Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide 6 Tips Memillih Kerjaya yang Tepat untuk Pencari Kerja

5 min read

6 Tips Memillih Kerjaya yang Tepat untuk Pencari Kerja

Pemilihan kerjaya yang tepat adalah kunci untuk kesihatan mental dan fizikal yang baik. Dapatkan panduan praktikal dalam artikel ini untuk memilih kerjaya yang sesuai dengan anda. Dengan 6 tips mudah, anda akan lebih yakin dan terarah dalam membuat keputusan yang penting ini.

Nasra Patahuddin

Updated Jun 10, 2024

6 Tips Memillih Kerjaya yang Tepat untuk Pencari Kerja

Pemilihan kerjaya yang tepat dan sesuai memainkan peranan yang penting untuk kesihatan mental dan fizikal seseorang. Hal ini kerana, kita akan menghabiskan masa yang banyak di tempat kerja.

Oleh itu, bagi memudahkan para pencari kerja khususnya para graduan yang baru sahaja ingin melangkah ke alam kerjaya, berikut dikongsikan 6 tips untuk memilih kerjaya yang tepat dan sesuai dengan anda.

Mengapa Sukar Memilih Kerjaya yang Tepat?

Terdapat beberapa sebab pemilihan kerjaya yang tepat sangat sukar dilakukan, antaranya ialah:

1. Tidak memahami diri sendiri

Apabila anda tidak mengetahui apa yang diinginkan, minat bahkan kelebihan diri sendiri, ia akan menjadikan pemilihan kerjaya yang tepat menjadi lebih sukar.

2. Tekanan luaran

Tekanan daripada ibu bapa atau rakan-rakan sekeliling akan mempengaruhi pilihan kerjaya sekiranya anda terpaksa memenuhi harapan orang lain daripada mengikuti minat atau keinginan peribadi anda.

3. Kurang maklumat/pengetahuan

Kekurangan maklumat atau pengetahuan mengenai bidang-bidang kerjaya yang ada akan menjadikan pilihan terhad dan sukar untuk membuat pilihan.

4. Terlalu banyak pilihan

Terlalu banyak pilihan yang tidak spesifik akan menyebabkan anda sukar membuat pilihan kerjaya yang tepat dan betul-betul ingin diceburi.

5. Faktor ekonomi

Mempunyai keperluan yang mendesak untuk mendapatkan wang atau mempunyai pendapatan sendiri selalu menjadi sebab seseorang memilih kerjaya yang tidak sesuai dengan keinginan atau minat mereka.

Tips Memilih Kerjaya yang Tepat

Berikut pula merupakan 6 tips untuk memilih kerjaya yang tepat:

1. Kenali Diri Sendiri

Sebelum membuat pilihan kerjaya yang ingin diceburi, ambil masa seberapa banyak yang diperlukan untuk benar-benar memahami diri sendiri.

Mulakan dengan mengenal pasti minat serta perkara yang anda sukai. Kemudian, tentukan apa yang anda inginkan dalam hidup.

Jangan terlalu fokus mengenai gaji atau jawatan, pertimbangkan perkara-perkara yang memberi anda kebahagiaan dan ‘rasa ada tujuan hidup’ terlebih dahulu.

Kenalpasti kelemahan dan kelebihan diri serta senaraikan kemahiran yang anda miliki. Anda boleh bertanya atau berbincang kepada ibu bapa ataupun kawan-kawan untuk membantu anda mengenalpasti potensi diri.

Selain itu, jangan lupa juga buat ujian personaliti berkaitan kerjaya untuk memahami lebih mendalam diri anda sekaligus mengetahui jenis kerjaya yang sesuai dengan personaliti anda.

2. Lakukan Kajian Menyeluruh Untuk Pilihan Kerjaya Yang Diingini

Jangan tergesa-gesa dalam membuat keputusan. Lakukan kajian atau pencarian untuk setiap pilihan kerjaya yang anda ingin cuba secara menyeluruh.

Baca pengalaman kerja orang lain, cari maklumat mengenai perkembangan industri dan jangan lupa dapatkan pandangan daripada mereka yang sudah berada dalam bidang tersebut.

