Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Produktiviti Di Tempat Kerja: Kepentingannya & Tips Menjadi Pekerja Produktif

6 min read

Produktiviti Di Tempat Kerja: Kepentingannya & Tips Menjadi Pekerja Produktif

Ketahui betapa pentingnya produktiviti di tempat kerja dan bagaimana ia menyumbang kepada kejayaan syarikat. Artikel ini membahas faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti serta memberikan tips praktikal untuk meningkatkannya. Pelajari cara efektif untuk menjadi lebih produktif dan mencapai matlamat kerja anda dengan lebih efisien. Baca selengkapnya untuk meningkatkan produktiviti di tempat kerja anda sekarang!

Nasra Patahuddin

Updated May 22, 2024

Produktiviti Di Tempat Kerja: Kepentingannya & Tips Menjadi Pekerja Produktif

Produktiviti di tempat kerja adalah faktor penting yang menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Kenapa produktiviti begitu penting? Apa faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti di tempat kerja? Bagaimana pula kita boleh meningkatkan produktiviti?

Mari kita teliti setiap aspek ini dengan lebih terperinci.

Apa itu Produktiviti di Tempat Kerja?

Produktiviti di tempat kerja merujuk kepada keupayaan dan kecekapan dalam menyelesaikan tugas untuk mendapatkan output atau matlamat seperti yang diinginkan. Secara mudahnya, ia bermaksud melaksanakan tugasan dengan efisien menggunakan sumber yang ada dengan berkesan.

Anda jangan keliru pula antara produktiviti dengan kesibukan. Produktviti berbeza dengan kesibukan.

Anda tidak semestinya perlu sentiasa sibuk untuk menjadi produktif. Begitu juga sebaliknya, individu yang sentiasa kelihatan sibuk tidak bermakna dia produktif. Walaupun kesibukan kadang-kadang boleh membawa kepada produktiviti, namun ia tidak sentiasa berlaku.

Seseorang boleh sibuk melakukan banyak kerja atau bekerja untuk waktu yang lama, tetapi jika usaha mereka tidak sejajar dengan objektif strategik atau jika mereka tidak menghasilkan hasil yang bernilai, maka kesibukan tersebut tidak menyumbang kepada produktiviti.

Sebaliknya, individu yang produktif akan menggunakan masa dan tenaga mereka untuk menjalankan tugas-tugas yang memberi impak terbesar kepada matlamat mereka.

Produktiviti melibatkan tumpuan yang mendalam pada kerja yang paling penting secara strategik berbanding terkejar menyiapkan tugas-tugas yang banyak tetapi tidak memberi kesan yang besar.

Kesimpulannya, produktiviti adalah tentang keberkesanan - melakukan tugasan dengan cara yang cekap dan berhasil. Manakala, kesibukan biasanya adalah tanda ketidakcekapan atau kurang tumpuan kepada keutamaan.

Kepentingan Produktiviti bagi Syarikat dan Pekerja

Produktiviti adalah salah satu elemen asas yang menentukan kejayaan sesebuah syarikat. Apabila setiap individu di dalam organisasi dapat bekerja secara produktif, syarikat akan dapat mencapai matlamat dengan lebih mudah dan efektif.

Produktiviti membawa kepada hasil yang lebih baik, kos yang lebih rendah, dan keuntungan yang lebih besar. Ia juga membawa kepada kepuasan pelanggan serta peningkatan prestasi syarikat.

Bagi pekerja pula, dengan bekerja secara produktif, mereka dapat menyelesaikan tugas dengan lebih efisien sekaligus membantu meningkatkan prestasi serta kualiti kerja. Ini membolehkan mereka mendapat pengiktirafan atau ganjaran tambahan.

Selain itu, pekerja yang produktif cenderung merasakan kepuasan kerja yang lebih tinggi kerana mereka dapat mencapai matlamat yang ditetapkan dengan lebih berkesan.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Produktiviti di Tempat Kerja

Produktiviti di tempat kerja boleh dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Antara faktor-faktor yang memainkan peranan penting adalah:

1. Persekitaran Tempat Kerja

Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif memainkan peranan penting dalam meningkatkan produktiviti.

