Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Tips Menjaga Disiplin Diri di Tempat Kerja

3 min read

Tips Menjaga Disiplin Diri di Tempat Kerja

Nak tahu kepentingan disiplin di tempat kerja dan tips untuk menjaga disiplin diri? Artikel ni kupas habis topik ni. Disiplin diri penting untuk memperbaiki kelakuan pekerja, memberi perlindungan, dan membantu meningkatkan prestasi. Ada tips berguna macam belajar uruskan tekanan, kenali kelemahan diri, kelilingi diri dengan individu yang sekepala, dan bertanggungjawab atas tindakan sendiri. Nak cari kerja baru? Epicareer sedia membantu!

Nasra Patahuddin

Updated Jul 2, 2024

Tips Menjaga Disiplin Diri di Tempat Kerja

Menurut kamus Dewan, disiplin adalah latihan pemikiran dan kelakuan supaya boleh mengawal diri sendiri mengikut peraturan yang ditetapkan dan sekiranya ini berlaku sebaliknya, hukuman atau denda akan dikenakan.

Manakala, disiplin diri di tempat kerja pula merujuk kepada penetapan peraturan untuk memastikan individu berkelakuan dalam cara yang boleh diterima di tempat kerja dan juga mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh organisasi.

Disiplin diri adalah penting di tempat kerja untuk memastikan pekerja berkelakuan baik dan mengekalkan kesopanan di tempat kerja.

Kepentingan Disiplin Di Tempat Kerja

Memperbaiki Kelakuan Pekerja

Kelakuan pekerja yang bermasalah boleh diperbaiki melalui disiplin yang betul bukannya melalui hukuman. Secara tidak langsung, peningkatan kelakuan pekerja akan mampu meningkatkan prestasi kerja mereka sekaligus keuntungan syarikat.

Memberi Perlindungan

Peraturan yang jelas di tempat kerja memberi perlindungan kepada setiap pekerja daripada segi jaminan keselamatan dan hak mereka daripada kelakukan yang tidak normal.

Membantu Meningkatkan Prestasi

Pengamalan disiplin yang sepatutnya akan membantu meningkatkan prestasi pekerja dan juga syarikat. Pekerja yang berdisiplin akan sentiasa mematuhi arahan dan bekerja secara produktif.

Tips Menjaga Disiplin Diri di Tempat Kerja

1. Belajar Menguruskan Tekanan

Belajar uruskan tekanan di tempat kerja dengan baik untuk mengelakkan anda melakukan tindakan yang salah. Mengelakkan tekanan adalah perkara yang mustahil, maka belajar untuk menguruskannya agar anda mempunyai minda yang stabil. Latih diri anda untuk melihat perkara daripada perspektif yang positif untuk membantu mengurangkan beban anda.

Sekiranya anda berada dalam keadaan yang tertekan di tempat kerja, berhenti melakukan kerja anda sebentar. Lakukan teknik pernafasan yang betul, bertenang, dan cuba alihkan tumpuan anda kepada perkara yang menggembirakan. Atau, anda boleh ambil masa satu dua minit untuk berjalan-jalan di sekitar pejabat anda.

2. Kenali Kelemahan Anda

Mengetahui kelemahan diri adalah salah satu perkara yang baik. Dengan itu, anda boleh melakukan perubahan untuk memperbaiki diri anda. Kelemahan diri yang tidak disedari dan tidak diambil peduli menjadi salah satu penghalang untuk anda menjadi insan yang lebih baik.

Contohnya, apabila anda mengetahui diri anda seorang yang panas baran, maka anda akan berusaha untuk kekal bertenang dalam apa keadaan sekalipun yang berlaku di tempat kerja dengan cara anda sendiri. Apabila anda mengenali kelemahan diri, anda akan tahu solusi yang perlu dilakukan.

3. Kelilingi Diri Anda Dengan Individu yang Sekepala

Bergaullah dengan individu yang sekepala dengan anda untuk mengelakkan wujudnya kesalafahaman dan juga perdebatan yang tidak berpenghujung sehingga boleh menyebabkan masalah kemudian hari. Elakkan bergaul dengan individu yang negatif dan tidak memberi sebarang impak positif untuk mencapai matlamat kerjaya anda.

Apabila anda bergaul dengan individu yang positif, anda juga akan terinspirasi untuk menjadi positif. Secara tidak langsung, ia boleh membantu meningkatkan prestasi dan juga menyumbangkan kepada pertumbuhan positif anda.

4. Bertanggungjawab Atas Tindakan Sendiri

Tanamkan di dalam diri anda sendiri sikap bertanggungjawab ke atas tindakan anda sendiri. Sekiranya anda berjaya memupuk sikap ini, ia akan membantu anda untuk sentiasa berhati-hati dalam membuat keputusan dan melakukan tindakan.

Secara tidak langsung, ia juga melatih diri anda untuk menjadi individu yang berdisplin tinggi. Individu yang bertanggungjawab akan disenangi oleh ramai termasuk pihak majikan.


Dapatkan lebih banyak pilihan kerjaya di Epicareer. Layari my.epicareer.com dan buat resume anda hari ini untuk menjadikan pencarian kerja anda menjadi lebih mudah.

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles