3 min read
Ciri-ciri Majikan Toksik Yang Anda Perlu Tahu
Mari ketahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri majikan bersikap toksik yang anda perlu tahu. Jom teruskan membaca!
Updated Jul 9, 2024
Majikan yang bersikap toksik boleh menyebabkan para pekerjanya takut untuk pergi kerja, tidak bermotivasi untuk maju dalam kerjaya, mengalami ‘kecederaan’ emosi, bahkan boleh menyebabkan berlakunya trauma. Mungkin tanpa anda sedari, sebenarnya majikan anda telah bersikap toksik kepada anda dalam beberapa tempoh waktu sehinggalah anda mula melihat kesannya.
Biasanya, sekiranya pihak pengurusan atasan dan kepimpinan sesebuah organisasi itu toksik, ia cenderung untuk mempunyai kadar pekerja bertukar ganti yang tinggi. Ini adalah salah satu ‘redflags’ yang anda boleh perhatikan.
Mari ketahui lebih lanjut mengenai ciri-ciri majikan bersikap toksik yang anda perlu tahu. Jom teruskan membaca!
Bersikap Autokratik
Majikan adalah merupakan pemimpin di sebuah organisasi. Disebabkan oleh kedudukan itu, majikan yang bersikap toksik suka memanfaatkan kedudukan dan kuasa yang mereka ada untuk membuat apa-apa keputusan dalam sesuatu perkara termasuklah ‘memaksa’ para pekerjanya untuk mengikuti kehendak dan arahan mereka.
Di samping itu, mereka juga sukar untuk mendengar pandangan daripada orang lain kerana merasakan diri mereka sentiasa betul sebagai seorang ketua. Walaupun pandangan tersebut sebenarnya pandangan yang baik dan boleh dipertimbangkan.
Di samping itu, majikan yang bersikap autokratik ini juga sukar untuk bertoleransi dengan para pekerjanya kerana merasakan kerana merasakan dirinya berkuasa.
Pentingkan Diri
Salah satu ciri utama majikan bersikap toksik ialah, majikan yang mementingkan diri sendiri. Mereka tidak mengambil tahu mengenai kebajikan pekerjanya. Bagi mereka, yang penting adalah seberapa banyak keuntungan yang boleh diperolehi. Selain itu, mereka cenderung untuk memanfaatkan pekerja demi kepentingan syarikat sendiri.
Tambahan lagi, sikap mementingkan diri ini boleh menjadi salah satu ciri narsistik. Mereka mempunyai keperluan yang berlebihan untuk dikagumi oleh orang lain dan kurang empati apabila berurusan dengan orang lain.
Apabila pekerjanya menghadapi masalah, mereka cenderung berkata perkataan yang tidak menunjukkan sikap prihatin seperti; “Masalah peribadi jangan di bawa ke pejabat”, “Alah, itu je pun. Saya dulu lagi teruk” dan sebagainya.
Tidak Mempercayai Kebolehan Pekerja Di Bawahnya
Majikan yang bersikap toksik juga tidak mempercayai kebolehan pekerja bawahannya. Mereka cenderung merasakan bahawa hanya diri mereka yang boleh buat yang terbaik.
Secara tidak langsung ini akan menyebabkan para pekerja tidak mempunyai kemajuan dalam kerjaya dan merasa rendah diri serta tidak cukup hebat. Perilaku ini boleh menyebabkan para pekerja kurang keyakinan diri mengenai keupayaan yang dimiliki.
Suka Menakutkan/Mengancam Pekerja
Majikan yang suka menakutkan atau memberi ancaman kepada para pekerja juga termasuk dalam kategori majikan yang bersikap toksik. Antaran ancaman yang sering terjadi ialah, “nak ke saya buang kerja?”, “saya laporkan ke pihak HQ baru tahu!”, “nanti saya viralkan awak ni buat kerja tak betul”, dan sebagainya.
Perilaku ini boleh menyebabkan gangguan emosi kepada pekerja. Kesannya, para pekerja tidak seronok bekerja dan bole menyebabkan pekerja takut untuk datang kerja. Sekiranya berlaku berterusan ia boleh menjadi perilaku buli secara verbal.
Diskriminasi
Akhir sekali, ciri-ciri majikan yang bersikap toksik ialah mengamalkan diskriminasi. Majikan sebegini suka dengan para pekerja atau individu yang mahu mengikut ‘rentak’ mereka dan mendiskriminasi pekerja yang tidak sekepala. Majikan yang bersikap toksik akan ‘membiakkan’ budaya toksik di tempat kerja.
Kesannya, seluruh suasana di tempat kerja tersebut menjadi toksik dan dinormalisasikan. Situasi ini tidak sesuai untuk perkembangan kerjaya anda dan jangka masa yan panjang dan boleh menjejaskan kesejahteraan diri anda.
Epicareer sentiasa bersedia untuk membantu bagi merealisasikan impian anda untuk mendapatkan kerjaya yang anda impikan. Anda hanya perlu memuat naik resume anda di portal Epicareer dan mohon kerjaya yang anda inginkan.
Pekerjaan Terkenal:
Digital Marketer
Topic tags
Share this article
Related Articles
9 min read
Succession Planning: Perancangan Penggantian yang Efektif untuk Masa Depan
Ketahui cara perancangan penggantian yang efektif untuk kestabilan organisasi dan pembangunan kerjaya. Panduan lengkap untuk memastikan masa depan yang cerah dan berterusan!
Posted Sep 19, 2024
4 min read
Jualan Tiket Tinggi: Maksud, Contoh, Perbezaan Dengan Jualan Biasa (Beserta Tips Penting!)
Ketahui cara menjual barangan berharga tinggi dengan strategi pemasaran yang berbeza. Pelajari pendekatan, contoh, dan tips untuk memaksimakan kejayaan jualan tiket tinggi!
Posted Sep 19, 2024
9 min read
Tech Sales: Definisi, Kemahiran yang Diperlukan, dan Purata Gaji
Temui dunia Tech Sales! Ketahui bagaimana wakil Tech Sales mempengaruhi industri, jenis jawatan, kemahiran penting, dan cara memulakan kerjaya dalam bidang ini.
Posted Sep 19, 2024
11 min read
Talent Acquisition 101: Memahami Kepentingan dan Strategi Efektif
Ketahui kepentingan dan strategi pemerolehan bakat yang efektif untuk kejayaan syarikat anda. Dari meningkatkan produktiviti hingga membina reputasi, pelajari cara melaksanakan strategi ini dengan bijak. Bacalah untuk panduan lengkap!
Posted Aug 29, 2024
Share this article