Faktor-faktor seperti kemudahan yang lengkap dapat memberikan keselesaan fizikal kepada pekerja. Apabila pekerja rasa selesa berada di tempat kerja, mereka cenderung untuk bekerja dengan lebih bersemangat dan fokus.

Tambahan pula, persekitaran yang kondusif juga boleh mencipta suasana kerja yang positif, meningkatkan semangat berpasukan antara rakan sekerja, serta mengurangkan tekanan.

Semua ini dapat memberi sumbangan kepada peningkatan produktiviti di tempat kerja.

2. Peluang Pertumbuhan

Berkembang atau memajukan diri di dalam organisasi akan termotivasi untuk bekerja dengan lebih produktif.

Peluang pembangunan kerjaya, seperti kenaikan pangkat, kursus kemahiran khas dan seumpamanya, dapat menjadi ‘push factor’ kepada pekerja untuk bekerja dengan lebih gigih dan berusaha mencapai prestasi terbaik. Sekaligus, memberikan sumbangan yang bernilai kepada syarikat.

Hasilnya, produktiviti di tempat kerja akan meningkat kerana pekerja bekerja dengan lebih efisien, gigih dan fokus pada matlamat pembangunan kerjaya mereka.

3. Peluang untuk Bersosial

Peluang untuk bersosial mempunyai impak yang signifikan terhadap produktiviti di tempat kerja.

Apabila pekerja memiliki peluang untuk berinteraksi dengan berkesan dan berhubung baik dengan rakan sekerja, ia membentuk hubungan yang kukuh di tempat kerja. Ini membawa kepada beberapa kesan positif.

Antara kesan positifnya ialah;

  • Mewujudkan kerjasama yang baik: Dengan bersosial, pekerja dapat berkongsi idea, pengetahuan serta sokongan terhadap satu sama lain. Apabila hubungan ini terbina, ia membolehkan mereka untuk bekerjasama dengan lebih padu dalam menyelesaikan projek atau menangani cabaran kerja.
  • Memelihara kesejahteraan emosi: Interaksi sosial yang positif di tempat kerja membantu mengurangkan tekanan dan meningkatkan kesejahteraan emosi pekerja. Pekerja yang bahagia cenderung untuk bekerja dengan lebih bersemangat.
  • Penyelesaian konflik mudah: Dengan adanya hubungan yang baik, pekerja lebih mudah menyelesaikan konflik dan menangani masalah interpersonal dengan cara yang matang dan efektif. Ini dapat meminimumkan gangguan terhadap produktiviti di tempat kerja.

4. Maklum Balas yang Membina

Maklum balas yang konstruktif tidak kiralah daripada pihak atasan ataupun rakan sejawat boleh membantu pekerja meningkatkan prestasi mereka.

Maklum balas yang positif akan membuatkan mereka berasa dihargai dan diiktiraf. Hal inilah yang membantu meningkatkan motivasi mereka untuk terus berusaha melakukan yang terbaik.

Tambahan pula, melalui maklum balas yang diterima, pekerja dapat menyedari dan mengenal pasti kesilapan mereka sekiranya ada. Ini akan membantu dalam pencarian solusi terhadap masalah atau kesilapan tersebut.

Dengan usaha memperbaiki kesilapan secara berterusan, ia dapat membantu meningkatkan produktiviti secara keseluruhan.

5. Psikologi Keselamatan

Psikologi keselamatan adalah terma yang digunakan untuk merujuk kepada persekitaran di mana individu merasa selamat untuk berkongsi idea, menyatakan pendapat yang berbeza, atau mengemukakan apa sahaja kerisauan mereka tanpa takut kepada kritikan atau hukuman.

Ia melibatkan kepercayaan bahawa tidak akan ada kesan negatif atau hasil yang merugikan apabila memilih untuk menyuarakan pandangan atau melakukan kesilapan.

Keselamatan psikologi dapat meningkatkan produktiviti kerana pekerja tidak berasa terancam untuk membuat kesilapan. Ini menyebabkan pekerja sentiasa berusaha mencari inisiatif untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

6. Akses kepada Kemudahan & Sistem Teknologi

Kecekapan teknologi dan sistem yang digunakan di tempat kerja dapat mempengaruhi produktiviti. Dengan adanya kemudahan atau sistem teknologi yang dapat mempermudahkan kerja, ia akan meningkatkan produktiviti di tempat kerja.

Sebaliknya, sekiranya kemudahan atau sistem teknologi di tempat kerja jarang dikemas kini dan mempunyai banyak kelemahan, ia boleh menghalang efisiensi kerja dan mengurangkan produktiviti.

Oleh itu, adalah penting untuk memastikan bahawa teknologi dan sistem di tempat kerja berkualiti tinggi dan sesuai dengan keperluan syarikat untuk meningkatkan produktiviti.

7. Jangkaan yang Jelas

Apabila pekerja jelas mengenai jangkaan syarikat atau apa yang diharapkan, ia akan memudahkan mereka untuk bekerja secara efisien.

Mereka boleh fokus terhadap kerja atau tugasan yang diharapkan tanpa terkontang-kanting. Ini membantu meningkatkan keseluruhan produktiviti di tempat kerja.

Tips Meningkatkan Produktiviti

Untuk meningkatkan produktiviti di tempat bukanlah sesuatu yang mudah dilakukan. Ia melibatkan kesedaran banyak pihak serta dan penggunaan strategi yang sesuai.

Berikut adalah beberapa cara yang boleh membantu meningkatkan produktiviti di tempat kerja:

1. Cari Inspirasi - “Role Model”

Kenal pasti individu yang mempunyai tahap produktiviti yang tinggi. Dapatkan info serta tips berguna daripada mereka.

Anda boleh bertanya tentang teknik dan strategi yang mereka gunakan untuk meningkatkan produktiviti.

2. Buat Senarai Tugasan & Kenal Pasti Gangguan

Senaraikan tugasan yang perlu diselesaikan dalam tempoh masa yang realistik.

Selain itu, kenal pasti juga “gangguan” yang boleh menjejaskan tumpuan anda. Dengan cara ini, anda dapat mengawal “gangguan” tersebut agar tidak memberi kesan kepada produktiviti anda.

3. Rehat Secukupnya

Menjadi produktif tidak bermakna anda tidak boleh berehat. Bahkan, untuk menjadi produktiflah anda PERLU berehat.

Rehat yang mencukupi sangat penting untuk mengekalkan tahap kecekapan yang tinggi.

4. Elakkan Gangguan

Cari cara untuk mengurangkan atau mengelakkan gangguan semasa bekerja. Contohnya seperti menutup pemberitahuan telepon, bekerja di ruang yang tertutup, makan sebelum memulakan kerja dan sebagainya.

Anda juga boleh menggunakan teknik fokus yang berbeza untuk meningkatkan produktiviti bekerja.

5. Belajar daripada Pengalaman

Kenal pasti faktor yang menyebabkan produktiviti anda berkurang. Dengan cara ini, anda boleh merangka plan dan strategi yang berkesan.

6. Mengetahui Waktu Anda Paling Produktif

Gunakan masa di mana anda paling produktif untuk menyelesaikan tugasan-tugasan yang lebih mencabar.


Penutup

Dengan memahami perbezaan antara sibuk dan produktif, mengenali kepentingan produktiviti bagi syarikat dan pekerja, memahami faktor-faktor yang mempengaruhi produktiviti di tempat kerja, dan mengamalkan tips yang sesuai untuk meningkatkan produktiviti, anda pasti boleh menjadi pekerja yang produktif di tempat kerja.

Untuk lebih banyak tips dan panduan kerjaya yang berguna, kunjungi Epicareer dan temui peluang-peluang yang dapat membantu anda mencapai potensi penuh anda dalam dunia pekerjaan.

Jangan tunggu lagi, tingkatkan produktiviti dan capai matlamat kerjaya anda dengan Epicareer sekarang!

Pekerjaan Terkenal:

Nasra Patahuddin

Content Writer

Meet Nasra, a freelance writer who loves creating great contents. She writes articles, product descriptions, and social media captions in English and Malay.

Topic tags

Share this article

Related Articles