Epicareer Might not Working Properly
Learn More
Career Guide 5 Cara Anda Boleh Cuba Untuk Menghargai Rakan Sekerja

3 min read

5 Cara Anda Boleh Cuba Untuk Menghargai Rakan Sekerja

Berikut 5 cara yang anda boleh cuba lakukan untuk menghargai rakan sekerja ataupun sepasukan anda di tempat kerja. Mari teruskan membaca!

Herdina Ika

Updated Jul 9, 2024

5 Cara Anda Boleh Cuba Untuk Menghargai Rakan Sekerja

Tanpa kita sedari, sebenarnya kita menghabiskan masa di tempat kerja lebih banyak daripada di rumah sendiri. Oleh itu, kehadiran rakan-rakan sekerja yang baik amatlah penting untuk kesejahteraan diri pekerja. Secara tidak langsung, persekitaran kerja yang kondusif juga boleh diwujudkan dengan mudah sekiranya semua pekerja baik-baik belaka.

Siapa sahaja yang mahu bekerja di tempat yang toksik, kan? Sesama rakan sekerja, ada baiknya kita saling menghargai dan menyokong satu sama lain tanpa ada perasaan negatif seperti dengki, iri hati dan sebagainya. Untuk menggalakkan budaya kerja yang sihat, peranan ini tidak hanya dipikul oleh majikan tetapi juga oleh seluruh warga syarikat.

Berikut kami kongsikan 5 cara yang anda boleh cuba lakukan untuk menghargai rakan sekerja ataupun sepasukan anda di tempat kerja. Mari teruskan membaca!

1. Memberi pujian

Beri pujian adalah salah satu cara yang paling mudah untuk menghargai rakan sekerja anda. Puji rakan anda yang mempunyai prestasi yang baik dan raikan kejayaan mereka bersama-sama. Jadikan dia sebagai sumber inspirasi untuk anda meningkatkan prestasi kerja dan mencapai kecemerlangan di tempat kerja.

Selain itu, berikan juga pujian kepada rakan anda yang sedang berusaha. Berikan kata-kata semangat dan pujian atas usaha yang mereka tunjukkan. Dengan tindakan itu, boleh jadi rakan anda tersebut semakin kuat berusaha sehingga memperoleh kejayaan yang membanggakan.

Contoh pujian yang anda boleh nyatakan:

  • "Budi, saya sangat kagum dengan cara awak mengendalikan mesyuarat tadi. Awak benar-benar menguasai topik yang dibincangkan."
  • "Syafiqah, rekaan grafis awak untuk kempen baru ini sangat kreatif dan menarik. Terima kasih atas usaha keras awak."
  • "Zul, usaha awak dalam menyelesaikan masalah teknikal itu sangat mengagumkan. Teruskan kerja yang hebat ini!"

2. Mengucapkan Terima Kasih

Selain pujian, ucapan terima kasih juga satu bentuk penghargaan yang sangat mudah untuk dilakukan. Jangan pandang rendah dengan ucapan terima kasih. Dua perkataan ini adalah magik yang mampu membuatkan pendengarnya rasa dihargai.

Ucapkan terima kasih kepada rakan sekerja anda yang sudah membantu anda, yang sentiasa menyokong anda, yang selalu berada bersama anda mengerjakan sesuatu tugasan, yang sentiasa menemani anda makan tengah hari dan sebagainya. Nampak simple, tapi bermakna.

Apabila segan untuk mengucapkan secara berhadapan, anda boleh memilih untuk menulis nota kecil khusus untuk rakan sekerja anda bagi menunjukkan penghargaan kepadanya.

Jika anda pernah alami situasi ini, anda boleh berikan ucapan seperti:

  • "Terima kasih banyak, Nani, kerana menolong saya menyelesaikan tugasan semalam. Saya sangat menghargainya."
  • "Razif, saya benar-benar berterima kasih atas sokongan awak sepanjang projek ini. Kerjasama kita sangat bermakna."
  • "Fatin, terima kasih kerana sentiasa bersama saya ketika waktu makan tengah hari. Awak adalah teman yang hebat."

3. Raikan

Mempunyai rakan sekerja yang baik adalah satu anugerah yang perlu disyukuri. Apa salahnya anda meraikan hari istimewa seperti hari jadi, hari kenaikan pangkat dan sebagainya bersama-sama. Hubungan rakan sekerja yang erat akan membuatkan anda seronok untuk bekerja.

Walaupun perlu bersikap professional, namun tidak ada salahnya untuk anda bersifat manusiawi kepada rakan sekerja anda. Apa yang semai, itulah yang anda tuai. Sekiranya anda semai kasih sayang, hormat dan penghargaan, maka itulah yang anda akan dapat semula.

Ucapan yang anda boleh nyatakan ialah:

  • "Selamat hari jadi, Hana! Mari kita adakan sedikit sambutan di bilik rehat nanti."
  • "Zainal, tahniah atas kenaikan pangkat! Mari kita semua keluar makan malam untuk meraikannya."
  • "Mariam, saya dengar awak baru sahaja menyambut ulang tahun perkahwinan. Tahniah! Bagaimana jika kita adakan sedikit sambutan di pejabat?"

4. Elakkan Diskriminasi

Sesebuah syarikat biasanya terdiri daripada pekerja yang datang daripada pelbagai latar belakang, agama dan sebagainya. Menghormati perbezaan yang ada juga adalah salah satu bentuk penghargaan.

Hargai cara rakan sekerja kita berpakaian, bercakap, bekerja dan lain-lain. Elakkan diskriminasi di tempat kerja. Berbuat baik dan bergaul mesralah dengan semua orang secara sama rata walaupun mempunyai perbezaan.

5. Memberi & Menerima (Give & Take)

Dalam kehidupan, perbuatan memberi & menerima adalah amat penting. Sama juga seperti di tempat kerja. Jangan bersikap pentingkan diri dan sombong. Memberi & menerimalah sesama rakan sekerja. Gabungan sikap ini akan memberikan keharmonian di tempat kerja.

Apabila rakan anda membantu anda hari ini, jangan pula anda pura-pura buat tidak tahu apabila bantuan anda diperlukan kelak. Ini juga salah satu bentuk penghargaan kepada mereka atas bantuan dan kesudian mereka untuk membantu anda.


Adakah anda masih mencari kerja? Kemaskini resume anda dan muat naik di portal Epicareer sekarang. Ada ratusan pilihan jawatan kosong anda boleh pilih!

Pekerjaan Terkenal:

Herdina Ika

Digital Marketer

Meet Ika Herdina, a Senior Digital Marketer at Epicareer. With over 5 years of experience, she has the expertise of ads, social media, SEO, and writing creative stuff. Ika helps businesses grow using smart, creative strategies. If you need help with digital marketing, she's the one to talk to!

Topic tags

Share this article

Related Articles