biasanya, syarikat-syarikat sedemikian pasti menawarkan gaji dan faedah yang terbaik. Pastikan juga anda menggunakan platform carian kerja yang tepat untuk mencari dan memohon jawatan yang anda inginkan.
TIPS: Lakukan kajian yang mendalam tentang jawatan ditawarkan dan syarikat tersebut sebelum memohon kerja. Kemudian, sesuaikan resume/cv anda mengikut keperluan kerja tersebut untuk meningkatkan peluang anda diterima bekerja.
2. Tingkatkan Kemahiran Diri & Dapatkan Pengalaman
Pelajari kemahiran baru yang relevan dengan pemasaran digital seperti SEO, SEM, analisis data, pengurusan media sosial dan sebagainya. Selain itu, anda boleh sertai kursus atau dapatkan sijil dalam bidang ini untuk meningkatkan kemahiran teknikal dan praktikal anda.
Anda juga boleh mengambill bahagian dalam projek-projek bebas atau sukarela untuk mendapatkan pengalaman praktikal yang berguna. Ini akan membantu anda meningkatkan kecekapan dan kemahiran sekaligus membolehkan anda mempelajari banyak perkara baru.
Kemahiran diri yang tinggi disertai dengan pengalaman yang berguna akan menjadikan anda seperti sebuah aset yang berharga. Pihak syarikat yang memerlukan kepakaran anda pasti menawarkan gaji serta faedah yang terbaik dan bersesuaian dengan nilai diri anda.
3. Bina Rangkaian Profesional
Rangkaian yang luas akan membuka peluang pekerjaan baru dan membantu dalam perkembangan kerjaya. Anda boleh membina rangkaian dengan individu profesional lain dalam industri pemasaran digital melalui acara jaringan, seminar atau platform profesional seperti LinkedIn.
Selain itu, hadiri pelbagai acara/majlis yang berkaitan dengan industri pemasaran digital untuk berjumpa dan berkenalan dengan individu professional lain. Melalui cara ini, boleh jadi anda terjumpa individu yang memerlukan khidmat dan kepakaran anda dengan tawaran bayaran yang lumayan. Tiada yang mustahil.
Pastikan juga anda menyertai komuniti-komuniti dalam talian yang berkaitan seperti group Facebook dan sebagainya. Manfaatkan media sosial sebaiknya untuk berhubung dan membina rangkaian profesional secara atas talian.
Jangan lupa juga berusaha untuk membina hubungan yang tulus dan autentik. Tawarkan bantuan dan nilai kepada orang lain tanpa mengharapkan sesuatu sebagai balasan. Ini akan menjadikan hubungan yang dibina kekal lama.
4. Pantau Trend Pemasaran Digital
Di samping itu, pastikan anda sentiasa memantau trend pemasaran digital yang terkini seperti penggunaan teknologi AI, strategi media sosial dan seumpamanya.
Dengan cara ini, ia boleh membantu anda untuk menyesuaikan strategi pemasaran agar lebih berkesan. Bukan itu sahaja, mengetahui dan memahami trend kini juga penting untuk tetap memastikan kemahiran anda relevan dalam industri ini.
Apabila anda mempunyai kemahiran yang diperlukan dalam industri ini, pihak syarikat akan sanggup memberikan bayaran yang tinggi sesuai dengan kemahiran yang anda miliki.
TIPS: Ikuti blog, podcast dan kursus dalam talian yang menawarkan maklumat terkini tentang trend pemasaran digital. Anda juga boleh langgan newsletter yang membincangkan mengenai trend terkini setiap minggu/bulan.
5. Lakukan Pertukaran Kerja Jika Perlu
Jangan takut untuk berpindah kerja jika terdapat peluang yang menawarkan gaji lebih tinggi dan faedah yang lebih baik daripada syarikat Kadang-kadang, peningkatan gaji yang ketara hanya boleh dicapai dengan berpindah ke syarikat lain.
Oleh itu, sentiasalah cari peluang baru dan bersedia untuk menilai tawaran kerja daripada syarikat lain. Dengan mengamalkan strategi ini, anda dapat meningkatkan peluang untuk mendapatkan gaji yang lebih tinggi dan perkembangan kerjaya yang lebih baik dalam bidang pemasaran digital.
Dan, sekiranya anda bercadang untuk bertukar kerja, pastikan pertukaran tersebut selari dengan matlamat kerjaya jangka panjang anda.
Faktor-Faktor yang Boleh Mempengaruhi Gaji dalam Bidang Pemasaran Digital
Kemahiran
Tahap kemahiran seseorang dalam bidang pemasaran digital sangat mempengaruhi bayaran diterima atau gaji yang ditawarkan. Semakin mahir seseorang dalam pelbagai aspek pemasaran digital, semakin tinggi gaji/bayaran yang boleh didapatkan.
Pengalaman
Jumlah tahun pengalaman yang dimiliki dalam bidang pemasaran digital juga mempengaruhi gaji yang diterima. Semakin banyak pengalaman, semakin tinggi gaji yang boleh diperolehi. Pengalaman ini menunjukkan keupayaan seseorang mengendalikan cabaran dan melaksanakan strategi pemasaran yang berjaya.
Tahap Jawatan
Tahap kedudukan jawatan anda dalam syarikat seperti junior, pertengahan, atau senior juga mempengaruhi gaji yang diterima. Kedudukan yang lebih tinggi biasanya datang dengan tanggungjawab yang lebih besar dan gaji yang lebih tinggi. Ini juga seiring dengan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki.
Jenis Jawatan
Setiap jawatan mempunyai skop kerja yang berbeza dan memerlukan kemahiran yang khusus yang berbeza. Sudah pasti gaji yang ditawarkan juga berbeza-beza. Jawatan yang memerlukan kepakaran tinggi dan tanggungjawab yang baik biasanya akan ditawarkan dengan gaji yang tinggi juga.
Syarikat
Saiz dan reputasi syarikat juga mempengaruhi nilai gaji seseorang dalam industri pemasaran digital ini. Syarikat besar dengan bajet pemasaran yang besar biasanya menawarkan gaji yang lebih tinggi berbanding syarikat kecil atau baru.
Jenis Industri
Industri tertentu, seperti teknologi atau kewangan, mungkin menawarkan bayaran dan gaji yang lebih tinggi untuk kemahiran pemasaran digital berbanding industri lain.
Lokasi
Syarikat yang beroperasi di bandar besar atau kawasan metropolitan biasanya menawarkan gaji yang lebih tinggi disebabkan kos hidup yang lebih tinggi dan permintaan yang lebih besar untuk bidang kerjaya pemasaran digital berbanding bandar-bandar kecil.
Pasaran Sasaran
Pasaran yang lebih kompetitif atau premium mungkin memerlukan strategi yang lebih kompleks. Oleh itu, pihak syarikat biasanya akan menawarkan gaji yang lebih tinggi untuk pakar yang dapat menjalankan tugasan tersebut dengan berkesan.
Kelayakan Akademik dan Sijil Profesional
Kelayakan akademik dalam bidang pemasaran, perniagaan, atau teknologi serta sijil profesional dalam pemasaran digital seperti Google Analytics, Google Ads, atau Facebook Blueprint boleh meningkatkan kebolehpasaran dan gaji seseorang dalam bidang pemasaran digital.
Prestasi Kerja
Keberhasilan dan rekod prestasi kerja seseorang dalam mencapai atau melebihi sasaran pemasaran akan meningkatkan nilai diri seseorang. Prestasi kerja yang cemerlang sering kali dihargai dengan kenaikan gaji atau bonus.
Nak Gaji Tinggi, Apa yang Perlu Anda Lakukan?
Mendapatkan gaji yang tinggi dalam bidang pemasaran digital memerlukan usaha, perancangan, dan pengetahuan yang tepat.
Bukan sahaja penting untuk mempunyai kemahiran yang relevan, tetapi juga strategi yang bijak dalam mengurus kerjaya anda. Berikut adalah beberapa langkah yang boleh anda ambil untuk memastikan anda mendapat bayaran yang setimpal dengan usaha dan kemahiran yang dimiliki:
1. Dapatkan Pengalaman Praktikal untuk Meningkatkan Kemahiran
Sertai Latihan Amali atau Projek Sebenar
Sekiranya anda belum mempunyai pengalaman, cari peluang untuk terlibat dalam projek pemasaran digital yang sebenar.
Anda boleh sertai latihan amali, projek freelance, atau kerjasama dengan perniagaan kecil. Pengalaman praktikal ini sangat berharga untuk mengasah kemahiran dan membuktikan keupayaan anda kepada majikan.
Pelajari Alat, Aplikasi dan Teknologi Baru
Pastikan anda sentiasa belajar serta menguasai alat dan teknologi terkini dalam pemasaran digital seperti Google Analytics, Google Ads, alat SEO, dan platform pemasaran media sosial.
Ini boleh meningkatkan kebolehpasaran anda dan seterusnya memberi peluang kepada anda untuk mendapat tawaran gaji yang diidamkan.
2. Bina Rangkaian Professional
Sekiranya anda belum mempunyai ‘circle’ atau rangkaian profesional dalam bidang ini, jangan berdiam diri lagi.
Sertailah acara, seminar, dan persidangan yang berkaitan dengan pemasaran digital untuk berjumpa dengan profesional lain dalam bidang ini. Ini bukan sahaja memberikan peluang untuk belajar, tetapi juga untuk membina rangkaian profesional yang luas.
Gunakan juga platform dalam talian seperti LinkedIn untuk berhubung dengan pakar industri, berkongsi pengetahuan dan mencari peluang pekerjaan dengan gaji yang diidamkan.
3. Dapatkan Sijil Profesional
Tambah nilai diri anda dengan menyertai kursus-kursus dalam talian daripada platform seperti Google, HubSpot, dan Facebook. Sijil ini bukan sahaja membuktikan kemahiran anda tetapi juga menunjukkan komitmen anda untuk terus belajar dan berkembang dalam bidang ini.
4. Bina Portfolio
Kumpulkan dan dokumentasikan projek-projek pemasaran digital yang telah anda pernah lakukan termasuklah hasil dan kejayaan yang telah dicapai. Portfolio yang menarik adalah cara yang berkesan untuk menunjukkan kebolehan anda kepada majikan dan klien.
5. Daftar & Cari Kerja Melalui Epicareer
Sertai platform seperti Epicareer untuk mendapatkan panduan kerjaya, sumber latihan, dan peluang pekerjaan dalam pemasaran digital. Epicareer boleh membantu anda mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kemahiran dan minat anda.
Bukan itu sahaja, melalui Epicareer anda juga boleh:
Membandingkan Gaji
Epicareer menyediakan maklumat terperinci tentang julat gaji bagi pelbagai peranan dalam pemasaran digital. Ini membolehkan anda memahami apa yang wajar untuk anda terima berdasarkan kemahiran dan pengalaman anda.
Menerima Tawaran Pekerjaan Eksklusif
Dengan profil yang lengkap, anda boleh menerima tawaran pekerjaan eksklusif dari recruiter Epicareer for Employer yang sesuai dengan kemahiran dan kelayakan anda. Secara tidak langsung, ini akan meningkatkan peluang anda untuk memperoleh tawaran dengan gaji yang sesuai.
Pekerjaan Popular di Malaysia:
Pencipta Kandungan | Pereka Grafik | Pakar SEO | Akauntan | Perancang Kewangan | Pembangunan Perniagaan | Personal Assistant | IT Developer | Data Scientist
Content Writer
Topic tags
Share this article
Related Articles
7 min read
Contoh Jawatan Pemasaran Digital Dengan Gaji Menarik Di Malaysia
Dapatkan pandangan mendalam tentang gaji dalam pemasaran digital. Artikel ini mengulas jawatan-jawatan pemasaran digital dengan gaji tinggi dan faktor-faktor yang mempengaruhi bayaran. Temukan peluang kerjaya menarik di Epicareer!
Posted Jun 26, 2024
9 min read
20 Jawatan Dalam Bidang Pemasaran Digital, Tanggungjawab Setiap Jawatan & Gaji
Pemasaran digital berkembang pesat, menawarkan peluang kerjaya yang menarik dengan pelbagai jawatan yang menyumbang kepada kejayaan kempen pemasaran. Artikel ini menyenaraikan jenis jawatan dalam bidang pemasaran digital, termasuk kelayakan dan kemahiran yang diperlukan, tanggungjawab harian, dan anggaran gaji median berdasarkan pengalaman kerja.
Posted Jul 22, 2024
4 min read
Kerjaya yang Tinggi Permintaan Dengan Gaji Lumayan Di Malaysia
Ketahui kerjaya berpotensi tinggi dan bergaji lumayan di Malaysia untuk merancang strategi pencarian kerja atau merancang masa depan yang lebih baik. Maklumat ini penting untuk pencari kerja dan pelajar bagi memilih bidang pengajian yang menawarkan peluang pekerjaan selepas graduasi.
Posted Jun 27, 2024
7 min read
10 Tips Membuat Rundingan Gaji Agar Berjaya
Sudah menerima surat tawaran kerja tetapi gaji tidak sesuai? Jangan kecewa. Anda masih boleh merundingkan gaji dengan majikan secara profesional. Baca artikel ini untuk 10 tips rundingan gaji yang berkesan, termasuk persiapan yang diperlukan, cara menetapkan angka yang tepat, dan menjaga profesionalisme semasa rundingan.
Posted May 16, 2024
10 min read
Cara Membuat Rundingan Gaji (Beserta Templat)
Belajar langkah-langkah rundingan gaji yang berkesan untuk naikkan pendapatan anda. Dari penelitian gaji hingga penawaran semula, temukan cara untuk menuntut nilai anda dengan yakin. Dapatkan panduan profesional di sini!
Posted May 6, 2024
3 min read
Trend Gaji di Malaysia 2023 & Jangkaan untuk 2024
Prognosis untuk 2024 meramalkan kenaikan gaji purata sebanyak 5.1% dengan penumpuan pada kerja dari jauh dan bidang teknologi maklumat dan komunikasi serta keperluan kemahiran teknikal dan insaniah yang penting.
Posted Apr 30, 2024
Share this article