3 min read
Mengapakah Budaya Positif Di Tempat Kerja Sangat Penting?
Amalan budaya positif di tempat kerja mempunyai banyak kebaikan kepada pekerja dan juga pihak syarikat.
Updated Jul 9, 2024
Budaya positif adalah merupakan salah satu budaya yang perlu ada di setiap syarikat. Budaya ini menitikberatkan perilaku dan suasana yang positif di tempat kerja. Budaya ini boleh terhasil melalui kerjasama antara pekerja dan juga pihak pengurusan syarikat. Secara tidak langsung, melalui budaya positif terhasillah budaya cemerlang dalam kalangan pekerja.
Amalan budaya positif di tempat kerja mempunyai banyak kebaikan kepada pekerja dan juga pihak syarikat. Ia membantu memastikan kesejahteraan mental dan fizikal para pekerja terjaga sekaligus menyumbang kepada kecemerlangan syarikat tersebut.
Cara Mewujudkan Budaya Positif Di Tempat Kerja
Pihak majikan memainkan peranan yang penting untuk mewujudkan budaya positif di tempat kerja. Antara usaha yang boleh dilaksanakan ialah:
- Program santai bersama pekerja bagi mengeratkan hubungan sesama pekerja.
- Majikan menunjukkan teladan yang baik & menginspirasikan kepada pekerja.
- Polisi yang diterapkan dalam syarikat mengajar sikap positif seperti memberi bantuan kepada pekerja yang ditimpa musibah, dll.
- Latihan & kursus berkaitan untuk membentuk jati diri pekerja ke arah positif, contoh kursus digital marketing.
- Tidak memberi ruang kepada drama negatif di tempat kerja.
- Usaha memperbaiki kekurangan syarikat (termasuklah budaya kerja yang diamalkan) melalui audit dan perbincangan yang berkesan.
Sebab Budaya Positif Di Tempat Kerja Sangat Penting
Berikut kami kongsikan beberapa sebab mengapa mempunyai budaya positif di tempat kerja sangat penting. Mari teruskan membaca.
1. Mewujudkan Persekitaran Kerja yang Kondusif
Apabila budaya positif diterapkan, persekitaran kerja yang kondusif dapat diwujudkan. Ini termasuklah kesepakatan, kerjasama dan toleransi di antara para pekerja dan pihak majikan. Persekitaran yang terbentuk tersebut adalah merupakan ‘aset’ yang tidak ternilai untuk syarikat.
Pernah dengar tak pepatah, bersatu kita teguh bercerai kita roboh? Pepatah ini memberi gambaran kepentingan kesepakatan dan juga kerjasama ahli pasukan untuk memastikan syarikat yang dibina terus kekal dan berdiri teguh.
2. Menjamin Kesejahteraan Mental & Fizikal Pekerja
Dengan wujudnya persekitaran kerja yang kondusif, ia memberi kesan kepada produktiviti dan juga prestasi pekerja. Pekerja akan menjadi lebih bersemangat dan termotivasi untuk menyumbang kepada syarikat. Selain itu, ia juga menggalakkan para pekerja untuk menghasilkan kerja yang berkualiti tinggi.
Apabila persekitaran kerja yang kondusif gagal diwujudkan, maka ia boleh memberi kesan kepada kesejahteraan mental dan fizikal para pekerja. Ia menjadikan produktiviti dan juga prestasi pekerja menjadi merundum.
3. Mengekalkan Kecemerlangan Syarikat
Budaya positif juga membantu untuk mengekalkan kecemerlangan syarikat dengan menghasilkan para pekerja yang cekap, bertanggungjawab dan sentiasa berusaha ke arah kecemerlangan. Secara tidak langsung, para pekerjanya akan sentiasa berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada syarikat.
4. Reputasi Syarikat Terjaga
Mempunyai reputasi atau nama baik adalah sangat penting untuk semua syarikat. Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada reputasi atau nama baik syarikat, antaranya ialah maklum balas daripada pelanggan.
Apabila pelanggan berurusan dengan syarikat yang mempunyai budaya yang positif, sudah pasti ia mampu ‘memikat’ hati pelanggan.
5. Menyumbang Kepada Perkembangan Diri Pekerja
Selain itu, para pekerja juga memainkan peranan yang penting untuk menjaga reputasi syarikat. Pekerja adalah gambaran bagaimana syarikat tersebut. Apabila pekerja sesebuah syarikat tersebut berketerampilan dan berdaya saing, sudah pasti ia akan memberi imej yang baik kepada syarikat.
Budaya positif di tempat kerja menyumbang peratus yang besar kepada perkembangan diri seseorang pekerja.
Untuk pencari kerja, anda boleh muat naik resume anda di portal rasmi pencarian kerja, Epicareer untuk memudahkan proses pencarian kerja anda. Jom muat naik sekarang!
Pekerjaan Terkenal:
Jawatan Kosong Kerajaan|WFH Customer Service|Account Manager|Digital Marketing|HR Admin | Bookkeeper | Web Developer | App Developer | Project Manager | Product Manager | Software Engineer
Digital Marketer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article