Sekiranya terdapat syarikat yang sudah berada dalam senarai pilihan anda, cari tahu latar belakang syarikat atau sekurang-kurangnya baca review pekerja di portal rasmi syarikat bagi mendapatkan gambaran mengenai budaya serta cara bekerja di syarikat tersebut.

3. Pertimbangkan Keperluan & Kemahuan Anda

Faktor personal juga memainkan peranan dalam pemilihan kerjaya yang tepat. Bahkan amat penting untuk memastikan keseimbangan di antara kehidupan peribadi dan kerjaya profesional anda.

Pertimbangkanlah keperluan dan kemahuan peribadi anda seperti masa bekerja yang seperti mana anda mahukan, jarak lokasi tempat kerja dan rumah yang anda rasa okay untuk ulang-alik setiap hari, kepuasan peribadi, fleksibiliti dan seumpamanya.

Jangan sesekali mengikuti kehendak orang lain seperti ibu bapa atau terikut-ikut dengan pilihan rakan-rakan dalam menentukan kerjaya pilihan anda.

Selain itu, jangan lupa juga senaraikan kelebihan dan keburukan setiap kerjaya pilihan anda berdasarkan beberapa faktor seperti perkembangan kerjaya, faedah, gaji, dan sebagainya.

Bandingkan untuk setiap pilihan kerjaya yang anda telah senaraikan dan kecilkan skop pilihan dengan membuang pilihan yang tidak menepati keperluan dan kemahuan anda.

4. Rancang Hala Tuju Kerjaya Anda

Rancang hala tuju kerjaya anda dengan jelas dan terperinci bagi memudahkan anda memilih kerjaya yang ideal.

Tanya beberapa soalan kepada diri anda seperti; beberapa tahun ke hadapan anda hendak berada di tahap mana? Apa gol jangka masa panjang dan pendek anda?

Buat beberapa pelan kerjaya untuk membantu anda untuk melihat gambaran keseluruhan pilihan yang ada. Sekaligus, tindakan ini akan memudahkan anda membuat pilihan yang tepat.

Selain itu, cuba cari maklumat berdasarkan fakta, kajian atau pengalaman orang lain mengenai persoalan berikut:

  • Adakah kerjaya ini masih relevan dalam 10 tahun akan datang?
  • Apakah perkembangan kerjaya untuk bidang ini?

5. Buat Pilihan Secara Rasional

Apabila tiba masanya untuk membuat keputusan, lakukanlah dengan rasional. Hindari dipengaruhi oleh emosi semata-mata.

Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan setiap pilihan dengan berhati-hati. Buat pilihan berdasarkan faktor-faktor yang anda telah pertimbangkan seperti poin-poin di atas.

Apapun keputusan atau pilihan yang anda buat, buatlah keputusan dalam keadaan yang rasional, tenang dan yakin agar tidak ada penyesalan kelak.

6. Konsisten Dan Bersedia Hadapi Cabaran

Selepas membuat pilihan, lakukan pencarian kerja secara konsisten dan teruskan usaha anda untuk mendapatkan peluang bekerja dalam bidang kerjaya pilihan anda.

Siapkan diri untuk menghadapi apa jua halangan yang mendatang seperti kekosongan yang terhad, penolakan yang berkali-kali oleh syarikat impian anda dan sebagainya.

Sebelum membuat permohonan atau menghadiri temuduga kerja, pastikan anda membuat persiapan yang rapi. Kemaskini resume/CV, buat carian mengenai syarikat yang menawarkan kekosongan dalam bidang kerjaya pilihan anda dan sebagainya.

Persiapan yang rapi sudah pasti akan membuka peluang yang lebih cerah untuk mendapatkan kerjaya pilihan anda.


Penutup

Membuat keputusan mengenai kerjaya bukanlah perkara mudah. Semoga dengan mengikuti tips di atas, anda akan mendapati diri anda lebih yakin dan terarah dalam memilih jalan kerjaya yang sesuai. Dapatkan lebih banyak panduan berguna mengenai pembangunan kerjaya di Epicareer.

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles