Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide Punca-punca Menyebabkan Anda Tidak Bermotivasi Untuk Bekerja

3 min read

Punca-punca Menyebabkan Anda Tidak Bermotivasi Untuk Bekerja

Perlu mengenal pasti punca anda tidak bersemangat dan hilang motivasi untuk bekerja. Anda boleh mencari solusi untuk berubah menjadi lebih baik.

Herdina Ika

Updated Jul 9, 2024

Punca-punca Menyebabkan Anda Tidak Bermotivasi Untuk Bekerja

Apabila kehilangan semangat dan motivasi untuk bekerja, ia akan menyebabkan anda merasakan pergi bekerja adalah satu bebanan.

Anda tidak lagi merasakan keseronokan bekerja, malah mendorong anda untuk bersikap malas dan ponteng waktu bekerja. Ini akan memberi kesan kepada prestasi kerjaya dan juga kehidupan anda. Bahkan, ia boleh menyebabkan anda kehilangan punca pendapatan apabila dibuang kerja.

Oleh itu, anda perlu menangani masalah ini dengan segera. Untuk menanganinya, anda perlu mengenal pasti punca anda tidak bersemangat dan hilang motivasi untuk bekerja. Punca kepada permasalahan ini boleh jadi datang daripada diri anda sendiri dan juga persekitaran anda seperti situasi di tempat kerja.

Dengan mengetahui puncanya, anda boleh mencari solusi untuk berubah menjadi lebih baik.

Tidak Mempunyai Matlamat/Hala Tuju

Mempunyai matlamat atau hala tuju kerjaya adalah sangat penting untuk memastikan anda berada di landasan yang betul. Matlamat akan membantu anda merasakan bahawa anda mempunyai tujuan untuk disasarkan dalam perjalanan kerjaya anda.

Apabila tidak mempunyai matlamat, anda tidak akan merasa kepentingan untuk bekerja kerana tidak mempunyai sasaran untuk dicapai. Ini boleh menjadi punca anda tidak bermotivasi untuk bekerja. Sekaligus, ia akan menyukarkan perkembangan kerjaya anda.

Rutin Kerja Yang Membosankan

“Bangun pagi, pergi kerja. Petang, balik kerja. Sampai rumah dah malam. Rehat.”

Begitulah rutin harian sebahagian besar individu yang bekerja. Sampai satu tahap, rutin ini menjadi satu rutin yang membosankan dan menyebabkan anda tidak bermotivasi untuk menjalaninya.

Bahkan, ia boleh bertukar menjadi rutin yang membebankan anda. Oleh itu, sebaiknya anda fikirkan sesuatu yang menarik yang boleh membawa kelainan kepada rutin harian anda.

Kurang Pengiktirafan Di Tempat Kerja

Tidak dihargai dan kurang mendapat pengiktirafan di tempat kerja juga boleh menyebabkan seseorang lama-kelamaan tidak bermotivasi untuk bekerja.

Hal ini kerana, penghargaan dan pengiktirafan lah yang selalunya menjadi motivasi untuk seseorang melakukan yang terbaik dalam apa yang dikerjakannya.

Keletihan

Keletihan yang melampau akibat bebanan kerja yang terlalu banyak juga boleh mematikan motivasi anda untuk bekerja. Keletihan ini merangkumi fizikal, mental dan juga emosi. Apabila terlalu keletihan, ia boleh menyebabkan anda berada dalam tekanan.

Ketika di dalam fasa ini, motivasi anda untuk melakukan apa-apa perkara cenderung berkurangan termasuklah bekerja. Nak makan pun boleh jadi tak selera. Apa yang anda perlukan hanyalah rehat yang secukupnya. Rehat yang cukup boleh mengecas semula tenaga anda dan juga semangat atau motivasi anda.

Baca Juga:

Ketakutan

Tidak semua orang beruntung mempunyai rakan sekerja dan majikan yang baik hati, sentiasa memberi sokongan dan memahami.

Situasi tempat kerja yang tidak kondusif bagi sesetengah orang boleh mewujudkan ketakutan dalam diri individu tersebut. Takut dimarahi, takut berbuat silap, takut itu ini dan sebagainya. Bahkan, boleh sampai ke tahap takut untuk untuk pergi ke kerja!

Ketakutan ini akan menyebabkan hilangnya motivasi untuk datang bekerja. Ia juga menyebabkan individu tersebut sukar memberikan yang terbaik di tempat kerja, menyebabkannya tidak berani menerima cabaran baru dan keluar daripada zon selesa.


Tahukah anda, pencarian kerja anda akan menjadi lebih mudah sekiranya anda cuba memohon pelbagai jawatan kosong yang ditawarkan di portal Epicareer.

Anda boleh memilih kerjaya yang anda inginkan berdasarkan kelayakan anda. Andah hanya perlu muat naik resume anda di ruangan yang disediakan. Mudahkan?

Pekerjaan Terkenal:

Herdina Ika

Digital Marketer

Meet Ika Herdina, a Senior Digital Marketer at Epicareer. With over 5 years of experience, she has the expertise of ads, social media, SEO, and writing creative stuff. Ika helps businesses grow using smart, creative strategies. If you need help with digital marketing, she's the one to talk to!

Topic tags

Share this article

Related Articles